Monday, February 13, 2012

Sayangku - 43 dah...

13hb Februari 2011
Isnin

Alhamdulillah, hari ni usia suamiku dh naik setahun lagi. Utk dia yg tersayang...aku doakan semua yg terbaik utk dirinya dan utk kami sekeluarga. Semoga....semoga...semoga...mcm2 semogalah...jadi, semoga doa itu dimakbulkan Allah. Amin...

 Abang bersama anak2 tersayang..

Oh...gambar ni aku dh taruk kat fesbuk, hehe...
Entry psl naik Bukit Bendera tu k.i.v ler sehari. 
Tp sebenarnya 2 gambar di atas ni pun diambil kat atas sana ler jgk, hehe..

Nota Alona:-
Nak masak mende ler hari ni?? Gulai lemak podeh Lala pun ok kot, hehe..

Sunday, February 12, 2012

Ke Penang - Sarapan & Check out..

20hb November 2011
Ahad pagi....

Selamat Pagi, Penang...uwargh!!!! (masa 20hb sebelas tu lah, hehe)
Pagi tu bersiap2 utk keluar awal. Aku amek peluang menyambung mengemas barang2 ketika menunggu anak2 dan abg mandi serta bersiap2 utk terjah Bukit Bendera pulak.

Bila dh siap...taraaa!! sempat posing beramai2 kat atas 3 buah katil single yg telah disambung2kan ni, hehe.
Anak2 hepi jer ngan percutian ringkas cenggini, hehe..Angah buat2 muka serius (mesti angah sengeh baca aku tulis pasal dia ni, kan angah??) hehe..
Akiss ni bergambar kat daun pintu lemari ni, hehe..Mata Akiss kecik sebelah lak pagi2 tu. Mesti tak terperasan dok tenyeh2 masa tengah tido...
Turun pagi tu ikut tangga...tak naik lif..sesaje, konon2 exercise sgt ler, kan..hihi..
Muka rileks tp kurang puashatilah. Layanan pun mcm kelam kabut nk untung cepat aje, hehe..
Menapak aje cari gerai utk sarapan pagi tu. Last2 jumpa satu gerai makcik tu. Ada gak restoran nasik kandar tp boring ler. Nk cari kedai melayu ler konon2nya.
Konon2nya jgk masakan minang sgt laa kat gerai makcik tu, hehe. Makan nasik lemak dia...sket sgt dia taruk..Betul!! mula2 dia taruk kat bbrp pelanggan mula2 tu ok laa standard..bila nmpak ramai yg datang serbu gerai dia..terus dia kurangkan nasik tu utk pelanggan seterusnya seperti kitorang ni, huh!! Mahai tu dh tentulah sbb kat area tumpuan pelancong, kan..

Asalkan dpt alas2 perut tu pun jadilah. Maka, kitorang pun menghala semula ke arah hotel..nak naik kat roof top...nk tgk ada apa kat atas tu, hihi. Explore...jgn tak explore..

Sebelum tu amek gambar kat pintu depan hotel. Mmg hotel ni terbaik bg mereka2 yg bercuti bajet ciput mcm kitorang ni. Anak2 pun paham. Diorang tak mintak kitorang bawak dorang jenjalan cenggini tapi kitorang sebagai ibubapa merasakan perlu bercuti2 bersama keluarga sebagai terapi minda terbaik sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..
Pi bercuti pun kena ikut bajet...jgn sampai berhutang sana sini. Pi bercuti utk hilangkan tekanan dan bebanan keje. Bukan utk menambahkan tekanan dgn berhutang kerana ingin bercuti mewah sehingga melebihi bajet yg ada!!! Jalan bercuti2 ni mmg bagus tp berpada-padalah mengikut kemampuan kita.

Ok...dh naik sampai ke roof top...ini ler yg ada kat atas tu..Satu kawasan lapang dan ada yg berbumbung, turut disediakan kerusi yg boleh diselaras utk duduk tegak atau berbaring. Takde swimming pool kat hotel tu, ye...hihi..
Mgkn kat atas tu leh buat acara BBQ jika datang berkumpulan.
Dok releks ni kejap jer..Cahaya matahari menyilau..ngee
Dengan angah masammm, hihi....(mesti angah senyum bila baca ni, heheh)
Nampak alza kitorang dari atas ni. Ruang parking luas kat hotel ni. Byk kenderaan dh keluar awal lagi dari kitorang rupa2nya, mm...Manalah dorang dh gi tu, eh?? Ke Bukit Bendera gak ke?? aduii..
Balik bilik...terus hangkut barang2 turun ke bawah. Dh nak checkitdout dh. Kena keluar awal...kalo idak risau traffik jem sepanjang jalan yg perlu ditempuh utk ke Bukit Bendera yg terletak dekat Air Itam tu... Al-maklum ler, dh namanya Penang, iye dak?? hehe..
Dh serah kunci...maka kitorang pun ucap selamat tinggal kat hotel ni, hehe..

Bila kitorang keluar aje...terus ler nota FULL tu ditukar kepada ROOM AVAILABLE semula kat pintu masuk depan dan belakang hotel tu, hehe..

Entry ni citer kat hotel aje. Lepas ni ler baru simpan gambar dan citer pjg2 kitorang gi naik ke Bukit Bendera, yeyeargh!!

Saturday, February 11, 2012

Kelebihan Doa' Qunut Berserta Maksud

Copy & Paste (telah diizinkan)..

Doa ni memang kita biasa baca dalam solat subuh iaitu selepas ruku' dalam rakaat kedua...kadang kita ni baca je, tapi tak tau apa maksud doa tersebut...

Kalau yang belum tahu, boleh tengok kat bawah ni....Kalau yang dah tau, nak baca pun takde masalah...Kalau korang baca dah kira berdoa jugak...Sama-sama kita hayati maksud doa qunut ni okey...Banyak kelebihan sebenarnya.. Memang bagus ia di baca pada waktu pagi.. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk kita semua....

Bismillahhirrahmannirahim

Allah humah dini fiman hadait
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa'a fini fiman 'afait
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait.
.Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan

Wabarikli fimaa a'tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Waqinii Syarrama qadhait
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum

Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Walaa ya'izzuman 'adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu

Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

...AMIN...

Ke Penang - Pasar Malam Batu Feringghi

19 November 2011
Malam Sabtu

Masih tak abes citer hari pertama di Penang bulan sebelas tahun lepas, hehe..
Malam tu, lepas dh bersihkan diri, rehat2 dan buat apa yg patut....kitorang pun keluar utk jenjalan kat night market berhampiran.
Ni kawasan gerai makan yg kitorang gi petang td. Malam dh tak gi dh...masih kenyang.
Terus melintas ke pasar malam. Sepanjang2 jalan tu sampai berhampiran ngan Holiday Inn peniaga2 telah membuka gerai. Berlawan2 ler ngan kedai2 souvenier yg sedia ada, huh.
Kat sini takde jual apa sgt laa pun...ramainya jual henbeg, henbeg, henbeg mcm kat Padang Besar tu. Semuanya replika dari jenama tiruan yg ntah apa2 kualitinya tak tau ler. Harga pun mahai dorang taruk dan yg pasti kena pandai tawar menawar jugak. Tambah2 pulak yg menjadi penjual tu adalah org Pakistan, huh!!

Ada jugak yg menjual pakaian terutama seluar pendek, seluar jeans jenama tiruan, t-shirt Penang, pokok2 bunga kering, sandal, blaus, teropong, wallet dan mcm2 lagi laa tetapi kebanyakannya...biasa jer pun mcm yg terdapat kat kedai RM2, kedai Lima Sen kat Kamunting ni, huhu..

Yg aku cuma tertarik nk beli fridge magnet Penang aje, huhu.. Opps, sanggul aku tu dari ikatan rambut mayang mengerbang aku ye, hehe..bkn guna serkop yg siap bersiput tipu tu, hehe..Mmg kat umah pun aku suka ikat cenggini. Nk gi memana, terus jer serlum tudung, ngee.
Memang khusyuk memilih, hehe...
Akiss sampai menguap2 terlupa nk tutup mulut dh tu bila lama sangat aku memilih seluar pendek along.
Along camne lak leh terlupa nk bawak seluar spare utk dibawa tido!! Dia kata dh pegang dh seluar trek nk masukkan kat dlm beg tp terlupa jgk nk masukkan rupa2nya, aduii..
Cari seluar paras bawah lutut sket utk along. Cari yg harga tak mahaii sgt..tu pun belas-belas gak harga dia, adoii.
Along...along..kalo diingat masukkan seluar trek kat dlm beg td..takde ler membazir beli seluar tu, ish..ish..

