Tuesday, June 21, 2016

Cerita-ceriti tengah Jun 2016

11.06.2016
SABTU
Hari tu hari lahir angah ke 19. Aku dah setel masak utk berbuka puasa....keluar kejap kat Taman Tasik Kamunting...utk angah belajar main drone yg dibelinya sendiri sebagai hadiah besdaynya tu, heheh..
Alhamdulillah...dh boleh laa jadi pilot drone utk kontrol..

12.06.2016
AHAD
Pagi tu ikut abang kena kol-out..kat Tpg Headwork. Saja jer lah neman abang. Bln pose ni bkn ada aktiviti apa sangat, kan..
Abang tengah setting..
Budak 2 orang ni pun join jgk, heheh..
Petang tu hantar Akiss. Merasa lah puasa seminggu kat umah. Tahun depan...cuti mid sem lagi tak leh nak pi mana. Puasa, hehehe.. Boleh gi beli baju raya aje lah....

Bye akiss. Selamat berpuasa di asrama pulak..

14.06.2016
RABU
Mula2 along yg beli wacom ni...iaitu sejenis gadjet utk melukis komik di laptop dia. Dah mmg minat melukis, kan. Beberapa lama lepas tu....angah pun beli jugak. Dia pun suka melukis komik di laptop. Minat mmg dari abah dorang....tapi utk zaman skang...ada alatan lebih baik utk hasilkan komik terus ke skrin laptop.

Along melukis komik....ada laa hantar penyertaan utk sebuah pertandingan. Naskhah komik penoh ngan plot cerita ala2 manga..tapi tak berjaya. Along kata utk tahun ni dia nak cuba lagi. Tak pe lah...dh minat, kan. Asalkan tak lupakan pelajaran sudah lah..
Kotak wacom.

15.06.2016
KHAMIS
Pertama kali merasa puding diraja ni. Walaupun aku anak Pahang...tapi tak penah langsung terjumpa depan mata utk menikmatinya. Ni pun nasib ada yg dok Taiping belajar dari mertua dia buat jual. Aku mmg takde laa nak buat resepi ni. Renyah juga. Sedap mmg sedap....tapi tak puashati lah sikit sebab bahan dia tak sempurna seperti puding diraja yg sebenar. Nanti nak kena gi Pekan, Pahang laa ye. Bercuti kat sana pulak...JJCM. Kebetulan ada member dok sana. Pandai masak. Soh dia masak apa2 aku nak datang, hahahahhaa. BERTUAH!!!!
Boleh laa....

Nota ALONA:-
~Apdet selagi ada mood...

No comments: