Friday, July 8, 2011

Jenjalan menjengok Along

3hb Julai 2011
Ahad

Mmg dh janji ngan along nak gi jengok dia dan bawak outing. Seronok dia dgr aku kata yang aku ckp abah dia dh setuju nk gi sana.
Kesian jgk kat dia. Dah ler kena belajar bersungguh2, dgr citer skang prep sampai kul 12 setiap malam. Pastu, 7 minggu lak tak balik umah. Mesti dia rindu nak jmpa ibu, abah dan adik2nya dan berkongsi macam2 cerita.

Pagi tu kitorang pun gi ler menghala ke Pengkalan Hulu setelah sempat gi serah album Din di lake garden.

Hari ni bawak Yui.
Sebab kitorang sampai awal...singgah terus gi makan kat Restoran Ikan Bakar Adni kat Baling terlebih dulu. Beli bungkus utk Along. Dah amek along kat hostel..terus keluar berkelah2 kat taman tasik kroh..seperti biasa kalo ada aktiviti outing ngan along, hehe..

Along makan nasik..sambil2 bersembang, berbual macam2 termasuk hal dunia Melayu yg semakin terancam ni, sedehhh..
Aku bawak buah manggis, rambutan & mempelam wangi...makan2 kat situ. Akiss tak sabar2 nak makan kek chocolate moist yg hanya dibeli kat kiosk di TESCO...mm..

Terdapat sedikit perubahan kat area tempat kitorang selalu lepak sebelum ni, huhu. Maklum laa, dekat 2 bulan gak kot tak gi outing ngan along kat sana. Pokok yg kitorang dok tompang berteduh dulu dh kena tebang. Ruang parkir/gerai di tepi jalan kat situ telah pun dibesarkan. Jadi, kitorang kena ler cari tempat lepak yg lain, hmm..
Tu ler bawah pokok tu, hah!!....

Rajin betol abg ronda jaoh2 ni. Aku dh malas dh nak gi jalan. Perut dh penoh makan nasik ngan buah2an lagi, huhu..Layan dorang bersembang aje ler, hihi.

Akiss dan kakak sepupunya yg sedang bercuti belajar sampai lepas raya ni. Dok lepak kat depan aspura sementara tunggu along hantar barang ke hostelnya.

Nota;
Along kol...dia kata mgkn 29hb ni ada hari akademik kat tempat dia belajar. Ibubapa terbabit kena gi sana utk jumpa guru terlibat. Ntah ler, aku tak tau ler pengalaman tu macam mana sebab ni 1st time..Harap2 cepat ler dpt surat. Cepat ler abg leh apply cuti Jumaat tu dan leh aku pikirkan urusan amek Akiss & hantar angah g sekolah Jumaat tu nanti.

No comments: