Wednesday, January 11, 2012

Bila ayah jumpa Hairul

Sape Hairul?? Loyer? majistret?? hehe..
Sebenarnya Hairul ni antara peserta Idola Kecil 4 dan merupakan salah sorang daripada 6 finalis musim tu. Dia jgk sorang2nya peserta lelaki yg terpilih utk final malam tu. Baru jer abes program ni minggu last sebelum masuk tahun 2012.

Sebenarnya, aku tak ikut pun rancangan ni sangat...dari musim pertama sampai laa ke 3. Tp musim ke 4 ni terikat lak kena tgk. Mana taknya, ayah laa yg selalu sms tiap2 minggu ingatkan aku tgk rancangan tu mlm tu, hoho. 
Maklumlah!!!! ada cucu sedara yg jadi peserta dlm rancangan tu, huhu.
(Tapikan...bkn tiap minggu aku dpt tgk...hehe. Maklum ler rancangan tu disiarkan malam minggu tengah cuti sekolah kan, hehe..)
 Nasib baik ler rancangan ni tak memerlukan undian penonton, kehkeh...

Jadinya, sesape yg nonton Idola Kecil musim ke 4 ni kenal ler Hairul ni.
Walaupun cucu sedara ayah....tp sebelum ni aku tak kenal pun dia, hehe. 
Sebabnya, kitorang ni bau-bau bacang aje. Tak penah ler terjumpa apatah lagi aku dh dok jauh ni jarang dpt balik menyertai kenduri-kendara atau majlis bersama keluarga kat sana. Cuma mak dia aku kenal ler..tu pun jarang ler terjumpanya pun, hehe.

Gambar kat bawah ni ayah yg hantar mms kat aku. Kebetulan Hairul balik kampung lak minggu baru ni. Umah keluarga dia pun tak jaoh ngan Bentong tu...kat Setapak aje, hehe.
Eksyen ngan aku ler ayah tu....hoho.
 Petang semalam ayah kol. Katanya tengah makan kat Ketari. Mak pun ada laa. Pastu, ayah terus pas henpon kat kak Timah soh aku ckp ngan kak Timah. Tak lama tu, kak Timah pas pulak henpon tu kat Hairul soh cakap ngan aku...maklong Ina, heheh..

 Malam td, ayah mms lak lagi satu gambar bersama Hairul dan familinya kat Air Terjun Chamang. Dorang gi mandi-manda dulu sebelum gi makan kat Ketari tu.
Aku tanya ayah...Hairul tak sekolah ke?? Kan ke semalam hari Selasa. 
Ayah kata...lepas sekolah dia terus ke Bentong nak mandi kat Air Terjun Chamang ni ler..
Yelah, umah dia kan Setapak aje...hihi..

Kepada Hairul...semoga berjaya dalam bidang yg diminati dan jangan lupa pada pelajaran. Pandai2 lah membahagi masa antara pelajaran dan bidang nyanyian, mgkn juga lakonan pd masa akan datang ni. Kata cita2 nk jadi doktor kan...hehe.

Nota aku:
Dari dulu aku dgr ramai sgt budak2 bercita2 nk jadi doktor. Aku jer cita2 nk jadi cikgu tp cuma tercapai jd cikgu kat anak2 jer, hehe. Tp sampai skang jawatan doktor masih tak mencukupi kat hospital2 kerajaan kat Malaysia ni sampai terpaksa import doktor dari India, mmm...
~Opps, anak2 aku pun dgrnya bercita2 nk jd doktor gak, hmm..

Sekian, abes citer..

5 comments:

wantie said...

wah.. glamour ayah kak tu dapat snap photo ngan dak hairul.

T pun tak ikuti perkembangan rancangan tu. mana ada masa nak nonton.

ZaNNa said...

haalla..kiutnyer si hairul neh! suke tgk die but jarang gak ikot..

Rinna said...

Tumpang glamer gak ler ayah kejap ambik gambar ngan artis..kecil kan.. :)

Adylia Qarissa said...

Dkna tak pernah tengok bintang kecil nie. o_O

firuz said...

tiap2 minggu tak miss tengok idola ni..tp final x dpt tengok sbb tv9 tak dpt kat kg..huahuahua..