Monday, May 2, 2016

Ke Hari Terbuka Armada TLDM Lumut

01.05.2016
AHAD

Kitorang gerak ke Lumut lambat jugak. Sampai sana kul 3 lebih. Cuaca takde laa terik sangat tapi tetap laa panas gigit sampai ke kulit, huhu.. Panas dunia tu, urm..

Parking jauh. Kalau tunggu bas khas TLDM penoh. Malas nak berebut2. Jadi, kitorang jalan kaki aje. Ikutkan malas jugak nak pegi. Dah 2x dah kitorang berpengalaman gi hari terbuka ni. Tapi kali ni kebetulan along pun ada kat umah...jadi aku ngan abang buat keputusan gi jugak laa kali ni. Sebab along tak ikut masa kitorang gi 2x tu. Dia takde kat umah. Mula2 tu..dia dah kat Pengkalan Hulu. Lagi sekali tu pun dia takde jugak, heheh.
Tapi penah laa kitorang bawak along masuk dalam kapal perang apa ntah namanya yg dorang bagi masuk kat pesisir laut di Lumut tu. Masuk dikenakan bayaran. Kitorang dah pulun teroka abes sampai atas2 tu, hahaha.

Kali ni gi bawak along...betul2 hari terbuka armada. Lebih banyak jenis kapal perang yg ada.
Bergambar kat depan pagar utama...Uncle cina tu yg offer nak tolong amekkan.
Berpeluang jugak along bergambar ngan heli ni.
Bergambar ngan akiss. Ngan topi jerami yg lindung sket laa muka tu dari cahaya terik yg boleh burn kulit muka kitorang ni, hahaha. Ari tu kena masa gi Singapore...lambat jugak nak pulihnya, urm. Tu yg beli kat lazada.com tu. Sebulan jugak baru sampai sebab barang dari Korea, hoho...
Abang tengah amek video..
Payung terjun..
Bergambar ngan unit khas..
Suasana kat sana..
Ngan kapal2 yg dipamerkan..
Bergambar jer kat mana2...
Kat atas KD Mahawangsa...abang tengah shoot pergerakan bot laju tu..
Bergambar lagi..
Anak2 bergambar ngan senjata2 yg dorang guna utk bertempur..
Abes kat situ...terus aje balik. Nak ke parking kete kitorang tu...tunggu jugak laa bas nya. Ramai dh balik. Bas mungkin tak penoh. Malas dh nak jalan kaki. Dok dalam bas dapat gak sedut ekon sementara nak sampai ke parking tu, hehe. Bukan kena bayar tambang pun....
Makan malam hari tu kat Restoran 3R, Pantai Remis.
Saja layan anak2 ngan aktiviti..

Tak banyak citer nak dicatitkan...sebab aktiviti camni lebih baik gi sendiri tengok, heheh..


Nota ALONA:-
~Masa berharga bersama keluarga..hargailah!!!

1 comment:

Mia Kassim said...

Salam rabu .. singgah sini