Tuesday, January 6, 2009

Catatan Terkumpul

28 Dis 2008 Ahad
Pi Sungai Petani. Segala catatan dan foto pasal tu ada kat gebang.fotopages.com.

Memang cuti ujung tahun 2008 ni banyak betul kenangan kitorang anak-beranak. Manataknya..sebelum cuti along dapat result UPSR yg baik. Malam tu p tengok Madagascar 2. Esoknya p Bentong. Esoknya lagi terbang ke KK. Dapat pergi macam2 tempat termasuk Lawas, Sarawak..tempat Fadhil dan Dayah mencari rezeki. 6 hari 5 mlm kat sana.

Lepas tu p Penang berapa kali. P tengok Bolt dan lagi 1 citer tu apa ke namanya Yang? Berkesempatan juga ke beberapa kali ke Bukit Merah walaupun tak masuk theme park. Berpeluang pulak ke Pantai Remis, ke bandar Lumut.. Tak lupa juga p beberapa kenduri kawen. Sempat lagi tu balik Bentong 4 hari..p Lebu tengok lembu (huhu..), pi Kuala Gandah tengok gajah, p Deerland, p KL, p Temerloh..huh!

Dah nak abes cuti tu sempat lagi dok menempek ikut p Sungai Petani sampai ke Tg. Dawai, ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang..

Tu tak termasuk p Tesco (hahahahahahahaha...leh kira ke?) Ada lagi ni..tapi aku tak ingat daa.

Cuti kali ni gak..abang ngan anak2 leh layan One Piece sebanyak 182 episod berturut-turut. Dah sekolah ni stop sat. Hanya waktu2 tertentu aje leh buat tayangan umum. Tapi abg kena copy kat cd sendiri laa sebab tempoh sewa cd kat kedai cuma seminggu. Budak2 tu bukan leh layan sangat..taksub!


05 Jan 2009-ISNIN
Anak2 aku kena p sekolah semula setelah puas berjalan makan angin cuti sekolah ujung tahun. Angah tahun ni kekal dalam 6 Merah di SK KE 2. Akiss di tahun 3 Arif di TMGS.

Along dah masuk form 1 di SM KE. Dia tak dapat tawaran ke SBP walaupun ada mohon dulu. Tak mengapalah..takde rezeki. Ramai yg dapat 5A. Orang kata..kerajaan utamakan pelajar luar bandar untuk asrama penuh ni agar diorang dapat gunakan banyak kemudahan yg tak ada kat sekolah luar bandar. Tapi pelajar sekolah pinggir bandar, camne? Yelah, KE2 dan TMGS ni sekolah pinggir bandar, hehe. Tapi ari tu terjumpa kak Faizah isteri En. Rafie kat Kedai Buku Kini. Anak no. 3 dia pun dapat 5A sekolah semanggol..tapi tak dapat gak SBP. Dia buat rayuan. Tapi 19hb ni dia p SMK Taman Tasik. Kalau dpt SBP atau MRSM..dia hantar anak dia p sana lak.

Tunggu laa kot2 ada rezeki ke tak kat MRSM pulak. Kalau takde juga..terus ajelah sekolah kat KE tu. Along pun semalam ditempatkan kat kelas 1 Sigma, kelas RK. Dia pun nampaknya seronok sangat sebab dapat masuk kelas no 1 tu. Besar harapan kitorang agar dia dapat bersaing dalam pelajaran ngan baik bersama kawan2 sekelasnya.

Semalam, di dewan sekolah menengah KE...ibubapa pelajar tingkatan satu diberi taklimat dan maklumat tentang hal2 persekolahan. Sementara di luar (di padang)..pelajar2 tingkatan 1 berkumpul dan berbaris mengikut kelas yg telah dipamerkan di dalam dewan tadi.

Tapi aku takleh lama kat dewan..(rugi tak dapat dengar lebih lanjut pasal sekolah) sebab akiss sedang tu dah sampai kat umah. Angah sampai lambat sikit sebab dia pun abes kelas lambat. Kak nor pun takde kat umah time tu. Jadi aku dah tulis nota siap2 dan letak kat rak kasut untuk akiss baca dan ikut apa yg aku tulis. Abg lak takleh p keje lambat sebab 2 org kawan se-department nya bercuti kerana menguruskan hal persekolahan anak2.

Alhamdulillah, aku sampai umah..akiss ikut apa yg aku tulis kat nota tu ;-)


06 JAN 2009 SELASA


Biasalah..dah abes nak makan baru teringat nak keluarkan kamera, hehe. (di TCRS)

Hari ni hari ulangtahun kelahiran along yg ke 13. Semoga Allah panjangkan usia, dimurahkan rezekinya, diberi kesihatan yg baik, menjadi anak, cucu, abang, pelajar yang baik, menjadi insan yang beriman. Amin.

Bermaksud..dah 13 tahun 9 bulan aku menjadi seorang ibu. Aku sentiasa berdoa agar aku menjadi seorang ibu yg baik kepada anak2.

Kitorang dah meraikannya pun. Mungkin boleh dikira 2 tempat gak laa. Satu kat Mc Donalds sebab ibunya ni nak makan set prosperity (yg hanya ada time nak CNY) dan lagi satu kat TCRS (The Chicken Rice Shop-bukan sekadar nasik ayam, hehe)

Hepi besday along..

No comments: