Tuesday, July 12, 2011

Tikus lemmings

Hmm..saja ler aku buat entry pasal lemmings ni. Dulu, games ni ler yg anak aku suka main kat playstation. Main ngan abah dorang ler, huhu. Skang ni dh takde aktiviti dorang cenggitu. Abah pun anak2 dh besar..abah pun maleh nak layan games Play Station dh.
Tapi skang ni pulak aktiviti abang ngan anak2 dh tukar laa pulak. Dorang dok layan siri ONE PIECE tu sama2 laa, heheh..
Abah dorang kumpul byk2 siri One Piece yg dimuat turun...sampai along balik umah barulah abang burn kat cd dan layan ler dorang anak-beranak sampai abes, kehkeh..


Tapi games lemmings ni anak2 aku dok main jgk...sbb games ni ada kat dlm hp along. Tp kena tunggu along balik ler..baru along leh kasi pinjam main wlpn henpon along tu aku yg simpan kat umah, huhu. Bahaye bg angah ngan akiss sesuka hati main. Rosak keypad hp along ke...terus rosak software ke...marah ler along tu, hmm..Sian pulak aku, ish..ish..

Suara lemmings dlm game tu sangat comey...yippi, yippey!! hihi...

Ok, di bawah ni adalah lemmings yg sebenar. Sejenis tikus.
Mari kita kenal haiwan kiut ni, hihi..
Tikus lemmings ni mempunyai sekawanan yg sangat besar serta membuat terowong di antara tumbuhan di Arktik, bebatuan atau tanah. Haiwan bersaiz comel ini memakan tumbuh-tumbuhan dan menjadi sumber makanan penting bagi haiwan yg makan daging seperti rubah, cerpelai dan burung hantu.
Sarang tikus lemmings ni berbentuk bulat & diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Tikus betina lemming selalunya melahirkan anak di bawah salji pada pengakhiran musim sejuk. Jika cukup makanan, seekor tikus betina boleh melahirkan sebanyak 84 ekor anak dalam tempoh setahun.

Ini kolam ikan..bkn kolam renang, hehe..

Hehe...mmg ler bkn kolam renang, kan. Wat pe lak ayah aku nk wat kolam renang? bkn ada pekdah pun, hihi. Ternak ikan leh gak anak cucu makan..ngeh2.

Hmm...ni gambar2 yg ayah mms kat aku, gambar kolam baru kat kebun 2 ekar Lebu tu. Baru je siap kolamnya. Aku pun tak dpt nak bayangkan kedudukan kolam ikan ni sebenarnya macam mana.
Kena gi tgk ngan mata kepala sendiri baru ler tau, kan..hehe. Harap2 berjaya ler penternakan ikan air tawar ni. Jgn ler nanti..bila ikan dh nak besar..ada yg pandai booking & oder free aje (ni kes utk majlis kenduri besar2 ler ni. Kalo utk kenduri besar..abes satu kolam ikan tu dorang kaut tau!! Kalo utk dorang makan sekeluarga takpe ler lg. ). Sian kat ayah aku tu. Ingat murah ke makanan ikan tu? Ingat ayah aku tu tak keluar modal ke nak soh jengkaut korek buat kolam ikan tu?? Bkn sikit RM kena keluar nk bayar sewa jengkaut dan upah mengorek kolam tu.
Dah siap kolam tu....kena beli pulak benih2 ikan?? (ni kisah benar kolam ikan kat kebun getah tu ler) Bila dorang nk kenduri aje...otomatik dorang dh ingat menu ikan darat dan sumber ikannya dh tentulah dari kolam ikan ayah aku tu, hoho..free, kan!!
Abes tu? nak me'maintain' kan kolam tu??..tak keluar tenaga jerit perih ke jaga kolam tu, beli makanan ikan lagi?? Mentang2 korang tau kelemahan ayah aku..senang2 je korang nk mempergunakan utk kepentingan diri sendiri!!

Kat kebun ni ada pokok buah pulasan. Ayah kata skang dh keluarkan bunga. Kalo tak dirosakkan oleh beruk2...ada ler rezeki utk kitorang makan buah pulasan tu. Sebelum ni ada yg menjadi, boleh dimakan dan ada yg tak jadi...buahnya merekah.

Ayah gak nak tanam anak pokok getah kat sini. Sume tu nanti ayah buat sendiri. Aku doakan semoga kesihatan ayah & mak memberangsangkan utk meneruskan cita2 ni.

Bila tgk gambar cenggini..aku cuma mengagakkan saja ler keadaan dan pemandangan baru kat kawasan kebun tu, huhu.

Ni pulak..jengkaut sedang mengorek kolam ikan ayah kat kebun getah tu. Gambar ni dh lama dh, tahun lepas kalo tak silap. Kontroversi gak kolam ni. Tak cantik langsung kolam yg dibuatnya. Org buat tak ikhlas dan mmg kepala hotak nak pekena ayah aku aje, kuang ajor tul!! Tak macam rupa kolam ikan pun. Hari2 mintak duit aje tak padan ngan hasil keje....tebing kolam tak siap lagi..dia dh lari ngan jengkautnya. Bg anak bini makan duit hasil menipu ni tak berkat.
Nasib baik ler kolam yg baru kat kebun 2 ekar tu ok (ikut komen dari ayah, emak dan Fadel ler, hihi)...sbb dibuat oleh orang lain.

Monday, July 11, 2011

Mak jumpa Aznil..

Mak ngan ayah balik Bentong malam kul 8.40mlm tadi. Kalo ikut ayah...ayah nk balik pagi tadi (sbb mak aku keje shif petang) tp mak pulak nak balik malam tadi jgk...psl mak nak rehat2kan badan ler kat umah dulu sebelum gi keje petang. Maklum ler, mak aku tu bkn sihat sgt. Jadi, balik ler mak ngan ayah ke Bentong malam tu gak. Disebabkan perjalanan tu di malam hari..maka ayah ikut hiway - Btg Kali - Genting. Bahaye ikut jalan CH-Sg. Koyan.

Seperti biasa..bila ikut laluan tu..mak ngan ayah mesti singgah kat R&R Ulu Bernam utk rehat2 pekena kopi dulu, hehe. Kat situ ler mak citer..mak ternampak bbrp org pekerja R&R bergambar...mak tgk2..rupa2nya ngan Aznil Hj Nawawi. Mak aku pun tak lepaskan peluang ler mintak nak bergambar, hehe. Maka, ayah ler yg tolong amekkan guna kamera hp ayah tu.

Dapat ler gambar ni.
Aznil datang sekeluarga ngan anak dara dan anak teruna dia skali...singgah makan2 rehat2 kat situ. Dorang dari mana tak tau laa pulak. Mak ajak anak dara dia bergambar sekali tp dia tak mau. Tp tak mengapa...mak aku pun paham. Yg popular ayah dia aje..mgkn dia nak low profile ler, kan.
Tp melalui citer mak kat aku malam tadi..terkejut gak aku ngan status Aznil skang. Tak tau pulak aku status dia tu dh pun bertukar semula. Mak aku citer..Aznil sendiri yg perkenalkan 2 insan tu kat mak aku camtu. Kalo benar...Alhamdulillah laa, aku pun suka...

nota:-
Aku ni nk ikutkan dh jarang jgk baca dan amek tau psl gosip2 artis tempatan ni. Kalo dulu, kencang ler jgk aku membaca majalah hiburan, sisipan hiburan dlm akhbar dan tgk Melodi..
Kot2 ler aku yg tertinggal kisah Pak Nil ni..tp aku gugel..takde pulak, erm..

Sunday, July 10, 2011

Seronoklah ujung minggu ni

Walaupun 9hb Julai 2011 adalah hari yg jelek bagi aku di atas peristiwa yg kemungkinan bakal mengkiamatkan bangsa Melayu sendiri oleh bangsa Melayu sendiri sekiranya masih tidak bersatu padu dan mempertahankan ukhwah sebangsa dan seagama sebagai umat Islam umat Nabi Muhammad s.a.w dan masing2 gila kuasa dan sanggup ketepikan semuanya, menutup mata, pekakkan telinga dan tidak menimbangkan apa yg baik dan apa yg buruk..menerima segala pandangan dari dakyah asing semata2 kerana fanatik dan ketaksuban...

Alhamdulillah, aku menerima kunjungan dari ahli2 keluargaku yg tersayang. Walaupun hari tu aku ngan abang sebok menjalankan tugas yg diamanahkan sehingga lewat petang tetapi aku gembira kerana diberitakan (oleh Angah) adik kesayangan aku Fadel & Dayah dh sampai dari percutian mereka di CH sempena sambutan ulangtahun perkahwinan.
Angah ngan Akiss tak ikut kitorang hari tu...sbb kitorang pun buat keje kat Bukit Jana aje.

Malam pulak...ayah dan mak aku sampai. Tapi masa tu...Fadel & Dayah keluar jumpa kawan dia yg penah sama mengajar kat Lawas dulu & skang dh mengajar kat Taiping ni.

Malam tu..seperti biasa kitorang berbual panjang dgn pelbagai isu termasuklah isu2 terkini. Nak ikutkan tak abes lagi..tp dh ngantok..masing2 masuk ler tido.

Pagi 10 Julai 2011..
Lepas dh masak ala kadar pg tu..aku, abg & akiss gi lokasi di Sentosa Villa, area kaki Bukit Larut dan Taman Tasik utk outdoor anniversary perkahwinan Fadel & Dayah. Mak, ayah & Angah dok umah aje.
Abes shoot...kitorang singgah umah, tukar myvi ke avanza, nak gi makan cendol ngan laksa bersama ayah, mak dan yg lelain kat port baru kitorang nk pekena cendol orang Melayu, heheh..

Mmg cendol kat situ sedap. Ada cendol kacang merah, cendol pulut, cendol + tapai, ABC....
Laksa dan bihunnya sedap. Ada gak nasik goreng, nasik ayam, mee dll..
Yg lain tak tau ler rasanya camne psl takde yg oder pun...

Lepas dh makan tu..kitorang ke ofis abang jap. Abg nak amek movie yg dh dimuat turun. Dh siap utk di'bakar', hehe...
Mula2 dok tunggu kat luar ofis aje. Tapi mcm lambat pulak tunggu abang...kitorang pun masuk ofis tu dok kat lobi, hehe.

Ayah dan anak lelaki kesayangannya, hihi..

Sebenarnya, gambar kat atas ni semuanya tgh tgk jam dinding kat lobi tu sekaligus memperkatakan tentangnya, hihi. Jarum saatnya bergerak baik dari satu saat ke satu saat tp waktunya tak betul pulak, huhu. Mgkn bateri dh weak kot, mm..

Friday, July 8, 2011

Jenjalan menjengok Along

3hb Julai 2011
Ahad

Mmg dh janji ngan along nak gi jengok dia dan bawak outing. Seronok dia dgr aku kata yang aku ckp abah dia dh setuju nk gi sana.
Kesian jgk kat dia. Dah ler kena belajar bersungguh2, dgr citer skang prep sampai kul 12 setiap malam. Pastu, 7 minggu lak tak balik umah. Mesti dia rindu nak jmpa ibu, abah dan adik2nya dan berkongsi macam2 cerita.

Pagi tu kitorang pun gi ler menghala ke Pengkalan Hulu setelah sempat gi serah album Din di lake garden.

Hari ni bawak Yui.
Sebab kitorang sampai awal...singgah terus gi makan kat Restoran Ikan Bakar Adni kat Baling terlebih dulu. Beli bungkus utk Along. Dah amek along kat hostel..terus keluar berkelah2 kat taman tasik kroh..seperti biasa kalo ada aktiviti outing ngan along, hehe..

Along makan nasik..sambil2 bersembang, berbual macam2 termasuk hal dunia Melayu yg semakin terancam ni, sedehhh..
Aku bawak buah manggis, rambutan & mempelam wangi...makan2 kat situ. Akiss tak sabar2 nak makan kek chocolate moist yg hanya dibeli kat kiosk di TESCO...mm..

Terdapat sedikit perubahan kat area tempat kitorang selalu lepak sebelum ni, huhu. Maklum laa, dekat 2 bulan gak kot tak gi outing ngan along kat sana. Pokok yg kitorang dok tompang berteduh dulu dh kena tebang. Ruang parkir/gerai di tepi jalan kat situ telah pun dibesarkan. Jadi, kitorang kena ler cari tempat lepak yg lain, hmm..
Tu ler bawah pokok tu, hah!!....

Rajin betol abg ronda jaoh2 ni. Aku dh malas dh nak gi jalan. Perut dh penoh makan nasik ngan buah2an lagi, huhu..Layan dorang bersembang aje ler, hihi.

Akiss dan kakak sepupunya yg sedang bercuti belajar sampai lepas raya ni. Dok lepak kat depan aspura sementara tunggu along hantar barang ke hostelnya.

Nota;
Along kol...dia kata mgkn 29hb ni ada hari akademik kat tempat dia belajar. Ibubapa terbabit kena gi sana utk jumpa guru terlibat. Ntah ler, aku tak tau ler pengalaman tu macam mana sebab ni 1st time..Harap2 cepat ler dpt surat. Cepat ler abg leh apply cuti Jumaat tu dan leh aku pikirkan urusan amek Akiss & hantar angah g sekolah Jumaat tu nanti.