10.07.2016
AHAD
Ahad petang...akiss dh kena balik asrama. Urm...tak puas hati betul cuti raya tahun ni. Sekejap sangat utk budak sekolah. Mmg nampak seminggu tp cuti rayanya sikit. Nak raya 2 buah kampung jauh2 lak tu..huhihu. Apa2 pun...selamat belajar semula, Akiss.
Along pun kejap jer raya sbb dia masih dalam intern. Sabtu sebelum kitorang balik ke Taiping tu dh hantar dia balik ke Gombak. Cuti raya bbrp hari tu pun kena ganti hari Sabtu.
13.07.2016
RABU
Gi TESCO hari tu. Ada barang keperluan yg nak dibeli.
Singgah masuk WATSON...keluar tengok angah tengah guna mesin kerusi urut ni, hahaha. Kelakar jer tengok budak kurus pun sebok nak kena urut.
14.07.2016
KHAMIS
Ayah baru berkesempatan nak balik ke Bentong dari Kulim. Ayah kan sambut raya kat sana. Ingatkan nak balik Bentong hari Isnin tu tapi tak jadi sebab mak mentua ayah meninggal dunia Isnin pagi tu. Kawan ayah suami isteri yg numpang kereta ayah masa balik ke kampungnya di Ijok tu pun terpaksa laa tangguh balik ke Bentong.
Seperti biasa...ayah mesti singgah umah dulu. Dan akan berhidang jugak raya ke tak raya, ๐๐.
16.07.2016
SABTU
Keluar...gi DIY dan memenuhi jemputan open house.
Makan kat The Gate dulu...set nasi kapitan, huhu.. |
Open house kat GGK.. |
17.06.2016
AHAD
Malam tu tingin nak makan roti nan cis ayam tandoori pulak. Ujan lebat malam tu. Tapi keluar jugak ngan kancil, heheh..
19.07.2016
SELASA
Seperti biasa...tiap Selasa abang akan keje kat TH dulu. Pastu OTW ke Semanggol abang akan singgah makan nasik dulu kat umah.
Vee dan tuan kesayangannya..hihi. Abang nak gi keje Semanggol dh masa ni. |
26.07.2016
SELASA
Gigih gi Batu Kurau petang tu. Semata2 nak memenuhi selera tekak ni ngan durian, hoho.
Alhamdulillah, dapat jugak laa walaupun tak banyak sbb dh petang, kan.. |
28.06.2016
KHAMIS
Masak lagi patin tempoyak ni. Stok baru dapat ler masa jamuan raya SMVTAA tu. Beli fresh dari tuan sangkar patin Temerloh, heheh..
Walla.. |
Talapia goreng aje hari ni.... |
29.06.2016
JUMAAT
Gi bazaar cross street. Cari apa masa ni...lupa dah. Kebetulan ada pulak pertunjukan buat patung ais. Ralit pulak nengok kegigihan si tukangnya..
Macam2 jenis peralatan tajam yg digunakan. Berpeluh2 dia dengan sinaran lampu spot yg ditala ke arahnya. Ais tu pun tak menyejukkan dia, huhu.
Ni laa hasilnya...aku tumpang bergambar dengan 2 ekor kuda laut. |
30.06.2016
SABTU
Tak puas ngan durian...kitorang ke Batu Kurau lagi pagi tu, huh!!
Terima kasih ๐sangat2 kat abang sebab rajin layan tekak aku ni walaupun dalam masa yg sama abang pun suka buah durian ni, huhu..
Huh...puas makan durian.
Tahun ni durian mahal laa..RM4-6 sekilo walaupun beli pada peraih di Batu Kurau tu. Tapi leh dapat buah fresh laa.
Lepas Zuhur kitorang ke Nibong Tebal nak outing ngan akiss. Ke mana laa lagi bawak dia kalo tak ke Mydin, hoho.
Makan di Chicken Rice Shop bukan sekadar nasik ayam๐, kok kokkk๐ |
Ni dia yg soh amek gambar ngan abah dia. Kalo outing sebelum balik dh jadi harus pulak amek gambar dia, ๐ |
Nota ALONA:-
~Itu lah saja setakat bulan 7/2016 ni. Ada lagi satu kena buat entry khas..Jamuan Aidilfitri ngan kawan2 vokay.
No comments:
Post a Comment