Tuesday, July 5, 2011

Wajah2 kami di Padang Esplanade

Kali ni..aku taruk muka2 yang aku kenai (termasuk ler muka aku & keluarga aku, hehe) semasa peristiwa 1M1S1M kat Padang Esplanade hari tu, hehe..

Hari ni leh amek gambo tengah2 jalan dgn sesenang hati sebab jalan kat situ telah ditutup, hehe. Kitorang kena parking kat ngan muzium dan TMGS Menengah. Jauh jgk ler kena menapak tp ok gak ler..mcm berjogging gak ler, hehe.
Bergambar masa budak2 sebok abeskan larian..hihi..

Ternampak Akiss dan kawan2 sekolahnya baru sampai kat situ.

Kitorang menuju ke tengah padang lak. Nak tengok gelagat yg bermacam-macam, hehe.

Ternampak ler anak bujang aku ni...merayau2 cari ibu & abah dia, hahaha..

Cari tempat TMGS Primary berkumpul. Dah jumpa..
Budak2 ni mmg teruja betul utk acara 1m1s1m ni...erm..

Cikgu2 TMGS yg spoting menempek bg nampak happening!! hihi..

Kat sini ler akiss dok berkumpul ngan team TMGS Primary..

Antara kawan akiss yg terpilih utk mengiringi TPM pagi tu. Dorang yg terpilih ni mcm2 bangsa ler termasuk dari Sabah/Sarawak (terdiri dari anak2 tentera kat sini)..1M

Masa persembahan Cheer Leaders kat pentas utama...aku dpt berdiri kat atas pentas kecik tengah2 padang tu, hehe. Kalo tak berdiri kat atas tu..mmg takleh tgk psl budak2 dh penoh berdiri kat situ. Persembahan dorang syok gak layan. Mcm2 jenis...mmg kreatif laa. Tarian masing2 pun cantik aje..anak muda laa katakan.
Tp yg paling terkejut tgk team pelajar wanita MRSM Taiping laa. Ingatkan dorang nak menari inang ke zapin ke, kan..hehe. Rupanya, tu dia kau!!! cikgu2 yg sepentas ngan aku menonton sekali tu pun terkejut...pergh!! menari lagu omputih tu!!!
Tp tgk team pelajar lelaki ler yg paling syok. Dorang kreatif terutama dari sekolah SMDB, MRSM & SM St. George. Lagu2 pemilihan pun best!! Naper SM King Edward VII tak join??

Yui sms aku tanya ada kat ner. Bila tau aku ada kat pentas..dia pun mai join berdiri kat situ sepenoh2 pentas kongsi ngan cikgu-cikgi, hahah.

Masa pengumuman pemenang pelbagai acara...aku pun mula laa cari Eqah, Filzah...nak balik dah.

Abg, Yui dan Angah dok melepak dulu sebelum aku gi cari Eqah yg sedang mencari Filzah, hehe..

Berjalan kaki ke tempat parking. Jalan yg telah ditutup td dah dibuka kembali.

Gembira dh nak balik umah. Upss..OTW balik tu..singgah bawak budak2 ni makan tengahari dulu kat Kamunting.

1Malaysia at school! This is the winning video for Penceritaan Digital 2010

Hmm..dh lama along soh aku tgk video klip ni kat youtube. Bkn pe..senior dia tahun lepas (thn ni dh takde laa..dh abes f5, hehe) menang buat video 1 Malaysia di sekolah utk peringkat Malaysia.
Baru kali ni aku teringat nk gi cari kat youtube, hehe..



Mmg keseluruhan penggambaran dilakukan kat tempat along belajar skang.

Monday, July 4, 2011

Wajah2 1murid 1sukan 1Malaysia

2/7/2011 Sabtu
Jam 5.40pg dh kuar umah. Kuar ngan alza. Yui pun nk ikut tp kat sana nanti dia teman best fren dia yg ikut maknya seorang cikgu SM Convent Kota. Gi umah kak idah amek Filzah ngan Eqah..yg terlibat sama utk sekolah masing2.
Hantar Akiss dulu..mak aiii...teruknya jam kat situ. Sebenarnya bkn senang nk tgk kawasan Taiping ni jam...jam awal pagi sebelum dan sesudah Subuh lak tu..adeii. Manataknya..sekolah Akiss tu terletak kat area Lake Garden ngan sekolah SM Klian Pauh, SM Hua Lian, SK Klian Pauh dan SK KE VII (2)..Sebahagian jalan kat lake garden lak dh ditutup seawal pagi lagi utk Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Pakcik2 RELA dh mula berjaga di samping polis2 trafik..adeii!!
Dh hantar Akiss...kuar ikut jalan Bukit Larut keluar hala ke Zoo Taiping..dan turunkan Yui & Filzah kat area dewan Kwang Tung/ Mahkamah tu aje. Jalan mmg dh tutup!!
Hantar Angah lak. Dia dh bising2..jam dh kul brp dh!! Hantar terus kat laluan short-cut kat belakang SK KE VII (1). Mmg budak2 menengah KE dh mula berjalan ke Padang Esplanade..punya laa ramai..Jalan mmg dh jam gila kat situ.
Hantar Eqah last skali. Dia pun dh risau jgk..cikgu nk mekap2 utk face arts sebelum TMGS Secondary berjalan kaki ke Padang Esplanade tersebut. Tgk lak sekolah dia mcm dh lengang..hehe..suspens jer. Aku kata...mesti dorang ada lagi tu. Betul ler..mmg ada lagi dh assembly pun. Tgh dgr bbrp pengumuman dari cikgu2 yg terlibat..huhu. Lega lah si Eqah..

Aku ngan abang pun..terus ler gi MASA Catering..makan pagi. Tp tgk dh byk lauk panas2 dh siap dimasak..terus ler makan nasik!!...kah..kul 7pg makan nasik!!

Balik umah..sempat on fesbuk jap baca status kwn2..keluar semula. Nak tgk apa yg ada kat padang esplanade tu, kan..

Sampai2 aje..budak2 baru sampai ke penamat. Pusing pun tak jaoh, 1.5km pun ntah smpai ke idak, ntah..hehe.

Dorang bkn lari pun. Jalan aje..psl ramai bebeno. Brp puluh buah sekolah berkumpul kat sini sekaligus!!
Tp mmg meriah ler tambah2 dpt kat sekolah yg suka bersorak2...semangat jgk ler dorang.

Ni eksyen je lari ni. Dh dekat penamat baru nak lari, hehe..

Sekolah agama kat kg. Jana Sambungan pun join acara ni..ok laa tu, kan. Jadi muslimah sejati bkn alasan utk tidak bersukan..

Antara RELA yg bertugas..
Tak sangka laa pulak..wlpn bkn ler berlari sgt pun..tp ada gak yg injured!!

Org ni mgkn media..wartawan atau jurufoto barangkali. Ntah apa ler diborakkan ngan RELA tu, hehe..

Lepas larian..ada acara futsal, tenis, netbol 3 sebelah, rock climbing dan cheer leaders.

Seteru tradisi..King Edward & St. George. Lawan2 kibar bendera, huhu..

MRSM Taiping pun join, hehe..

Yg muka ijo ni..dari sekolah St. George..

Gambar2 di bawah antara wajah2 yg di face arts, kan..ngee..

Kat Taiping..kalo merah itam ni..aumm..TIGERs dari King Edward tak kira laa sekolah rendah ke menengah ke, ngee

Aku wat entry ni psl tgk kat nuffnang..ramai sgt yg cari info dan imej acara kat Taiping ni..hehe.
Nanti..aku sambung lagi utk simpanan cintamaniszlite..hehe..
Sebenarnya, gambar2 ni aku dh simpan kat fesbuk utk tatapan fren2 aku yg ada jg dia antaranya terdiri drp kawan2 anak2 aku gak, hihi. Leh ler dorang tgk skali kat situ, hehe..

Sunday, July 3, 2011

Amek result exam

23.06.2011 Khamis

Jam 4ptg sampai laa abes waktu persekolahan pada hari tu diadakan pertemuan di antara guru kelas dan ibubapa/penjaga pelajar2 form 1 dan form 2, SMKE VII. Ianya telah diadakan di dewan sekolah.
Kat pintu pagar sekolah..seperti biasalah..pengawas2 sekolah ditugaskan utk menunggu dan membawa ibubapa/penjaga pelajar2 ke dewan tersebut.

Berderet2 meja guru kelas yg terbabit pd petang tu.
Paling popular kelas Angah ler..2 Sigma. Punyalah ramai mak bapak dan ada jugak kakak ataupun abg yg mewakilkan diri utk mengambil slip keputusan exam pelajar petang tu.

Cikgu kelas Angah ni pulak..sangat peramah dan sgt detail menerangkan hal2 anak muridnya, huhu..
Aku sampai situ jam 4.20ptg...tp jam 5.20 petang baru dpt jumpa cikgu kelas tu. Itu pun, aku buat muka selamba tanya dorang sapa yg datang dulu utk kira giliran aku bila pulak, huhu..
Kelas lain tak mcm tu. Kelas 2 Sigma aje yg cenggitu, adeii.
Tahun dpn soh cikgu sediakan no. giliran ler utk standby kot2 jd cenggitu. Kertas bernombor yg sempoi2 pun takpe. Asalkan jd proof sape yg dulu dan sape yg kendian, kan..


24/06/2011 Jumaat pagi
Aku gi sekolah Akiss kul 10 pg. Menurut dlm surat...sesi jumpa guru dan amek buku laporan peperiksaan pelajar ni bermula kul 10pg - 12 tghari. Kalo dh jumpa leh terus bwk pelajar pulang..seperti tahun2 lepas laa, kan..hehe..
Aku dtg awal bkn pe..senang aku nk balik masak lak lepas tu. Kot kang, lagi lambat...lagi ramai ibu bapa yg datang. Leh jgk akiss balik awal, ye dak??
Masa aku sampai kawasan sekolah..mmg dh penoh kete ibubapa kat luar pagar.
Alamak!! tahun ni ramai lak yg datang awai jugak?? ermm..
Tapi masuk2 je aku ke dlm dewan..yg ramai tu adalah ibubapa kepada pelajar tahun 1, hehe. Biasalah, anak baru masuk sekolah ni..ibubapa mmg teruja laa kan nk dgr pasal prestasi anak dari mulut cikgu sendiri, ngee.

Di atas ni utk kelas Akiss, 5 Arif. Giliran aku lepas dorang ni.
(gelap jer gambo2nya, kan. Guna kamera hp cokia cenggitu ler, huhu..)

Sambil2 tu..aku tertarik ngan meja sebelah ni. Ada 2 orang guru duduk utk menerangkan hal2 berkaitan kepada ibubapa/penjaga pelajar2nya.
Hmm, mmg ler..sbb kelas tu kelas 6 Arif. Kelas yg bakal menduduki UPSR selepas Aidilfitri nanti. Mesti ada post motem yg cikgu2 nak bgtau in person ngan ibubapa/penjaga pelajar2 tersebut, kan..

..TAMAT..

Friday, July 1, 2011

Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia

Esok pagi..kena hantar Akiss ngan Angah termasuklah Iqah & Filzah ke sekolah masing2 utk berkumpul sempena acara larian bertajuk di atas.
Kul 6 dh kena ada kat sekolah. Ada yg katanya cikgu nk hias menghias. Ada jgk cikgu nk bg sarapan pagi alas perut utk anak2 murid dorang..

Larian ni dibuat satu Malaysia.
Kat Taiping ni acaranya besar ler sket kot...psl pelancaran larian yg dilakukan oleh TPM tu dilakukan di sini...Padang Esplanade. Larian 1.5km tu cuma satu pusingan Taman Tasik Taiping tp beradun sunggoh!! Al-maklum...sini pelancarannya, mm...
Mula tengahari tadi pun...byk bas2 persiaran dh masuk area Kamunting & Taiping ni.

T-shirt di atas siap tampal nombor adalah milik akiss. No. tu jgk adalah utk cabutan bertuah, katanya!! Kalo dpt yg paling bertuah, best ler jgk, kan..
Angah tak dpt lagi..psl dia sekolah petang...lom balik umah lagi, hihi..
Adik aku kata...kat KL tak dpt pun t-shirt ni, erm..
Akiss ni pun t-shirtnya bersaiz besar (L). Semua yg lain pun dpt saiz L..gedoboih ler mana badan yg comey2 nanti, kehkeh..

Aku ngan abg lak..mgkn lepas hantar dorang..terus gi jogging kat Bukit Larut kot? hehe..
Aduhaii..lama na aku tak jogging ni..hrp jgn nak pitam, udah ler.
Kalo tak jogging kat Bukit Larut pun..join jer budak2 ni lari lenggang kangkong 1.5km kat lake garden tu, hihi..

Nota;
-Hari ni aku mmg sebok betoi. Pagi2 dh masak dulu. Pastu touch-up sket2 gambo, pilih2 dan simpan dlm pendrive. Keluar hantar print kat Taiping. Terus gi amek akiss tp disebabkan tak reti nk bajet masa..aku kena tunggu setengah jam kat luar pagar sbb terawal sampai ler, hehe..

-Petang, hantar angah gi skolah..terus gi amek gambo yg dicuci pg tadi. Terus gi frame gambo 8x12, kemudian gi butik Enconie amek kasut raya akiss. Akiss sebok ajak ronda kat Padang Esplanade nak tgk persediaan yg pihak terbabit sedang lakukan. Teruja betoi anak dara aku ni, ish..ish!!


-Pastu, pusing ke arah Maybank Kamunting. Selain nk kuarkan duit...aku nk gi alter suar slack along kat Mission Boutique depan bank tu..kena RM3 aje. Jahitan dia pun kemas.


-Balik umah..aku buat derk aje kat gambo2 tu. Malas nk susun lagi, hehe. Tunggu ler dulu..sat2 gi laa, kan..hehe..


..TAMAT..