Sunday, May 29, 2016

Ke KL ngan motor - 5

22.05.2016
AHAD

Dah sampai KL Sentral...terus laa aku mencari ofis TM. Dh janji nak jumpa kawan2 ari ni sambil2 tunggu tren ETS kitorang jam 8.30 malam, hoho..

Melalui mesej2 dalam wassap...akhirnya jumpa jugak laa opis CikNa ni. Nak sedut ekon dulu sementara tunggu Nonie sampai.
Tengok...CikNa sedang bekerja dengan dedikasinya melayan pelancong dari Singapore.
Aku sembang2 ngan CikNa...somi aku layan hp kat belakang, hehe.
Ok, Nonie pun dh sampai...
Bergambar bertiga..
Kitorang pun keluar gi lepak2 minum2. CikNa laa yg bawak ke bangunan NU Sentral. Aku mmg tak tau apa2 pun kat situ melainkan nak naik tren balik Taiping aje, kahhhhh.. Mengekor aje lah sambil berborak..

Akhirnya, CikNa pilih utk lepak kat Teh Tarik Place. Open air...heheh. Dah oder...CikNa belanja, uish...best tul. Timakasih sahabatttt. Semoga dimurahkan rezeki, Amin.

Sambil2 tunggu oder...Nonie pun bukak kek yg dia buat. Selalu tengok dia tunjuk kat dalam wassap aje. Kali ni dia buatkan khas...leh aku, CikNa ngan Idah rasa kat situ.
Kek apa namanya ni...lupa dah. Tapi sedappp. Lagi satu kek marble. Mana ntah gambarnya...godek2 tak jumpa pulak.
Ni nasik lemak rendang. Aku yg tlg oderkan...heheh..
Ni bihun CikNa kot..
Ni mee goreng...aku punya lah..
Bergambar...bukan senang nak jumpa gini..
Opps...Idah dh sampai.
Bergambar dulu sebelum abang gi meronda2 sengsorang dia. Biasalah, somi aku ni suka explore. Lagipun...somi aku ni spoting. Nak bagi chance isteri nya ni meluangkan masa ngan kengkawan, kan.... Maklum laa, aku kat Taiping tu bukan ada kengkawan pun. Terperap aje kat umah....layan kengkawan kat dalam wassap ngan fesbuk, hahahaha..
CikNa takmo join...dia pakai crocs aje..
Bergambar lagi kat sini...kali ni ada idah..
Kul 6 lebih...kitorang pun bersurai. CikNa pun dh tutup ofis nya...nak balik umahnya di Bentong. Berulang alik setiap hari. Kebal betul semangat sahabat aku yg sorang ni..

Menunggu waktu utk naik ETS...membuatkan aku melihat suasana di KL Sentral yg sentiasa sebok ini. Tempat perhubungan dari serata tempat dalam bandaraya, mahupun pinggir2 bandaraya, ke Utara - Selatan Semenanjung...ke destinasi luar negara juga. Aku sudah bermastautin di Taiping lebih 21 tahun....tidak sesuai rasanya utk menginap di bandar besar yg sebok begini. Dah tak serasi utk menghadapi suasana sebegini...suasana yg sebok...terkejar2. Jika sekali sekala tu...boleh laa. Tapi merimaskan juga. Aku tabik betul kat sahabat2 yg setiap hari melaluinya sehingga dorang dh imun ngan keadaan ini.
Sambil menunggu...sambil cas hp. Along dh bagitau dh kat mana ada soket plug, hehe.
Muka nampak tenang jer...padahal ada laa jugak geram bila ETS kitorang jam 8.30 malam ditunda ke jam 9 malam.
Orang dh semakin ramai...penumpang ETS 8.30 dah bercampur ngan ETS kul 9 malam.
Tengok....semua dh tunggu kat depan pintu balai berlepas.
Bila ETS tertangguh ni...ia lebih menyukarkan utk mententeramkan keadaan. Tambah2 pulak penumpang kul 9 malam yg tak alert ngan pengumuman yg ke udara di pembesar suara. Bila pintu utk penumpang 8.30 malam yg tertunda tadi dibuka pada jam 9.10 malam...dorang pun sebok berebut menyesakkan pintu balai berlepas tu. Risau sangat dorang akan terlepas tren. Padahal...pengawal yg menjaga pintu masuk dan memeriksa setiap tiket tu dh terjerit2 bagitau nombor tren dan siap sebut jam jadual tren...tapi dorang tetap tak mendengar kata. Sangat memalukan...

Kesilapan teknikal yg membuatkan jadual tren tertunda ni sebenarnya boleh merumitkan keadaan. Diharapkan pihak KTMB ambil lah perhatian dan perbaikilah perkhidmatan ini demi menjayakan slogan baru KTMB....MERAKYATKAN KERETAPI.

Kitorang dh dok di seat yg tertera dalam tiket..
Tapi sayangnya...ETS malam tu bukan lah satu perkhidmatan yg laju pun. Kelajuan perjalanannya seperti keretapi biasa sahaja kerana ada masalah teknikal pada tren ETS yg kitorang naiki itu. Perjalanan kitorang yg sepatutnya dijadualkan sampai kul 11 lebih ini.....tidak seperti yg dijangka. Akhirnya, pemandu tren mengumumkan kitorang perlu bertukar tren ETS lain di Tapah Road di atas sebab2 teknikal itu.

Kul 1 pagi masih di Tapah Road. Sepatutnya kul 11 lebih tadi sudah sampai di Taiping. Tapi setiap kejadian ada hikmahnya. Ia seperti ayat menyejukkan hati tetapi itu adalah satu perasaan positif. Apabila usia semakin meningkat sebenarnya sudah terlalu banyak perkara dan pengalaman yg kita lalui.

Apabila bertukar tren ETS....kitorang tetap duduk di seat nombor dan koc yg sama agar tidak mengganggu seat orang lain walaupun sudah mula ada yg kosong di perhentian stesen sebelum ni.

Alhamdulillah...hampir jam 2.10 pagi...kitorang pun sampai di stesen KTM Taiping dengan selamat sejahteranya. Cuma...terlalu jauh jarak jangka sampai dengan waktu sampai yg sebenar. Dalam 2 jam lebih jugak perbezaannya. Semoga dari hari ke hari..KTMB dapat memperbaiki kelemahan2 teknikal sebegini.
Muka dh mengantuk...
Kitorang juga berasa sangat bersyukur kerana sekali lagi membuat keputusan yg sepatutnya utk tinggalkan kancil di stesen KTM sebelum meneruskan perjalanan ke KL ngan moto hari tu. Sebabnya...kitorang sampai tu dh jam 2.10 malam. Teksi cuma ada satu aje kat situ sebab pemandu teksi yg lain pun tak sangka ada tren ETS canggih boleh tertunda lebih 2 jam sampai awal pagi camtu. Maka, berebut2 lah penumpang yg turun skali di Taiping utk naik teksi tu. Tapi kitorang...Alhamdulillah, kancil sudah setia dan sedia menunggu utk membawa kami pulang ke rumah pula.

*Balik tu ngan satu lagi beg extra...ada barang Idah bagi...dari Bandung...dan sekali ngan kek yg Nonie bagi bawak bekal utk makan dalam tren. Tima kasih, my sahabat!!!!!

Nota ALONA:-
~Namun pengalaman ini tidak membuatkan kitorang SERIK pun ngan ETS, wink ;) wink ;)

No comments: