Pagi Ahad ari tu kitorang p gym kat Rakan Muda tu macam biasa la. Sebelum memulakan workout (hehe..) si Jiva tu dtg kat abg citer pasal dia tertido kat dlm gym tu smpai kul 4pg Sabtu sebab letih sangat. Kebetulan pulak Jumaat malam tu dia mengajar taekwando lak. Ngan pintu gym tak kunci..dia terlelap kat situ ngan lampu semua tutup. Sebelum ni kalo terlelap pun dia akan terjaga kul 12 malam dan balik umah tapi ari tu punya laa lena (dia citer), huhu.
Terkejut tu pun sebab ada 'membership' bukak pintu dari arah gelanggang squash, hehe. Ngan rambut panjangnya..dia cuit bahu Jiva. Tapi Jiva kata..aku tak kacau hang..hang jangan laa kacau aku. Jiva buat tak tau..tiba-tiba Jiva terdengar stepper yg terletak di ujung gym tu berbunyi seperti ada org sedang menggunakannya. Pastu Jiva kata dia tengok stepper tu mmg tengah bergerak turun naik..turun naik. Aku ngan abg yg mendengar ni rasa lucu lak bila dengar citer antu pun pandai exercise kat gym lah!
Betul ke tak betul citer Jiva tu kitorang tak tau laa sebab kitorang tak berada ketika kejadian, hehe. Tapi nak percaya tu boleh laa pasal pak guard kat Rakan Muda tu pun selalu nampak. Benda tu katanya dok kat sebatang pokok besar di luar pagar kompleks Rakan Muda tu. Kawasan kompleks sebelum ni adalah kawasan perlombongan bijih timah. Pak Guard tu citer dia penah nampak antu bawak anak. Tapi si Jiva tak nampak antu tu ngan anak dia. Nampak mak antu aje. Agaknya suami antu tu kata..hang dah gemok laa. P laa main gym tu. Gym dkt ngan umah, apa gune??? hehe...
Agaknya treadmill yg rosak satu tu dia laa yg main sampai rosak kot?? Dah susah nak main treadmill skang. Asek kena rebut 'si tunggal' tu aje!
Tadi masa nak hantar along ke sekolah..nampak laa pajero JKR. Aku stand-by aje..kot2 ada Jiva. Ialah..dulu dia kata dia nampak aku naik moto hantar anak p sekolah. Dia masa tu dlm keta JKR. Tu yg aku stand-by mata ni kot2 ada dia kat dlm. Huhh!! betul laa ada si Jiva ni dok sebelah driver. Dia pun tgh stand-by mendekatkan muka ngan cermin dpn kot-kot aku nampak dia..hehe. Pastu aku angkat kepala ngan helmet mcm nak pi angkasalepas ni..dia pun angkat kepala, wakaka.
Ni kisah lain, hehe.
Tadi..aduhai, susah gak aku nak wat keputusan sama ada 1 Sigma atau 1 RK Sigma..Kedua-dua kelas tu ada keistimewaan masing2. Sigma adalah kelas yg terbaik di SMK KE VII. Cuma 1 kelas biasa..lagi satu kelas RK. Masa tu aku cuma kena pikir mana yg lebih sedikit keistimewaannya berbanding yg lagi satu. Bukan apa..semuanya untuk Along juga. Dia pun meletakkan keputusan tu kat tangan aku sebagai ibunya. Aku sebagai ibunya pulak suroh dia memilih mana yg lebih dia suka sebab dia yg nak mengadap dan mencari ilmu. Akhirnya Along ngan aku setuju dia pilih 1 RK Sigma atas beberapa penyenaraian keistimewaannya melebihi 1 Sigma. Aku harap keputusan ini tepat, InsyaAllah. Tapi along tak dok asrama.
Along ni mmg takde rezeki dapat sekolah berasrama penuh (SBP). Pasal dpt tawaran RK (dgn tawaran asrama) ni kitorang dah tau lama dah, check kat krkperak.net. Elok laa dpt pun kat SMK KE gak sebab along mmg dah ditempatkan kat situ sebelum tu pun.
Skang ni pun SMK KE VII baru mulakan pengajaran bahasa Jepun untuk pelajar tingkatan 1 Sigma dan 1 RK Sigma. Ntah naper lak pihak sekolah wat camtu. Tapi bagus juga. Along pun punyalah seronok. Memang kitorang ni gila tengok anime Jepun. Skang ni pulak dok layan One Piece gelagat si Luffy, Sanji, Nami, Usopp, Zoro, Choppa, Robin..hehe.
Abang ckp kat along..tak dapat masuk MRSM pun tak mengapa. Dapat masuk RK ni belajar betul2, InsyaAllah..boleh berjaya juga. Bonus lak dapat belajar bahasa Jepun sampai form 5.

1 comment:
salam.....kali 1 pertama melawat blog anda..nice blog
Post a Comment