Wednesday, January 11, 2012

Tugas rutin

Aku sendiri yg amek keputusan utk hantar angah ngan akiss ke sekolah sendiri sejak 2 tahun lepas. Bkn pe, rimas ngan perkhidmatan bas sekolah yg sket2 naik tambang bas sesuka hati persatuan dorang aje. Masa harga diesel naik...harga tambang dia pun dh tentulah naik. Tp harga diesel tak naik pun..harga tambang bas naik jgk. Alasannya, maintainance bas lak tinggi, adoii..

Tu pun sebab ada si kancil ni. Kalo idak...rimas ke...tak rimas ke...kena ler naik bas sekolah jgk, kan?? hoho. Terima kasih laa kat bondaku kerana sang kancil ni.
Wlpn tahun ni angah bersekolah sesi pagi tp mgkn kos petrol dh jd lebih kurang mcm angah sekolah petang gak laa. Ntah2 lebih lagi, ngeh2.  
Manataknya, tetiba tahun ni Akiss ada 2 hari aktiviti ko-ko dlm seminggu iaitu Rabu & Khamis sejurus abes sesi pembelajaran tengahari tu. Balik dh tak sama ngan Angah dh terutama hari Rabu.
Yg angah lak..hari Khamis 4 petang ada aktiviti lak kat sekolah. Sejam lebih lepas tu...kena gi amek semula, ish..ish...pi mai pi mai ler sampai penin lalat, huahua...
 Tu belum mula lagi kelas tambahan intensif pihak sekolah masing2 yg dijangka mula bulan Mac ni nanti, mm...

Sekolah dorang ni pun bkn lah dekat sgt pun...10 km jgk ler dari umah, hoho.
Bkn sekolah dekat2 umah takde...tp kitorang sendiri yg amek keputusan nk hantar anak gi sekolah jaoh cenggitu, sendiri tanggung ler....hehe..
Tak pe laa anak2...demi masa depan kalian. Ibu dan abah cuma boleh bagi sokongan macam ni la. Korang sendiri yg kena belajar sebaik2nya utk berjaya dlm akademik dan membentuk sahsiah dan jati diri sebagai umat Islam dan warganegara yg baik..

Sekian, wabillahhitaufikwalhidayah...assalammualaikumwarahmatullah...

Bila ayah jumpa Hairul

Sape Hairul?? Loyer? majistret?? hehe..
Sebenarnya Hairul ni antara peserta Idola Kecil 4 dan merupakan salah sorang daripada 6 finalis musim tu. Dia jgk sorang2nya peserta lelaki yg terpilih utk final malam tu. Baru jer abes program ni minggu last sebelum masuk tahun 2012.

Sebenarnya, aku tak ikut pun rancangan ni sangat...dari musim pertama sampai laa ke 3. Tp musim ke 4 ni terikat lak kena tgk. Mana taknya, ayah laa yg selalu sms tiap2 minggu ingatkan aku tgk rancangan tu mlm tu, hoho. 
Maklumlah!!!! ada cucu sedara yg jadi peserta dlm rancangan tu, huhu.
(Tapikan...bkn tiap minggu aku dpt tgk...hehe. Maklum ler rancangan tu disiarkan malam minggu tengah cuti sekolah kan, hehe..)
 Nasib baik ler rancangan ni tak memerlukan undian penonton, kehkeh...

Jadinya, sesape yg nonton Idola Kecil musim ke 4 ni kenal ler Hairul ni.
Walaupun cucu sedara ayah....tp sebelum ni aku tak kenal pun dia, hehe. 
Sebabnya, kitorang ni bau-bau bacang aje. Tak penah ler terjumpa apatah lagi aku dh dok jauh ni jarang dpt balik menyertai kenduri-kendara atau majlis bersama keluarga kat sana. Cuma mak dia aku kenal ler..tu pun jarang ler terjumpanya pun, hehe.