Mmg kat kawasan tu terdapat mcm2 nama restoran eksklusif..
Penat gak kaki ni berjalan. Mmg panjang pasar malam ni. Dulu...beberapa tahun dulu takde ler sepanjang ni lagi, hehe..
Lampu2 yg menarik berwarna-warni antara barang2 yg dijual.
The Ship ni aku tau ramai yg dh penah gi masuk utk menikmati masakan mereka. Kitorang jer yg tak nah masuk lagi...tp rasanya kalo ada duit byk pun...tak masuk jgk kot. Baik gi naik kapal cruise yg real punya terus, kan...Makan kat atas kapal sambil belayar di tengah lautan membiru, hehe..
Barang2 unik juga ada dijual kat sini...termasuklah telefon berbentuk lidah terjelir, telefon berbentuk badan seksi org pempuan berbikini...huh!!
Malam tu mmg ramai jgk orang Melayu datang menyertai pelancong asing utk melihat2 barang apa yg dijual dan berkenan di hati utk dibeli. Mana datang dorang tu ntah ler...siang tu tak nampak pun kat area pantai, hihi. Tetiba malam...sesak lak ngan manusia kat situ, kehkeh...

Ronda punya ronda sampai kaki dh rasa penat dan urat betis pun dh rasa mcm cekang...kehkeh...kitorang pun balik ler ke arah hotel EQ tu..Tak beli apa2 pun...cuma beli FM, beli gambar 3D kucing2 comel dan beli eskrem. Cuti2 bajet, beb!!
Sebelum tu, kena melintas jalan terlebih dulu...
Dah melintas.....singgah lak kat 7Eleven utk beli biskut dan air utk diminum sambil lepak2 kat dlm bilik.
Terima kasih laa kat abg sebab menaja percutian bajet ni, hehe..
Sebelum tu...kitorang lepak dulu kat lobi utk online. Ada yg online ngan netbook, ada yg online ngan hp guna wifi. Bkn hp mahai yg ada android ke hape ke pun...asalkan leh wifi udah ler, ye...hihi..

Dh rasa boring...rasa nk luruskan tulang belakang...kitorang pun naik ler ke bilik. Aku pun dh mula berkemas2 sket sbb pagi esok nk keluar pagi jgk utk ke Bukit Bendera...Maklom ler, kalo gi lambat kang..parking pun susah nk dpt dan beratur panjang nk naik tren ke atas sana..

Ok laa, nanti sambung citer naik ke Bukit Bendera lak, eh...

Friday, February 10, 2012

Ke Penang - Pantai Batu Feringghi

19 November 2012
Sabtu

Sambung dari entry sebelum ni..

Setelah menapak dlm 200m...akhirnya sampai ler kitorang ke pantai Batu Feringghi ni. Kawasannya mmg happening ler ngan mcm2 riadah air disediakan. Turut disediakan utk urutan refleksologi. Kalo kita dh sampai kat pantai tu...ada ler yg menawarkan perkhidmatan sukan air atau urutan refleksologi tersebut. Kitorang ke situ cuma utk layan budak2 mandi laut aje.
Tp bila dh sampai situ...along ngan angah takmo mandi laut lak. Dorang tgk kawasan tu terlalu sebok ngan peralatan sukan air dan penoh ngan manusia...terus terbantut keinginan nk mandi laut, hehe. Hanya Akiss jer meneruskan hasrat tersebut.
Kat sini mmg tak tau nk lepak kat mana...bawah2 pokok semuanya dh dijadikan port orang yg menawarkan perkhidmatan mengurut tapak kaki tu. Mujurlah ada satu tempat duduk tu...tokey perkhidmatan sukan air tu bg duduk. Maka along ngan angah jer laa yg duduk situ.

Aku layan akiss ni kat tepi pantai...sebab dorang dh taruk bebola bertali khas utk mereka yg mandi-manda. Semuanya utk keselamatan dorang dari bahaya bot atau jet ski yg sedang beroperasi di sepanjang pantai.

Mmg kat area sini ramai sgt orang cina dan pelancong asing.. Mgkn org Melayu lebih suka ke pantai yg lain utk dijadikan port dorang berkelah. Kat sini mgkn ramai dikunjungi oleh mereka2 yg menginap kat hotel2 di persisiran pantai tersebut.

Mmg kawasan mandi-manda terhad kat sini. Mgkn kat belah sana pun ada jgk disediakan tali cenggini. Mmg sepanjang pantai tu ramai tokey yg menyediakan perkhidmatan sukan air ni.
Kalo nak naik kuda pun ada. Tp aku tak tau laa bayarannya berapa dikenakan. Selogiknya....kalo kat kawasan mcm ni...sudah tentulah mahal jugak harganya.

Terdengar2 jeritan mereka2 yg naik parasailing ni masa mula2 mende ni nk naik ke udara, hehe..Mgkn ada yg sesaje jerit atau mmg spontan aje terjerit-jerit..
Kat sini nk naik banana boat ni mahaii ler jugak..RM25 sorang. Kalo nk merasa naik mende ni murah sket, gi kat area Teluk Batik...Teluk Batik tu mmg kawasan org Melayu berkelah, hehe..rasa selesa jer.
Akiss pun layan air kat tepi2 aje. Air lautnya pun ntah ler nk komen apa. Harap2 dpt bawak budak2 ni gi Pulau Tioman ke, Pulau Perhentian ke....kan!! semoga ada rezeki suatu hari nanti.
Kapel dari bangsa asing mmg ramai ler kat area sini, hmm..
Jet ski ni tak ramai pulak yg berminat nk naik petang tu. Ada ler 2-3 jer yg aku tgk.
Ramai yg suka naik parasailing ni. Sampaikan menunggu2 turn dorang.
Pasir ni awas...kena hati2 jgk. Kat sini ada sekor dua anjing yg kitorang nampak. Mgkn anjing tokey atau anjing tak bertuan. Selamba jer nampak dia kencing dan berak kat merata2 pasir tu, ish..Ni yg tak best ni. Hmm, tu ler...kita org Melayu ni..elok ler memilih utk berkelah kat area lain...jgn kat area sini atau persisiran pantai yg mempunyai hotel dan tempat penginapan terkenal serta menjadi pilihan & tumpuan pelancong asing.

Along ngan angah...ni ler kejenya..main games dari hp masing2.
Airhead ni pun tak nampak org naik petang tu.
Antara pemandangan di tepian pantai..
Banana boat yg menanti penumpang yg sudi menaikinya..
Sebahagian lagi pemandangan di tepian pantai...Tgk!! ada sekor anjing hitam...
Ni pun ada lagi sekor...anjing berwarna coklat ler pulak!!! Suka hati deme jer nk buang najis merata2, aiyakk!!
Nak dok sini kena bayar sewa, hehe..
Ni harga sukan air dari tokey lain..
Ni lak harga dari pesaingnya....
Byk zon rupa2nya kat pantai ni...zon yg menyediakan perkhidmatan sukan air, hehe..















Mcm dh boring kat situ...Akiss pun naik salin baju. Pastu, terus jer kitorang menapak balik bilik semula. Nak membersihkan diri dan berehat2 lagi, hehe..
Kat area sini mmg byk kedai2 cenderamata dan restoran2 eksklusif yg menawarkan aneka masakan seafood.

Balik2 berehat...malam nanti leh turun kat area sini lagi utk gi Pasar Malam, hehe..Mmg tau kat area sini sepanjang jalannya tiap2 malam ada pasar malam. Sebab penah bermalam kat Holiday Inn beberapa tahun dulu, itu pun atas tajaan org, hehe. Skang ni tak tau ler mcm mana keadaan psr malamnya. Makin panjang ke psr malamnya?? Tu yg nk tgk tu.

Along sempat snap gambar bas tgh tunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Sekian utk tajuk ini. Sambung pd bahagian seterusnya.