Monday, November 24, 2008

Dengarlah ini cerita:-Makan angin ke Sabah dan Sarawak..wah!

Tiket flight ke Kota Kinabalu ngan AirAsia, kitorang dah booking untuk 9 orang pada 02 Jun 2008 lagi. Booking awal untuk dapat harga tambang murah. Murah tak murah gak laa..semua untuk 9 orang tu LCCT-KK dan KK-LCCT...RM3330 gak la semua.

Sebenarnya, kitorang ni memang takde plan pun nak ke sana tahun ni tapi bila Fadhil asyik tanya bila nak sampai kat umah dia..mak ngan ayah kesian pulak. Pastu, diorang berdua nak p sendiri tak berapa nak reti..jadi ajak laa aku, abang ngan anak2 sekali. Jadi, penerbangan kitorang pi dan balik ni semuanya ditaja oleh ayah dan emak aku laa. Tima kasih banyak2 kat mak ngan ayah. Saaayanggg mak ngan ayah, hehe. Semoga murahlah rezeki mereka berdua. Lepas2 ni leh laa taja lagi, hehe.

Aku pilih flight 15/11/2008 tu bukan apa. Budak2 dah cuti sekolah, mak pun cuti tahunan dah terkumpul banyak laa sket. Senang nak mohon cuti lama2. Lagi pulak, Fadhil ngan Dayah pun dah cuti gak..senang laa nak bawak kitorang jalan2. Abang takde masalah sangat pasal cuti memang banyak cuma jadual stand-by tu abang kena mintak kerjasama laa ngan kawan satu departmentnya tu..hehe.

Petang Jumaat 14.11.2008 iaitu hari last sekolah sebelum cuti penggal terakhir tahun 2008..kitorang telah bertolak ke Bentong ngan van. Turut disertai abah ngan mak. Kat Hentian Sebelah Bukit Gantang..kitorang singgah untuk minum petang. Kat situ terjumpa pulak guru besar sekolah KE 2..nak p Ipoh ngan beberapa kawan2nya.

Sampai Bentong dah malam..

SABTU 15/11/2008
Pagi Sabtu tu..berserta mak dan ayah..kitorang singgah sarapan pagi kat kedai Bakar. Sampai KSN Bukit Jalil..tunggu Amir amek lak sebab memang tak hafal jalan p umah diorang ni. Sampai sana..acara masak beramai-ramai dan makan bersama-sama.

Aku sebenarnya risau betul pagi tu pasal mak aku tiba-tiba demam laa pulak sejak malam lagi. Tak selera makan, badan lemah. Tak seronok laa jalan macam ni kan.

Kat umah ET..aku tuam kepala, leher dan kaki mak ngan ais..mak pun makan ubat. Alhamdulillah, dengan lauk lemak nenas dan ikan kedere..naik selera mak untuk makan nasik. Walaupun masih lemah tapi mak masih boleh berjalan sepanjang proses nak check-in flight sampailah ke hotel penginapan di Kota Kinabalu. Semangat mak mmg kuat.

Alhamdulillah, sepanjang proses tu segalanya berjalan lancar walaupun terpaksa jalan pantas untuk cop tempat duduk bersama di dalam pesawat. Maklumlah, AirAsia ni mana ada nombor seat. Nasib laa kalau kena duduk ngan orang lain. Kalau orang lain tu senonoh takpe gak. Tapi kalau dapat jenis tido lentuk kat orang, dah tido tu berdengkur, pengentut, kuat sendawa..iyekk!

Mak ngan abah dapat masuk pesawat awal sebab dah warga emas..Tapi punyalah lajunya kitorang jalan, dapatlah dok tiga baris berturut-turut. Cukup2 sembilan orang, hehe.

Pengalaman naik kapal terbang? Ohh..tak ada apa, takde laa jakun pun, wakaka. Cuma kali ni dalam flight lama sket laa. Terasa laa gak camne pesawat langgar awan, hehe. Dulu naik MAS pi balik Bayan Lepas-Langkawi..sat sangat. 20 minit aje dah sampai, huhu. Seat pun tak sempat nak panas lagi, wakaka.

Kat dalam flight kali ni sempat beli travel bag AirAsia stand-by untuk beg tambahan kat KK nanti, hehe.

7.30 malam..kitorang selamat tiba kat Terminal 2 Kota Kinabalu. Fadhil dan Dayah dah tunggu kat luar. Terus Fadhil bawak ke tempat parkir kereta sewa kitorang. Booking kancil 660cc tapi rezeki kitorang betul..akibat salah paham sesama staff syarikat keta sewa tu..kitorang dapat proton robot, hehe. Memang rezeki betul..harga pun dapat harga sewa kancil aje. Memang best laa guna keta proton ni dari kancil pasal cc enjinnya besar dah tentu lebih power dari kancil 660 tu kan, hehe. Bonet pun besar.
Kitorang sekeluarga naik keta sewa. Yang lainnya naik keta avanza Fadhil laa.

Mula2 p mamam dulu. Perut memang dah lapar ni sebab kat dalam flight memang sejuk betul. Mamam kat anjung selera. Fadhil kata dulu berdepan ngan laut tapi sebab kat situ ada nak wat projek lain..diorang dah dipindahkan sementara waktu berhampiran terminal bas KK kat tepi sungai tu.
Pas dah kenyang..terus ke Tang Dynasty Park Hotel nak masuk bilik. Fadhil dah check-in kan petang tu dah. Kunci bilik semua ada kat dia. Amek 3 bilik..dapat rate promosi RM98 satu bilik untuk 3 orang. Fadhil kata memang dari dulu lagi tak abes2 promosi rate diorang ni. Fadhil ngan Dayah kalau saja2 turun KK..kat situlah diorang nginap. Tapi kalau time nak balik Semenanjung..diorang nginap kat hotel lain pasal kat situ susah sket nak dapat teksi.

Rezeki kitorang gak laa malam tu dapat bilik besar..semua dapat tidur atas katil ngan selesa.

AHAD 16/11/2008
Aku bangun jam 4.30 pagi. Mandi awal..Fadhil kata paling lambat nak tengok gunung kena kuar pukul 6.00 pagi sebab kalau lambat..dah tak nampak puncak gunung sebab dilitupi kabus sampai laa ke petang. Kat sana kalau kul 6 pagi tu macam kul 7pagi kat sini laa cerahnya dah.

Sarapan pagi tosei kat restoran mamak berdekatan hotel. Pastu ngan dua keta..kitorang terus ke arah Taman Kinabalu untuk melihat dari dekat puncak gunung kinabalu yang melebihi tinggi awan tu. Sepanjang laluan..memang rasa berbaloi sebab dapat melihat pemandangan di tempat orang. Salah satunya dapat tengok jambatan Tamparuli yang menjadi kebanggaan kadazan sehingga lagu rakyat mengenai jambatan itu sangat popular kat Malaysia ni. Tapi tak singgah pun untuk bergambar kat atas jambatan tu. Terus aje.

Walaupun perjalanan memakan masa 2 jam juga nak ke Taman Kinabalu tu tapi mata ini terus dijamu oleh keindahan dan ketinggian gunung yang tertinggi di Malaysia ni. Seperti mengiringi perjalanan kitorang datang kepadanya. Tapi semakin kami menghampiri Taman Kinabalu..semakin banyak pulak awan dan kabus menutupi puncak gunung. Maklumlah..cuaca pun lembab aje.
Satu lagi perkara yang kita boleh perasan sepanjang perjalanan ke sana..betapa banyaknya gereja dari pelbagai Saint..Rasanya lebih 15 gereja Saint yang berlainan..huh! Sesekali saja boleh nampak kubah masjid seperti di Kundasang dan pekan Ranau.

Sampai saja kitorang kat Taman Kinabalu (mungkin dah melebihi separuh ketinggian gunung Kinabalu dari aras laut)..kitorang sekadar dapat merasai kedinginan suasana gunung kerana kabus semakin rakus menyembunyikan keangkuhan puncak kinabalu dari pemandangan.

Ada beberapa kumpulan pendaki sedang bersedia mendengar taklimat untuk mendaki gunung sehingga ke puncak. Kelihatan juga beberapa masyarakat tempatan yang telah diupah untuk membawa pelbagai beg dan peralatan para pendaki sedang bersedia untuk bergerak.

Dari Timpohon Check Point tu trail nak ke puncak cuma 8.5km saja tapi semestinya laluan itu sangat mencabar. Sesekali terdengar alunan muzik dari pejabat Timpohon Check Point tu. Sedap aje didengar. Rupa2nya..seseorang sedang meniup sompoton. Laa..baru hari tu aku tau camne bunyi sompoton tu. Selama ni dok tergantung aje kat dinding umah aku, hehe. Tak tau langsung bunyinya macam mana. Tapi sayanglah tak sempat nak rakam ngan video cam.

Dok rileks jap kat situ..bergambar, ke tandas (acara wajib kalau dah menyinggah)..lepas tu kitorang pi pulak ke Air Panas Poring. Nak ke sana pun makan masa hampir sejam jugak dari Taman Kinabalu. Nasib baik laa dapat keta besar. Kalau kancil 660 lagi laa terhegeh-hegeh, hehe.
Kat situ tak payah bayar tiket masuk lagi sebab kira dah bayar sekali masa kat Kinabalu Park tadi. Pengunjung memang ramai..semuanya nak mandi ayaq hangat! Tapi kitorang tak join pun sebab selain semua tempat penuh, kitorang memang tak standby pun nak mandi air panas.

Aku, abang, along, angah, akiss bersama Fadhil dan Dayah terus membayar tiket untuk merasai pengalaman melalui Poring Canopy Walkway. Sebanyak 5 titi gantung berturut-turut dari pokok ke pokok yang dah berusia ratusan tahun terpaksa kitorang lalui. Ketinggian titi gantung tu melebihi 100m dari tanah. Memang gayat habis! Mula2 tu rasa kepala pusing juga tapi dah masuk titi ketiga tu dah mula rasa seronok walaupun kaki ni ada rasa ketar lagi, hehe. Masa tengah lalu kat titi..punyalah geram kalau titi tu sengaja digoyang2kan tapi bila dah sampai..aku pulak sebok nak usik orang lain yang lalu kat titi tu, hehe! Nakal!

Kamera hp, digital still kalau nak bawak naik kena bayar RM5. Video cam RM30 tapi kitorang tak bayar pun. Sebab bukan nak tangkap gambar sangat macam nak buat dokumentari kat tv tu..buat rugi aje. Tapi ada laa gak tangkap gambar curi2. Kat area tu memang ada krew diorang dok jaga.

Mak ngan ayah, mak ngan abah dok berehat2 kat bawah pokok tepi batu besar berhampiran telaga air panas tu sambil makan2 kudap2 yang telah dibeli di stesen Petronas Pekan Ranau. Diorang tak ikut kitorang pasal..kena daki bukit macam short-cut pondok 2 Bukit Larut laa jugak sementara nak sampai kat permulaan titi gantung. Dah laa berpeluh..aku ni naik ngan kasut tapak tinggi lak tu, hehe. Tak sorang pun dari kitorang bertujuh ni pakai kasut sport! Haha..

Kat kawasan parking..abah sempat sambar satu set key-chain untuk souvenier. Ada yang amek kesempatan p tandas..acara wajib tu!

Kat pintu pagar..kawan Dayah ngan Fadhil, juga cikgu kat SMK Lawas (sedang balik bercuti kat kampungnya di Ranau) sedang menunggu ngan Satria Neo bersama suaminya. Dia nak bawak kitorang makan kat satu restoran bihun sup yang popular kat pekan Ranau tu.

Orang memang ramai. Aku makan nasik kosong ngan sup ayam. Abang pulak nasik kosong ngan sup ayam + daging. Anak2 aku semua makan bihun sup ayam.

Sempat singgah kat Kundasang membeli langsat dan buah mata kucing tempatan. Dah lama tak rasa buah mata kucing original yang kecik2 tu. Skang ni yang terjual kat pasaran banyak longan aje. Juga aku sempat beli buah tempatan yang tak pernah jumpa pun kat semenanjung ni, hehe.
Cuba2 rasa..sedap gak..manis dan lemak! Dayah ngan Fadhil pulak pegi beli sayur segar untuk masak kat Lawas.

Selepas tu kitorang terus menuju ke arah Kota Kinabalu semula walaupun hujan di sepanjang perjalanan. Kat KK sempat lagi singgah buang air kat Petronas Stesen sebelum memulakan perjalanan terus ke daerah Lawas, Sarawak.

Di sepanjang 3 jam perjalanan nak ke Lawas..pelbagai daerah di Sabah yang kitorang terpaksa lalui. Pelbagai pemandangan dan senario yang dapat kitorang lihat sendiri. Tidak lagi hanya melihat dokumentari di kaca tv.

Antara kawasan yang kitorang lalui kat situ termasuklah Lok Kawi, Papar, Bongawan, Beaufort, Sipitang dan Sindumin. Kalau nak ke Labuan, kena naik feri kat kawasan yang dinamakan Menumbok. Fadhil ngan Dayah dah pernah p Labuan. Diorang citer naik feri dari Menumbok kalau keta kena RM80. Kalau bawak badan aje..RM5 sorang!

Di sempadan Sabah dan Sarawak..kitorang kena buat pemeriksaan imigresen. Biasalah, mula2 imigresen Sabah tanda kitorang kuar Sabah, pastu imigresen Sarawak tanda kitorang masuk Sarawak.
Dari kawasan imigresen Merapok, Lawas tu..nak ke bandar Lawas pun makan masa 30 minit gak. Tambahan pulak hari dah malam dan gelap. Tapi dalam gelap2 tu..nampak gak laa jambatan gantung untuk kenderaan satu laluan yang Fadhil penah citer tu. Kalau ada keta belah sini lalu, keta yang seberang sungai tu kena tunggu laa dulu, hehe.

Sampai kat bandar..Fadhil terus bawak kitorang makan kat gerai yang selalu dia p kat sana. Hujan masih turun renyai2.

Sampai umah sewa Fadhil kat Taman Harmoni, Banting, LAWAS..rasa lega badan ni. Manataknya..sehari suntuk dok dalam keta, hehe.

ISNIN 17/11/2008
Pagi tu masih bermalas-malas lagi. Sarapan pagi ngan nasik goreng Dayah. Fadhil kuar jap ngan moto p kutip2 pinjam jaket keselamatan kat kengkawannya. Nak guna snorkling kat Pulau Manukan Rabu nanti.

Jam 10 pagi..Fadhil bawak ronda2 di sekitar daerah Lawas. Kitorang turut ke sekolah menengah tempat dia ngajar, bilik guru dia, bilik alatan sukan yang dia jaga. Pastu p kat pengkalan feri dari Lawas nak ke Limbang ikut darat. Keta naik feri semata-mata nak menyeberang Sungai Terusan tu kena cas RM10, motor RM2, kalau orang..free.
Tapi terdapat sebuah jambatan sedang dibina untuk kemudahan itu. Mungkin nanti tak perlu lagi perkhidmatan feri tersebut.

Singgah kat kawasan imigresen Sarawak untuk orang nak masuk Brunei. Kat situ beli beras wangi tempatan RM20 segantang dan beras bario RM22 segantang.

Fadhil bawak pulak ke Sundar..perkampungan Melayu di Lawas. Rumah diorang semua besar2 walaupun terletak jauh dari bandar. Fadhil citer..diorang kalau buat kenduri kawen 7 hari 7 malam, uish!! teruklah kalau meminang anak dara kat sini, nau'zubillah. Berapa puluh ribulah hantaran diorang agaknya. Kalau p kenduri kawen diorang..adatnya kena pakai baju tradisional, baju kurung, kebaya, baju melayu, batik. Kalau pakai t-shirt tu..hehe, sendiri mau ingat laa. Fadhil citer..masa datang kenduri kawen tu, tuan umah terus bagi satu paper bag berisi pinggan, sudu, garfu, cawan..semua kaca! Pastu..masa nak makan tu guna laa semua yang dia dah bagi tu. Dah abes makan, letak balik semua set makan tu dalam paper bag tadi dan bawak balik terus. Maknanya, kat kenduri tu takde team basuh pinggan pun! Banyak tul kena kuar duit nak buat kenduri kawen diorang ye. Kalau tetamu 500 orang..untuk kuar duit belanja beli set makan nak bagi tetamu saja dah berapa. Huh!! Diorang ni jenis cermat agaknya. Duit simpanan banyak. Tak kisah nak p sana sini macam kitorang ni, hehe.]

Masa kitorang lalu kawasan Sundar tu..beberapa kawasan rumah, balai polis, sekolah di tanah rendah dinaiki air.
Kemudian Fadhil terus lagi menghala ke Kampung Awat-Awat..betul2 dah sampai kuala. Kat situ terdapat perkampungan air nelayan.
Setelah tawar menawar, dengan bayaran RM10 untuk satu bot (tanpa jaket keselamatan)..kitorang naik bot kecil melawat kawasan di situ.
Budak tu sebenarnya bawak bot untuk penduduk kampung nak menyeberang kuala dari rumah mereka atau sebaliknya. Bawak kitorang ni kira pendapatan sampingan saja lah.

Ayah ngan abah dok kat jeti pasal tak nak turut serta.

Seremmm gak naik bot kecik ni..risau aje air masuk bot, hehe. Budak tu bawak kitorang betul2 ngam2 pusing sampai kat ujung kuala dah bertemu laut tu. Kamera pun tak berani nak bawak keluar pasal mak kata ayaq masin! Cuma abang aje yang pandai2 cover video cam untuk shoot pengalaman sebagai kenangan.

Rupa2nya, rumah atas air yang rapat2 antara satu sama lain sepanjang2 seberang kuala tu ada 4 buah kampung. Penduduk semuanya dekat 4ribu juga. Semuanya Islam. Kat situ ada surau, ada kedai makan, ada kedai runcit. Sebuah rumah kalau nak dibina kat situ RM50 ribu gak! Wow! Kat situ gak ada kilang wat ikan masin. Ada juga penduduk kat situ yang buat ikan masin secara tradisional..jemur bawah matahari, hehe.

Semua info ni budak tu yang bagitau. Soalannya tentulah dari mak aku yang ramah pulak masa tu, hehe.

Masa lalu kat situ..kitorang ni jadi perhatian diorang. Maklumlah, bukan selalu pelancong datang kat tempat terceruk macam tu. Kebetulan kitorang nampak la sorang nelayan tu pegang kiri kanan ikan merah dan ikan talang. 2-2 tu besar betul! Ikan merah tu kat situ budak tu kata RM10 aje sekilo!

Dah abes naik bot..kitorang terus balik ke umah sewa Fadhil sebab makan untuk tengahari belum lagi. Masak sama-sama..makan sama-sama. Apa yang spesel masa tu ialah udang galah Lawas besar tapak kaki abang tu. Sepit2 pun ada isi..punyalah sedap dan manisnya. Goreng pun sodap! Dayah pun ada beli ikan susu untuk dibakar. Mula2 menunya ikan terubuk fresh tapi ikan banyak tulang tu dah abes lah pulak! Dalam gambar nampak hangus ikan tu tapi yang hangusnya tu cuma sisik..isinya, sedap dan manis betul!

Dah makan, kemas2 basuh pinggan..semua rileks2. Fadhil, Dayah dan anak buahnya yang 3 orang ni dok layan game Worms PS2 Fadhil. Cd worms tu bawak dari Taiping, hehe.

Dekat kul 5 petang kuar lagi. Fadhil kuar ngan moto ngan along. Yang lain naik avanza, Dayah yang drive. Mula2 p amek ikan terubuk masin yang dah ditempah. Pastu, dok lepak kat gerai di tepi Sungai Lawas minum petang, makan goreng pisang, cucoq udang dan cucoq keledeq Lawas style. Sambil2 minum tu..kapal terbang twin otter lalu atas kepala nak landing kat lapangan terbang Lawas. Tak lama lepas tu..twin otter naik semula nak ke mana pulak ntah? Sempat gak laa Fadhil dan Dayah citer pengalaman diorang naik Twin otter yang leh muat 20 orang penumpang tu semasa naik dari Miri ke Lawas. Citer ngeri tapi lucu, hehe.

Hujan turun lagi. Tekanan air paip kat kawasan umah Fadhil dah berkurangan. Kitorang terpaksa catu air, hehe. Nasib baik sempat basuh baju malam sampai Lawas tu dan dah kering siap berlipat pun tengahari tadinya.

SELASA 18/11/2008
Pagi2 semua mula bersiap. Sarapan pagi ngan goreng pisang. Pukul 9pagi terus berangkat meninggalkan daerah Lawas tempat Fadhil dan Dayah mencari rezeki ini. Di sempadan, kitorang terpaksa melalui 2 kawasan imigresen sekali lagi. Selamat tinggal bumi Sarawak!

Isi petrol kat Sipitang. Meneruskan perjalanan sehingga di bandar Beaufort..Fadhil singgah jap kat Brunei Satay House untuk membeli 40 cucuk sate ayam + 40 cucuk sate daging brunei style. Besar tul satay nya. Dah laa besar, setengah batang lidi banyaknya. Kalah sate hj. samuri ni. Harga 60sen sebatang. Semua sate tu nak di mamam kat apartment di KK nanti.

Perjalanan kali ni..lebih luas pemandangan pasal waktu siang, leh nampak semua. Perjalanan pun lebih lancar, tak hujan..tiga jam dah sampai semula ke Kota Kinabalu.

Sampai KK terus check-in Marina Court Apartment. Fadhil dah booking beberapa bulan yang lalu, sekali booking ngan keta sewa tu, hehe.

Dah masuk apartment..perut dah lapar. Mamam sate. Rasanya memang sedap cuma kuah sate tu kurang sket laa dari kuah kacang kita, hehe. Tapi boleh lah!

Perut mak aku dah menggigil pasal tak makan nasik lagi. Fadhil teman mak turun ke restoran berdekatan. Lepas2 tu yang lain pun ngikut turun kemudiannya untuk minum2 petang.

Dah selesai tu, kitorang sempat curi masa p bergambar kat bangunan tong Yayasan Tun Mustapha atau bangunan Yayasan Sabah.

Dari sana, terus aje Fadhil bawak ke pasar Filipino untuk acara shopping dan jamu mata! Alhamdulillah, aku ni takde laa rambang mata pulak nengok keronsang lawa2 dan bosar2 tu, hehe. Aksesori mutiara pun aku tak berapa minat laa. Tapi ada laa beberapa barangan yang aku suka kat situ cuma tak cukup duit nak beli. Jadinya, beli aje lah apa yang aku suka tapi harga murah, hehe.

Sebelum singgah minum air kelapa..sempat beli 4 kg salak madu saiz kecik RM10. Mak beli salak madu saiz besar RM5 sekilo. Murah betul salak kat sana. Memang aku suka betul laa buah hutan paling sedap ni, hehe.

Petang, anak2 sempat p terjun kolam renang sebelum kitorang turun pulak malam tu untuk ke pasar malam. Kat situ ada yang beli beg tambahan, beli gelang lagi, beli keronsang, beli t-shirt, beli wallet..hehe

Fadhil ngan Dayah sempat pulak p 7 eleven untuk beli air, 2 buku roti dan 2 tin tuna untuk dibawa ke Pulau Manukan pagi sok. Keta sewa dah hantar balik. Sewa 3 hari aje. Jimat poket abg!

