Sunday, July 10, 2016

Balik raya ke Bentong pulak..

08.07.2016
JUMAAT

Kitorang bergerak dari umah awal jgk. Tapi sepanjang jalan mmg hujan. Jadi perjalanan diperlahankan. Singgah jugak di R&R rehat2. Tapi sampai kat Batang Kali...ujan begitu lebat dengan angin yg terlalu kuat juga. Kilat petir sabung menyabung. Sebagai langkah keselamatan...kitorang berhenti dulu di deretan kedai di Bandar Baru Batang Kali. Risau juga pada keadaan jalan di sepanjang mendaki ke Genting (Goh Tong Jaya) tu. Berisiko tanah runtuh dan sebagainya. Ok jugak berhenti. Abang pun boleh lelapkan mata. Aku cuba2 jugak lelapkan mata tapi tak boleh. Abang dan anak2 semua tido...jadi, aku pun berjaga. Sambil2 tu sempat snap gambar guna henpon keadaan hujan lebat, serta kilat yg kerap berlaku di depan mata.. 
Dari gelap, terang sikit, terang lagi dan terus bercahaya sebegini. Subhanallah...itu kejadianNya jua..
Alhamdulillah, ketika keadaan sudah reda sedikit...kitorang memberanikan diri meneruskan semula perjalanan mendaki bukit melalui Goh Tong Jaya utk keluar di highway Karak (Genting Sempah) dan balik ke Bentong. Syukur, selamat sampai Desa Damai.

Esok pagi...Fadel, Dayah dan Deia sampai rumah ayah dari Chenor. Pergi berhari raya di rumah sahabatku di Bilut. Leen pun datang waktu tu nak serahkan kuih tart nenas yg aku oder kat dia, 😁..
Bersama Leen dan Bed...
Dari umah Zabedah...kitorang terus ziarah pusara mak. Kemudian balik umah semula. Hari tu kan hari Jumaat.

Petang tu...Fadel bawak kitorang ke Temerloh. Mak saudara Dayah ada buat open house.
Deia nak bawak maklong gi mana ni?? 😘
Dari situ...singgah pulak utk bergambar beramai2. Ayah takde dalam gambar sebab masih di Kulim.


Selesai Syawal di hari ke-3..

09.07.2016
SABTU
Pagi tu...sebelum balik ke Taiping...kitorang nak ke KL dulu hantar along balik umah sewa. Dia sedang melalui sesi intern lagi masa tu. Sementara tunggu yg lain siap...sempat bergambar ngan budak tenit comey ni...
Biasalah mesti nak nanges dulu...😀.
Kan dh ok.. 😉
OTW nak ke KL tu berkesempatan singgah berhari raya di rumah Ana di Kg. Benus. Dia dh siap masak lontong dh utk hidang kepada kami. Alhamdulillah, sedap sangat. Orang pandai masak, kan..

Ayahlong pulak jaga Deia. Bonda ngan Dedi nak makan...
Dengan sahabat SKTF, Ana. Gambar dari IG jer aku amek semula. Takde masa nak edit2 dalam folder tu..
Kemudian..gi umah Fadel dulu. Naik satu keta...gi makan kat Subway. Angah nak belanja dengan hasil duit iklan youtube dia 😍 ..
Dengan dak tecit ucuk acam maklong ni..
Tima kasih angah 😘..Semoga dimurahkan lagi rezeki, Amin.
Dah petang sikit...kitorang ke Selayang. Beraya di umah Zahidah pulak. Dia pun tak berehat lagi tu baru sampai dari JB ngan somi dan anak2. 
Famili yg sangat baik. Tak terbalas budi mereka kat aku. InsyaAllah, akan aku kenang sampai bebila. Semoga mereka semua terus berbahagia dan dimurahkan rezeki, Amin..
Dari umah Idah, kitorang terus gi hantar Along balik umah sewa di Gombak. Kemudian terus balik ke Taiping. Fadel pulak pergi open house kawan Dayah. Kitorang berpisah di umah Idah.

Alhamdulillah, sampai umah awal pagi. Rehatkan badan...luruskan tulang belakang. Esok nak hantar Akiss balik asrama pulak. Cuti raya pendek betul, huh😒!!


 Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, masih ada gembira di hari raya.. 💓

No comments: