Di bawah mentari pagi (mentari muncul lagi, hehe)
Alhamdulillah, pagi tadi dpt juga p jogging kt Bukit Larut. Tapi betul2 jalan kaki sampai kat atas Bukit Larut tu sekali aje. Tu pun beramai-ramai ikut MCA sempena majlis amal, hehe. Abg selalu laa jugak pasal kompeni tempat dia keje dah beberapa kali wat acara camtu.
Yg tiap2 minggu kitorang anak-beranak jogging tu..setakat shortcut (laluan trek) sampai pondok 2 dan dah sampai pondok 2, kitorang turun balik. Kekadang turun jalan melenggang ikut jalan jip (amek angin), kekadang turun ikut short-cut tu balik sebab nakkan peluh keluar lebih banyak dan byk kalori terbakar, hahaha. Kira ok laa tu pasal dah p gym 3x seminggu. Abg lagi laa pulak..5x pi gym, 1x pi jogging dan 1x pi layan badminton kat dewan kg. Jambu..huhh!
Kat Bukit Larut banyak jalan short-cut untuk laluan jungle treking. Yang paling boring short-cut ke pondok 3 tapi kat situ pemandangannya best sket laa sebab ada lalu anak sungai..macam kat Taman Negara Penang gak. Short-cut pondok 2 tu..curam. Kalo sape yg sakit lutut, lemah jantung, semput (asma) jangan laa cuba2 nak ikut sini. Nak dptkan pertolongan cemas..susah! Ada bbrp kes kematian sebab pulun ikut short-cut.
Aku pun pernah laa bawak paksu Tisan dan busu Timah jogging kat sini. Paksu mula2 eksyen aje..nak tunjuk dia laa yg terer (hehe)..sampai kat setengah jln (short-cut) dah peluk pokok sebab tak larat, mata melilau mcm nak pitam..Nasib baik ok bila dah relaks2.
Alhamdulillah, stamina aku ok lagi walaupun umur sedang ke arah 34 ujung tahun ni. Aku harap badan aku sihat dari penyakit yg dah bermacam2 jenis di era moden ni..Gerun bila dgr macam2 nama penyakit skang ni..nau'zubillah.
Aku tengok budak2 sekolah menengah yg berlari merentas desa kat area lake garden tadi..sian betul. Muda-muda tak larat nak lari..jalan aje. Tak bersemangat pulak tu. Jgn ingat kurus takde penyakit..takde kolestrol tinggi..Tapi, yelah! diorang muda remaja lagi. Metabolisma pun masih di tahap yg tinggi.
No comments:
Post a Comment