26.05.2016
KHAMIS
Dari hotel kitorang pun menapak ke pantai utama di Teluk Senangin. Mmg tak jauh langsung.
Pantai depan hotel tu...kurang best sket nak mandi. Berlumpur....mmg dh baca dlm review dh. Ternyata kebenaran tentangnya.
|
Tu jalan masuk, pagar utama dan bangunan hotel. Nak gi mandi laut...keluar semula dari hotel...lalu jer kat tanah yg aku tengah pijak masa nak amek gambo ni. Kat situ dh nampak dh laut di pantai utama Teluk Senangin. Pantai utama ngan pantai depan hotel tu terpisah semata2 dek bukit setongkol dlm gambar ni. Tetiba ada bukit kat situ. Allah Maha Kuasa. |
Dari situ...turun ke pantai. Jalan sepanjang pantai. Cari tempat best utk lepak. Jumpa tunggul kayu di bawah pepohonan yg redup. Aku pun port kat situ. Abang dan anak2 turun ke laut..mandi-manda.
Aku dok kat tepi tu...klik2 gambar. Jaga barang2 seperti seluar trek, hp memasing, spek mata along angah. Tumpang rasa seronok sebab dpt bawak anak2 bercuti dgn cara yg termampu. Seronok dapat bersama2 meluangkan masa bercuti dengan alam semulajadi. Lupa kejap keje yg masih tak siap lagi dlm komputer tu. Dapat jugak naturalkan fikiran...kurangkan stress, Alhamdulillah.
Dah hampir Maghrib...kitorang pun dh nak beransur pulang..
|
Insan2 kesayangan...semoga mereka juga menyayangi aku.. |
|
Sempat lagi buat pose lompat begini.. |
|
Semua pun dh puas mandi laut. Ibu mmg takmo turun. Jadi lah memerhati jer. |
Dalam gambar di atas...hujung pantai tu nampak bukit kan?? Haa...tu lah bukit yg memisahkan pantai utama ngan pantai depan hotel. Hotel belakang bukit tu jer. Tak jauh pun nak gi pantai utama Teluk Senangin ni kalo dari Yeob Bay Hotel tu.
Dalam deru ombak menghempas pantai, dengan tiupan bayu lautan......kitorang pun berjalan kaki semula pulang ke bilik sebelum senja berlabuh. Alhamdulillah, semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik utk bersama2 melihat alam semulajadiNya.
|
Di pintu pagar masuk Yeob Bay Hotel. |
Dah balik bilik...mandi2, solat Maghrib...kitorang pun keluar semula. Cari makan. Haa, bab makan malam ni mmg leceh sket lah. Sebab cafe kat hotel cuma sampai kul 2 petang aje. Jadi, utk makan malam kena lah cari kat luar. Ada jer yg dekat2 pantai tu. Tapi kitorang lebih suka nak cari jauh2 sket, hahahah. Lalu di kegelapan malam dari hotel keluar simpang jalan utama menghala ke bandar Manjung / Lumut. Tapi takpe...lampu kereta kan ada. Akhirnya, singgah laa kitorang kat sebuah restoran tomyam seberang jalan pintu pagar utama UNIKL MIMET.
|
Dorang ni pun budak UniKL jgk...tp bukan MIMET lah.. |
|
Antara menu utama...ikan siakap masam manis.. |
Murah tul makan kat situ. Kitorang makan berlima...ngan ikan siakap dan bbrp lauk lain...air skali..tak sampai RM40. Nama restoran ni Restoran Andaman Seafood. Sebab murah...tu aku promot tu. Kot korang ada lalu sini kul 6 petang ke atas.....leh laa singgah makan kat sini. Senang aje...kedai dorang betul2 seberang jalan pintu pagar masuk UNIKL MIMET kat Manjung tu. Lebih tepat depan signboard WE ARE UNIKL mcm gambar kat atas tu, heheh..
Dh kenyang....gi cari kedai runcit dulu. Nak beli stok air mineral, air tin, kuaci, roti, jajan sebagai kudapa dlm bilik nanti. Kemudian, terus laa balik semula ke hotel. Lepak2, bukak tv tp tak tengok sangat pun...bersembang gurau anak beranak sambil sesekali tengok hp, apdet instagram...hahaha.
Nota ALONA:-
~Syukur kehadratMu, Ya Allah...
No comments:
Post a Comment