Sunday, July 3, 2011

Amek result exam

23.06.2011 Khamis

Jam 4ptg sampai laa abes waktu persekolahan pada hari tu diadakan pertemuan di antara guru kelas dan ibubapa/penjaga pelajar2 form 1 dan form 2, SMKE VII. Ianya telah diadakan di dewan sekolah.
Kat pintu pagar sekolah..seperti biasalah..pengawas2 sekolah ditugaskan utk menunggu dan membawa ibubapa/penjaga pelajar2 ke dewan tersebut.

Berderet2 meja guru kelas yg terbabit pd petang tu.
Paling popular kelas Angah ler..2 Sigma. Punyalah ramai mak bapak dan ada jugak kakak ataupun abg yg mewakilkan diri utk mengambil slip keputusan exam pelajar petang tu.

Cikgu kelas Angah ni pulak..sangat peramah dan sgt detail menerangkan hal2 anak muridnya, huhu..
Aku sampai situ jam 4.20ptg...tp jam 5.20 petang baru dpt jumpa cikgu kelas tu. Itu pun, aku buat muka selamba tanya dorang sapa yg datang dulu utk kira giliran aku bila pulak, huhu..
Kelas lain tak mcm tu. Kelas 2 Sigma aje yg cenggitu, adeii.
Tahun dpn soh cikgu sediakan no. giliran ler utk standby kot2 jd cenggitu. Kertas bernombor yg sempoi2 pun takpe. Asalkan jd proof sape yg dulu dan sape yg kendian, kan..


24/06/2011 Jumaat pagi
Aku gi sekolah Akiss kul 10 pg. Menurut dlm surat...sesi jumpa guru dan amek buku laporan peperiksaan pelajar ni bermula kul 10pg - 12 tghari. Kalo dh jumpa leh terus bwk pelajar pulang..seperti tahun2 lepas laa, kan..hehe..
Aku dtg awal bkn pe..senang aku nk balik masak lak lepas tu. Kot kang, lagi lambat...lagi ramai ibu bapa yg datang. Leh jgk akiss balik awal, ye dak??
Masa aku sampai kawasan sekolah..mmg dh penoh kete ibubapa kat luar pagar.
Alamak!! tahun ni ramai lak yg datang awai jugak?? ermm..
Tapi masuk2 je aku ke dlm dewan..yg ramai tu adalah ibubapa kepada pelajar tahun 1, hehe. Biasalah, anak baru masuk sekolah ni..ibubapa mmg teruja laa kan nk dgr pasal prestasi anak dari mulut cikgu sendiri, ngee.

Di atas ni utk kelas Akiss, 5 Arif. Giliran aku lepas dorang ni.
(gelap jer gambo2nya, kan. Guna kamera hp cokia cenggitu ler, huhu..)

Sambil2 tu..aku tertarik ngan meja sebelah ni. Ada 2 orang guru duduk utk menerangkan hal2 berkaitan kepada ibubapa/penjaga pelajar2nya.
Hmm, mmg ler..sbb kelas tu kelas 6 Arif. Kelas yg bakal menduduki UPSR selepas Aidilfitri nanti. Mesti ada post motem yg cikgu2 nak bgtau in person ngan ibubapa/penjaga pelajar2 tersebut, kan..

..TAMAT..

2 comments:

Rinna said...

Musim ambil report kad skrg nie..ekk.. penat tuh tunggu sampai kul 5 baru dpt jumpa cikgu yer..

Anonymous said...

so..mcmana keputusan ppriksaan akiss dan angah??