RABU 19/11/2008
Pagi2 dah bangun. Siap2 nak p Pulau Manukan. Fadhil hantar trip kitorang anak-beranak dulu. Tapi tugas mula2 kena p cari nasik campur nak bawak bekal ke Pulau nanti. Jenuh cari restoran yang dah jual nasik campur pagi2 tapi hampeh! Restoran mamak pun sama! Beli nasik lemak ngan nasik goreng ayam aje laa.

Sampai kat Jeti Jesselton, orang kat kaunter sibuk memanggil2 kitorang untuk guna perkhidmatan bot diorang. Aku buat derk aje sebab Dayah yang uruskan semua ni. Dok kat kerusi sementara menanti trip ke 2 sampai.

Akhirnya, dapat gak laa naik bot ke Pulau Manukan untuk mandi laut sambil snorkling bagi ikan makan. Best aar..kat situ ikan jinak2 betul. Kat tepi2 air cetek pun datang kalau ada roti, hehe. Ikan besar2 pun main langgar2 aje kaki orang! Kat celah2 batu karang tu..lagi ikan berkaler-kaler! Tingat kenangan kat Tioman 13 tahun dulu, wah!

Aku tak lama dalam air. Mata aku tak tahan silau. Yang beriya ambil peluang sepenuhnya dah tentulah abang dan anak2. Fadhil ngan dayah pun sama walaupun dah penah pegi sini sebelum ni. Ayah ngan mak lambat sket turun ke air untuk merasai pengalaman tu.

Jam 2 petang..hujan dah turun renyai2. Dan bertambah lebat bila jam 2.30 petang. Bot kitorang dah janji pukul 3 petang. Lagi 15 minit nak kul 3..kitorang p tunggu kat jeti beramai-ramai.
Naik bot dalam keadaan air dah pasang, ujan pulak tu..huiyoo! dahsyat. Bot pun laju sungguh. Kalah budak bawak bot masa nak p pulau dayang bunting, Langkawi tu, hehe. Sampai Jesselton Point..abes basah kuyup sapa2 yang dok tepi bot tu.

Sampai apartment, semua keletihan. Tapi sempat lagi p turun jalan kaki ke pasar Filipino kali kedua. Ada benda lagi tak cukup la tu.

Balik apartment, Fadhil bawak ayah pulak ke pasar malam. Aku, dayah, abang, angah dan akis turun kolam renang pulak! Sian Fadhil tak sempat join turun kolam sekali.

KHAMIS 20/11/2008
Pagi tu semua bersiap-siap dan berkemas beg untuk flight AK5111 pukul 1.20petang. Sepatutnya masa booking dulu kitorang amek jam 4.20 petang tapi beberapa hari sebelum nak ke Sabah dulu AirAsia msj abang kata flight retime ke 1.20petang lak. Ikut aje lah!

Pukul 10pagi..kitorang anak beranak jadi trip pertama ke airport ngan beg2 semua. Jam 11.30 kaunter check-in AK5111 dah dibukak. Sebelum masuk balai pelepasan..semua bersalam-salaman ngan Fadhil dan Dayah. Diorang balik semenanjung Ahad 23/11/2008 sebab nak simpan avanza kat rumah kawan diorang kat Lawas. Diorang nanti dari Lawas ke KK naik bas ekspress.

Sementara imigresen cek pass masuk Sabah bersama kad pengenalan dan surat beranak..sempat lagi melambai Fadhil dan Dayah yang masih setia berdiri kat situ. Alahai..sedih betul aku. Aku pun menitiskan airmata sebab aku ni memang penyedeh orangnya.

Kat balai berlepas tu..lama jugak tunggu pintu P4 nak dibuka. Dekat jam 2 petang baru leh naik pesawat. Pilot kata masalah kelewatan tu berpunca kelewatan dari Kuala Lumpur sebelum tu. Tak mengapalah, asalkan selamat..Alhamdulillah.

Kat dalam pesawat..mak aku sempat beli beg travel air asia sebab berkenan beg yg aku beli masa penerbangan ke KK hari tu, hehe. Abg pulak sambar 2 cap..aku beli key-chain, ngam2 RM50.

Pesawat landing kat LCCT ngan smooth skali. Tak macam flight AK5114 kitorang ke Sabah ari tu, kasar semacam. Yang tu pilot nama Abbas. Yang ni namanya Aditya..ingat tu!

Cuma yang tak puas hati tu..turun dari pesawat nak masuk ke balai ketibaan, makk aii!! punyalah jauh. Kitorang tak pe lagi tapi bagi yang usia emas? Jenuh nak jalan kaki sejauh tu!

Balik kali ni ada 4 bagasi dok kargo. Jadi kena tunggu sat.

Dah keluar terminal..van pun sampai. Sempat minum kat umah ET. Mak ngan ayah balik ngan busu dan paksu dari umah ET. Kitorang pun balik Taiping lepas daripada tu. Singgah kat R&R Rawang nak mamam.

Sampai Taiping dah kul 12 tengah malam. Sempat singgah Restoran Masa Katering minum2 dan pekena roti canai dulu. Aku cuma dok dalam van jaga angah ngan akiss tido, hehe.

Habislah percutian cuti-cuti Malaysia yang dinanti-nantikan sejak 02 Jun 2008 yang lalu. Alhamdulillah, percutian kali ni melengkapkan aku menjejakkan kaki ke semua negeri di dalam negara Malaysia. Aku dah ke bumi Sabah, Sarawak..aku dah tengok gunung Kinabalu real depan mata walaupun tak berpeluang mendaki ke puncaknya lagi, tetapi dah berada di sebahagian gunung walaupun tidak di puncak ni pun dah syukur Alhamdulillah.

Aku dah ke Air Panas Poring, aku dah lalu titi gantung dari sebatang pokok ke sebatang pokok besar dan tinggi yang telah berusia lebih 100 tahun, aku dah ke kuala sungai di Sarawak, aku dah naik bot kecik, naik bot besar ke pulau, bersama ikan laut yang jinak, melalui dan melihat kehidupan di perkampungan air, merasa satay brunei walaupun bukan di brunei..(alah! macam sate kajang hj.Samuri tu lah kan..kat mana2 pun ada, kat dengkil, kat sg. buloh, hehe)

Walaupun tak kenal suku kaum kat sini mana satu kadazandusun, mana satu bajau, murut..bangsa filipin..tapi aku seronok dengar bahasa ibunda mereka ketika berbual. Patutlah budak2 AF dari Sabah..punyalah bangga tunjuk tempat asal diorang.

Alhamdulillah, mak aku pun dah dapat merasa pengalaman naik kapal terbang. Semoga ada rezeki mak naik kapalterbang p haji pulak ngan ayah, InsyaAllah.

Satu lagi perkara..trip kitorang ni bukannya ke Kuching pun. Ramai sahabat taulan ingat kitorang p Kuching padahal tak pun. Setakat daerah Lawas aje kitorang sampai kat Sarawak kali ni. Lagipun Fadhil yang ada pengalaman 10 hari di Kuching dulu..kata bandaraya KK lagi best dan menarik, macam2 ada. Ntah, aku tak tau laa pulak sebab aku taknah p Kuching. Nak komen apa, ye tak? Salah komen kang..ada lak orang Kuching cakar muka aku..nyiau!

Masa kat KK aku mesej Ezma yang dah kena pindah kat Sg Petani. Dia pun kata dah rindu nak tengok gunung Kinabalu. Kalau ada rezeki..InsyaAllah Kota Kinabalu mungkin jadi destinasi percutian kitorang lagi..hehe.

Sekalung penghargaan terima kasih untuk ayah dan emak yang telah menaja keseluruhan harga tiket kapalterbang pergi balik kitorang. Semoga murah rezeki ayah dan emak. Semoga Allah panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin.

No comments: