SABTU
Dah alang2 datang jauh2 menghadiri jemputan majlis...kitorang pun terus laa pulak ke Padang Besar. Saja nak lalu Chuping. Dulu dah penah gi sini ngan kereta tapi ikut dari Kangar.
Pemandangan yg boleh dilihat sepanjang perjalanan menuju ke Padang Besar dari Chuping.. |
Tengah ronda2 tu tak sangka pulak terjumpa kawan2 along yg datang ke utara menghadiri majlis perkahwinan sape ntah...kawan dorang jgk kot, huhu.
Dorang kenal angah. Bertegur juga lah. Along dh tentu laa tak ikut. Along tengah menjalani sesi INTRA Isnin-Jumaat mcm waktu kerja biasa jugak. Letih nak balik selalu pun.
Tu laa antara kawan2 along tu. |
Dalam arked..selpi sedas, heheh. |
Tengah membeli rojak buah Siam dan siap beli kuah rojak dan asam boi siam lagi kat sini, hehehe.. |
Rileks jap kat bawah pokok dan tempat duduk sini. Walaupun bawah pokok tapi tetap panas berbahang, mm..panas dunia baru tu..Allahhuakbar. |
Kena jugak bergambar kat sini...nampak sign tu, 😜 |
Dalam pada tu sempat lagi singgah tepi2 jalan yg nampak kawasan ladang luas terbentang tu. Alahaiii, bajet2 kat Australia laa gitu, kan. Nak gi sana tak tau ler bila sampai rezekinya. Jadi, amek gambar kat sini dulu pun ok lah...😁
Ok laa kot, kan...bergambar di tengah panas terik...kereta dan lori lalu lalang, kahhh😂 |
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...ada rezeki berjalan2 walaupun camni. Nak jadi best...kita sendiri yg kena jadikan ianya best..
No comments:
Post a Comment