Thursday, June 9, 2016

Cuti2 ke Teluk Senangin - 4

27.05.2016
KHAMIS

Selamat Pagi, Teluk Senangin!!
Alhamdulillah, nyenyak tido kitorang malam tu. Kebetulan malam tu pun ujan. Ekon lagi. Sedap tul tido. Ini bukan kali pertama bermalam di Teluk Senangin. Sebelum ni, kitorang sekeluarga dh penah tido kat sana dgn memasang khemah. Tido malam bertemankan ombak menghempas pantai. Nak makan...masak sendiri. Bawak dapur, bawak bahan2 masak. Jenoh nak halau lalat.
Rasanya....abang lebih dari sekali berkhemah kat situ. Join ngan kawan2 sekerjanya. Bawak along, angah dan Piluih skali. Aku ngan Akiss jer yg tak ikut masa tu.

Kali ni...dtg sini menginap di hotel pulak. Tentu lah lebih selesa dan sudah tentulah lain sket pengalamannya, kan??
Pantai di depan Yeob Bay Hotel di waktu pagi itu...air surut.
Mulakan pagi dengan sarapan.
Sarapan pagi kat sini free utk dua orang walaupun bilik utk 4 orang. Lagi 3 orang...kena bayar RM15/seorang. Dah bayar dh waktu check in semalam. Jadi, pagi ni tunjuk kupon aje.
Ok jugak sarapan paginya. Simple tp sedap. Pilihan tak banyak tapi mencukupi. Ada roti boleh dibakar disapu jem, ada bihun goreng, ada sosej, ada koko krunch, ada samosa, ada kuih muih...
Lepas sarapan...kitorang terus meronda ke pantai depan hotel tu aje. Amek angin laut di waktu pagi. Apa guna dok menginap di depan laut, kan...kalo dok berkurunggg aje dalam bilik, hoho.
Ok...famili yg juga dari Taiping tu sedang mengorek pasir pantai mencari siput remis. Mmg ada yg review dlm blog menceritakan tentang hal ini. Siap bawak baldi, bekas bertapis serta cangkul utk cari siput remis.
Gigih nampaknya mencari hasil...
Dorang meronda sampai ke situ. Melihat anak2 ketam yg banyak mcm semut berlari2 menyelamatkan diri bila rasa terancam, heheh..
Dari sini...nampak bangunan hotel dan famili yg mencari siput remis td tu..
KAMI
Kesayangan...
Ada macam sebuah gua kecik kat batu tu...heheh..
Ibu dan abah kepada budak 3 orang tadi, heheh..
Dorang pun nak cuba cari siput remis..
Guna kayu ngan kuis2 aje ngan tangan. Senang sgt nak jumpa siput remis ni. Kalo nak banyak...mmg kena ada laa cangkul kecik tu. Tapi kitorang ni saja2 aje. Cari pengalaman...cuti2 utk tenangkan hati bersama famili...rileks2...
Remis...
Bawak jugak balik..boh dlm plastik roti semalam, heheh. Nak try jugak masak ni apa rasanya. Sebab siput ni jenis kecik2.

Balik bilik...kemas2 barang, siap2...kitorang pun nak check out dah.
Di lobi Yeob Bay Hotel...
Aku pun gi kaunter utk check out. Terima semula duit deposit check in...RM50. Dh simpan barang dalam kereta...gi lagi tepi pantai bergambar2 sebelum gerak balik.
Pokok tinggi di tepi parking lot..
Katanya...hotel ni pun dlm perancangan nak buat sebuah kolam renang. Mula2 bukak duluu...hotel ni masih takde lif, hanya gunakan tangga. Lepas tu baru dorang wat lif utk kemudahan para pelanggan. Semoga hotel milik orang kita ini terus maju jaya dan dapat memenuhi keselesaan serta kepuasan pelanggan. Semoga juga terus kekal sebagai hotel bajet...walaupun sudah dinaiktaraf kemudahan2 di situ.
Leh lepak makan2 kat sini...tapi sebenarnya lebih best kalo lepak makan2 kat bawah pokok tepi pantai depan tu, heheh..
Depan hotel...
Air pasang. Tadi kat situ lah tempat satu famili cari siput remis tadi...
Sedut angin laut nak bawak balik umah, hahaha..
Lori tangki ni bawak udara sejuk, heheh.. Tu nampak wap dia keluar kat atas belah kiri tu. Tp dh nampak mcm awan pulak, adeii..
Singgah sini nak makan nasik. Lapo.
Dh abes...Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana perancangan kami bercuti ini dipermudahkan. Alhamdulillah, rezeki utk bercuti tu dapat dilaksanakan walaupun ia bajet, walaupun ia singkat. Namun kepuasan itu besar ertinya.


Nota ALONA:-
~Plan seterusnya..........masih tak dapat tarikh sesuai lagi ni, urm..

No comments: