Monday, January 7, 2013

BERKUKU PANJANG

COPY & PASTE....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara SEKANDANG BABI, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak menampakkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang kurang pandai atau pun degil dan suka melepak akibat diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas...sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis...

Pernah dengar orang tua2 kata :
Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia.

wALLAHu'alam

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah meskipn tong sampah itu bersih.

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

10 comments:

mamawana said...

Assalam,

Nak PMC ka.. ni ada sepaket , selagi stok masih ada. Kalu nak banyak kena iorder dulu and pls cnfirmkan at 0173421744 my email azwanor200@yahoo.com.

Kamsiah yusoff said...

akak kalau tgk org yg menjual makanan..berkuku panjang...terus tak jadi beli...geli...

pastu terbayang..mcm mana dgn kuku panjang...,nak membersihkan diri kat toilet semua tu...ishh...

el said...

teringat pd makcik sorg tu dia berkuku pjg..tua dah pun dah ada cucu..huhuhu
ada kuku pjg pun xsah smayang selagi air semayang tu x dpt mengalir ke celah2 kuku tu allahualam

wantie said...

t memang tak selesa kalau kuku panjang. kita kan memasak. kalau kuku panjang mcm mana la kebersihan makanan yg kita saji utk keluarga. betul tak?

Dah islam tak galakkan wat pe nak buat.

attyfir said...

aty mmg tak pandai berkuku panjang..

abang said...

ingatkan ada citer seram td.. :P

Gieyana said...

nice info kak..x suka gak bkuku pjg..rs x best laa..ekekk..:-)

kak,alhamdulillah..nnt sy kongsi ngan akak..:-)

Anonymous said...

info yg sgt2 baik ni tq

Anonymous said...

baca n3 kuku pajg ni, pas ni sambung baca kisah misteri rambut pjg pulak ye http://kesumaangsana.blogspot.com/2012/12/alkisah-cuti2-part-4-siapa-entiti-itu.html

Rinna said...

Geli tgk org berkuku pjg pas tuh uli2 plak makanan tuh.. tak lalu plak nak makan.. ikss..