Tuesday, July 12, 2011

Tikus lemmings

Hmm..saja ler aku buat entry pasal lemmings ni. Dulu, games ni ler yg anak aku suka main kat playstation. Main ngan abah dorang ler, huhu. Skang ni dh takde aktiviti dorang cenggitu. Abah pun anak2 dh besar..abah pun maleh nak layan games Play Station dh.
Tapi skang ni pulak aktiviti abang ngan anak2 dh tukar laa pulak. Dorang dok layan siri ONE PIECE tu sama2 laa, heheh..
Abah dorang kumpul byk2 siri One Piece yg dimuat turun...sampai along balik umah barulah abang burn kat cd dan layan ler dorang anak-beranak sampai abes, kehkeh..


Tapi games lemmings ni anak2 aku dok main jgk...sbb games ni ada kat dlm hp along. Tp kena tunggu along balik ler..baru along leh kasi pinjam main wlpn henpon along tu aku yg simpan kat umah, huhu. Bahaye bg angah ngan akiss sesuka hati main. Rosak keypad hp along ke...terus rosak software ke...marah ler along tu, hmm..Sian pulak aku, ish..ish..

Suara lemmings dlm game tu sangat comey...yippi, yippey!! hihi...

Ok, di bawah ni adalah lemmings yg sebenar. Sejenis tikus.
Mari kita kenal haiwan kiut ni, hihi..
Tikus lemmings ni mempunyai sekawanan yg sangat besar serta membuat terowong di antara tumbuhan di Arktik, bebatuan atau tanah. Haiwan bersaiz comel ini memakan tumbuh-tumbuhan dan menjadi sumber makanan penting bagi haiwan yg makan daging seperti rubah, cerpelai dan burung hantu.
Sarang tikus lemmings ni berbentuk bulat & diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Tikus betina lemming selalunya melahirkan anak di bawah salji pada pengakhiran musim sejuk. Jika cukup makanan, seekor tikus betina boleh melahirkan sebanyak 84 ekor anak dalam tempoh setahun.

3 comments:

Rinna said...

Owwh ada ekk game tuh tak tau le plak..

Hunny Kitty said...

sangatla comelllll

Anonymous said...

walaupun comel..tetap tak sanggup nak pegang..haishhh!