01.08.2016
ISNIN
Kitorang amek pulak sekor lagi anak kucing Fadel yg kaler hitam kecoklatan sama sebijik mcm Bear
(mak sedara anak kucing ni laa si Bear ni). Bear dulu mati sebab ada penyakit. Yg sama juga lebih kurang simptom mcm si kecik ni.
Masa bawak balik kucing Fadel tu ok jer dia. Suka main. Tapi tak sampai seminggu...dia dh mula menunjukkan simptom2 kurang sihat. Nak bawak klinik...hari tu Ahad tutup. Jadi pagi Isnin tu kitorang bawak dia ke klinik. Sedih tengok dia sedang menanggung kesakitan. Lemah longlai. Aku selalu bagi kata2 semangat kat dia walaupun cuma seekor anak kucing. Nampak dia cuba melawan sakit. Dia bangun bergerak cuba berjalan. Sementara nak tunggu Isnin...kitorang bagi dia gula buah Zhulian, air kelapa jugak.
|
Mulut berbuih...sama mcm Bear dulu.. |
|
Hari yg ada perkhidmatan pemandulan haiwan di Klinik Veterinar Taiping.. |
|
Bagi dia bebas sementara tunggu dipanggil utk dirawat. Masa ni mmg nampak dia mcm boleh sihat semula. |
|
Balik umah..dh bagi ubat...dia muntah air...kuning. Aduhaii...kesian. Aku ngan along masa ni dok hadap tengok dia aje. |
|
Dia dah lemah semula...😥..Aku berdoa jugak semoga dia leh sembuh. |
|
Dia cuba bergerak...cuba nak minum air. Bg dia minum air beberapa titik. |
Tapi akhirnya...dia pergi juga meninggalkan kitorang yg baru berpeluang memeliharanya tak sampai seminggu di rumah. Penyakit ni mungkin dari gen jugak ke...tak tau laa. Sebab pak sedara dia pun sakit mcm ni jugak si Bear tu sebelum mati. Tapi kitorang lama laa jugak bela Bear baru dia dapat sakit gini.
Yg ni...tak sempat nak bagi nama lagi pun. Terpilih2...tetiba dia sakit.
Adik badik dia kat KL pun...dh beberapa ekor dh mati. Penyakit murung gini jugak sebelum mati. Tinggal laa mak dia yg ada kat umah Fadel. Dh beranak semula dh dia.
|
Dah mengeras dah jasadnya... |
|
Jasad si comel..yg berbulu panjang, lebat, lembut, comel, baik pulak tu... |
|
Terima kasih berkongsi kasih walaupun cuma seminggu. |
|
Dah balut jasad dengan kain sebelum ditanam di luar dapur rumah. Semoga comel bahagia di sisi Nya.. Doakan kami di sini, ye. |
Tak sempat bagi nama. Akiss pun tak sempat nak main ngan dia. Tak mengapalah. Sekurang2nya kitorang berpeluang merasa kasih dari makhluk Allah yg comel ini.
Nota ALONA:-
~Sedih weii masa ni..ðŸ˜
No comments:
Post a Comment