Gambar kat bawah ni ayah yg hantar mms kat aku. Kebetulan Hairul balik kampung lak minggu baru ni. Umah keluarga dia pun tak jaoh ngan Bentong tu...kat Setapak aje, hehe.
Eksyen ngan aku ler ayah tu....hoho.
 Petang semalam ayah kol. Katanya tengah makan kat Ketari. Mak pun ada laa. Pastu, ayah terus pas henpon kat kak Timah soh aku ckp ngan kak Timah. Tak lama tu, kak Timah pas pulak henpon tu kat Hairul soh cakap ngan aku...maklong Ina, heheh..

 Malam td, ayah mms lak lagi satu gambar bersama Hairul dan familinya kat Air Terjun Chamang. Dorang gi mandi-manda dulu sebelum gi makan kat Ketari tu.
Aku tanya ayah...Hairul tak sekolah ke?? Kan ke semalam hari Selasa. 
Ayah kata...lepas sekolah dia terus ke Bentong nak mandi kat Air Terjun Chamang ni ler..
Yelah, umah dia kan Setapak aje...hihi..

Kepada Hairul...semoga berjaya dalam bidang yg diminati dan jangan lupa pada pelajaran. Pandai2 lah membahagi masa antara pelajaran dan bidang nyanyian, mgkn juga lakonan pd masa akan datang ni. Kata cita2 nk jadi doktor kan...hehe.

Nota aku:
Dari dulu aku dgr ramai sgt budak2 bercita2 nk jadi doktor. Aku jer cita2 nk jadi cikgu tp cuma tercapai jd cikgu kat anak2 jer, hehe. Tp sampai skang jawatan doktor masih tak mencukupi kat hospital2 kerajaan kat Malaysia ni sampai terpaksa import doktor dari India, mmm...
~Opps, anak2 aku pun dgrnya bercita2 nk jd doktor gak, hmm..

Sekian, abes citer..

Tuesday, January 10, 2012

Pagi yg sunyi..

Pagi ni terasa sunyi betul rumah ni. Minggu lepas tak terasa lagi sebab along masih ada kat umah sewaktu adik2nya gi sekolah. Ahad baru ni along dh balik ke hostel dh.
Namun, semalam pun masih ok lagi sebab abg singgah balik umah jap lepas buat keje kat Taiping Headwork sebelum sambung keje di Semanggol....siap tunggu aku masak dulu, makan dan baru ler gi keje. Tp pagi ni terasa sungguh, ish..ish..

Tahun lepas & tahun sebelumnya...ada angah waktu pagi2 cenggini teman aku kat umah sbb dia sekolah sesi petang.
Abg biasalah dh gi keje. Akiss lak sekolah sesi pagi...Mmg sekolah Akiss ni takde dua sesi cuma ada sesi pagi aje.
Angah masam, heheh..
Tapi tahun 2012 ni...angah pun dh bersekolah sesi pagi jugak. Jadi, umah ni dh sunyi laa pepagi. Kalo idak, budak angah ni laa teman gadoh aku pepagi, hahaha..
Masa dia sekolah petang dulu...selalunya angah ni ler yg tolong sapu umah dan layan karenah Togey & Nami kat luar tu.
Dia jugak ler yg tolong aku amekkan serai, tak pun daun kari, daun limau purut ke bila aku tgh masak. Tp skang ni..aku ler kena gi amek sendiri, huhu.

Tu ler satu yg tak best bila semua anak2 sekolah pagi, ngee. Umah ni sunyi wlpn aku leh hadap skrin pc. Tu belum ler tua umor 50 lagi, ye. Agak2nya, macam tu ler yg mak & ayah aku rasa bila kitorang dh jaoh dari mata, ish..ish..
Gambar Akiss ni kat galeri yg baru dibaikpulih di Muzium Perak.
Namun sebenarnya, lebih baik anak2 bersekolah pagi. Minda dorang masih segar ketika belajar..berbanding ngan sekolah petang yg lebih byk menguap sebab mengantuk.

**Tapi semua tu sementara nk biasa aje, kot...mmm

Monday, January 9, 2012

Hantar along..

08 Januari 2012
Ahad

Alah...hantar along balik hostel dia aje, hehe. Hmm, mmg byk entry psl along utk awal tahun ni, ye. Takpelah, walaupun entry psl along tp kitorang tetap interprem gak kan?? hihi...

Kali ni lambat sket keluar dari umah..dlm kul 2.40petang cenggitu. Jd nya lambat sket ler sampai sana lepas dh singgah makan kat R&R Padang Tamat (setengah kilometer jer dari pintu pagar maktab, hehe..)..Jam 5.30ptg baru berada di depan aspura.
Awal tahun selalunya ibubapa pelajar dibenarkan masuk tolong bwk masuk brg2 dan kemas2 brg dorang yg banyak sgt tu. Buat sementara ni...along masih dok di dorm yg sama tahun lepas.
Cadar & selimut berlogo maktab, sarung bantal along masih guna yg lama punya, hehe. Tuala pun guna tuala lama...byk ler yg lama punya. Kecuali uniform aje...ada beli 2 psg yg baru. Dari form 1 sampai form 3...along guna uniform yg sama, tak penah tukar baru pun, ngee. Dh masuk f4 ni kena laa tukar, ye dak??
Mak nya pun sebok ler tolong mengemas. Jam pun lom kul 6 petang lagi...buat ler apa yg sempat sambil mulut tu ingatkan along macam2, hehe..
Kat luar dorm...pelajar2 form 2,3 & 5 yg dh balik sejak 3hb ri tu sedang asyik beriadah dan bersukan.

Gambar di bawah ni adalah hasil dari 3 gambar (2 antaranya ada kat atas tu, hehe) yg telah dicantum & dijahit oleh abg jap td, hehe..

Kul 6 petang, lepas dh salam peluk cium along...kitorang pun tinggalkan along dengan suasana kehidupan asrama semula.

Pelajar form 4 pun tak belajar lagi...dorang ada program perkenalan iaitu pra form 4 terlebih dulu sementara menanti pelajar2 baru utk 1st intake yg bakal masuk mungkin awal Februari ni nanti.

09 Januari 2012
Isnin

Along sempat kol td..dia kata cuti CNY ni dorang leh pulang bermalam tapi cuti mcm dlm kalendar ler...tak mcm setengah2 sekolah menengah lain yg mungkin cuti seminggu.

Along citer lagi...diorang semua diberitahu keputusan pertukaran ke MRSM PKP bakal diketahui di minggu akhir program pra form 4...iaitu selepas cuti CNY dan sebelum intake pertama pelajar form 4 yg baru awal Februari nanti. Berharap jugak agar along dpt bertukar ke Taiping. Tp kalo tak dpt pun...tak mengapalah. Semua bergantung pd rezeki masing2.


Ada pendapat (rasanya bukan pendapat..tp pengakuan dari empunya diri yg penah 5 tahun tinggal di asrama penoh dari form 1- form 5, kemudian terus dpt matrikulasi dan kemudian sambung degree) mengatakan dia kurang mesra ngan adik2 disebabkan jarang berada di rumah kerana bersekolah di asrama penoh dan terus sambung pengajian ke IPTA.
Tp bg aku laa kan...mesra ke...tak mesra ke..ngan adik-beradik ni bukan lah faktor di atas sgt pun. Sebenarnya, dari diri sendiri jugak. Bila dpt balik utk bersama keluarga....berikanlah sepenoh perhatian pd masa yg sangat bernilai tu utk bersama melakukan apa2 sj aktiviti dengan ahli keluarga. Contohnya...bersama2 bekerjasama mengupas bawang, siang sayur, ikan di dapur, mengopek ikan bilis ke.....bila emak kita nk memasak. Tak kira lah lelaki ke pempuan.
Tak pun sorang basuh pinggan, sorang tolong bilas. Kalo ada kelapangan utk keluar beriadah bersama...boleh laa berkelah ke, jogging ke. Paling penting berkomunikasi sesama. Bersembang atau sentuhan listrik, bergurau, main games sama2 ke...ish, macam2 caralah, kan...

Ni aku tgk ada yg bila balik umah bercuti....tido jer kejenya. Mcm balas dendam aje kat hostel tak dpt nk tido lama2, mmm...

Tu aje lah, tamat.

Makan2 di Mc Donald

06 Januari 2012
Jumaat

Hari Jumaat mmg waktu ofis abg awal habesnya berbanding Isnin hingga Khamis. Aku dh ckp kat abg yg petang tu aku nk ajak abg keluar. Jam 5.25 abg dh sampai umah.
Jam 5.45 kitorang dh keluar sekeluarga utk ke francais Mc Donald yg baru sebulan lebih dibuka kat Taiping ni...iaitu di Simpang, Taiping. Satu lagi francais dh ada kat Taiping Sentral tp yg tu takde kaunter Pandu Lalu atau Drive Thru mcm kat Simpang ni.

Sj jer laa bwk along makan2 kat sini. Sempena hari ulangtahun kelahiran dia. Tambah2 pulak masa dia bersama kitorang sejak 3 tahun tinggal di asrama ni terhad. Hari2nya byk di maktab.
Restoran Mc Donald di Simpang, Taiping..
Suasana kat dlmnya mmg best. Cantek ler mcm francaisnya kat bandar2 besar tu. Tempat duduk mcm2 jenis.
Kitorang pilih utk dok kat meja cenggini aje, macam biasa laa...sesuai utk satu keluarga, kan...hehe. 
Mula2 kitorang plan dari umah nk oder set prosperity 2, set spicy chicken deluxe 2 dan set nugget 1...tp sampai situ nampak ada set utk family dinner. Jd, kitorang amek yg tu laa...lg senang dan leh menjimatkan. Cuma tambah kopi panas utk abg dan sebijik burger spicy chicken deluxe.

Bismillah...
Along dan Angah..
Sdg menikmati makanan tu...atuk budak2 ni kol. Takde apa laa, cuma nk ckp ngan along utk ucapan selamat kat dia.
Ibu dan abah bergambar ngan besday boy hari tu. Seronok ler along kali ni dpt makan2 ngan family pd hari yg sama. Dua tahun sebelum ni kitorang gi makan2 gak tp kena tangguhkan atau diawalkan, hehe.
Kat kotak family dinner box ni ada ler tercatat...FAMILI YG SALING MENYAYANGI, SENTIASA BERKONGSI, amboiii..pandai hangpa punya strategi marketing no!!
Tu dia...dh abes makan. Sebenarnya, saja aje sepah2kan cenggini..nampak mcm byk sgt ler makannya, kan?? hahaha..(ish, tak kelakar pun!!mmm). Tp bila semua letakkan atas tray ni...senang jer tgk krew dia nk berkemas.
Bila dh kenyang....alhamdulillah,
Abg soh kitorang duduk tang sini lak utk bergambar, hehe..
**Gambar2 dlm entry ni ehsan dari kamera hp SE abg, hihi.

Kat luar pun nk bergambar, biasalah tu...mcm tak biasa, kan..ngee.
Abah dia punya keje ler ni soh amek gambar kat sini, hoho..Kotak dh kosong tu kitorang bawak balik. Sayang lak tinggai2 aje, hehe.
Wlpn penah singgah kat Mc Donald yg ada kaunter Pandu Lalu ni kat mana2 lokasi sekalipun...kitorang belum penah ler pulak oder cenggini lg.
Kalo singgah situ...mesti singgah lepak2 makan kat situ terus. Leh rehat2 dari dok terperuk jer dlm kete sepanjang perjalanan, ye tak??
Mula2 oder kat skrin mesin tu...
Pastu gi kaunter bayaran. Bila dh bayar, gi ke kaunter lg satu utk penerimaan oder.
Hehe...semua tau kan?? Saja ler aku nk citer kat sini..hihi.
Utk urusan pembelian mcm ni senang ler, takyah turun kete cari parking dan beratur kat kaunter dlm utk membeli. Sgt mudah utk mereka2 yg dalam perjalanan ke mana2.
Tp bg mereka yg umahnya dekat2 dlm daerah yg sama..adalah lebih mudah kol 1300-13-1300 jer utk McDelivery. Krew dorang leh terus hantar ke umah dgn bayaran tambahan RM3. Takyah susah2 dh. Cuma tunggu aje kat umah tu dgn standby duit di tangan, hoho.
**Kat Taiping ni...perkhidmatan McDelivery disediakan dari Mc D, Taiping Sentral.

Abes citer....