Friday, February 27, 2009
Apabila aku rasa nak menceceh...
Hari ini SK (P) Treacher Methodist adakan sukan tahunan. Tahun ni..ntah pasal apa..akiss tak dpt masuk acara lari 80m mcm sukan tahun lepas. Agaknya tahun ni jisim tulang dia berat dah lebih kot. Kalo tengok badan kurus aje. Tahun lepas dpt gak laa no.2 lari 80m.
Tapi tahun ni masuk acara sukaneka kelas aje le..berpasukan, dapat gak laa nombor 2. Aku pun datang sekolah lambat sket pasal nak wat keje umah dulu. Kul 11pg leh balik dah..maka aku terus bawak Akiss balik umah. Tadi aku tiup semangat dia untuk lebih terror dalam sukan tahun depan. Maklum laa..tahun depan dia masuk tahap 2 dah. Acara sukan ni banyak babitkan pelajar tahap 2 aje.
Ni guru besar tengah beri penerangan. Gambar ni gelap sebab aku tak guna flash. Aku amek gambar curi2 aje, hehe...
Minggu ni mmg aku busy tahap cipanzi. Mcm2 mende aku kena buat. Petang semalam ada meeting. Perjumpaan ibu bapa murid2 tahun 6 ngan guru besar dan cikgu2 diorang. Pelbagai perkara dan misi UPSR diperbentangkan dan diperbincangkan.
Kalo tahun lepas along diletakkan sbg antara calon cemerlang..tapi tahun ni angah sekadar diletakkan di posisi potensi cemerlang saja. Kira ok laa juga, tak teruk sangat tapi sebabnya...?? Sebab angah ni lebih fokus kepada perkara lain dari pelajaran walaupun dia tau pelajaran tu penting, walaupun dia nampak apa yang along boleh dapat apabila berjaya score semua A dalam UPSR. Tak mengapalah. Sebagai ibu..aku takleh push dia. Biar dia belajar tanpa desakan dan tekanan. Cuma aku leh ingatkan aje kepentingan pelajaran. Cuma angah ni bukanlah jenis tak wat keje sekolah. Taknah lagi laa dapat amaran dari cikgu.
Semalam pun..cikgu2 ada citer pasal anak no 2 aku ni masa dalam kelas. Kat sekolah..dia pendiam, terkadang malu-malu kucing. Tapi kat umah....dialah hero..abes semua raksaksa dia kalahkan! huh!! Prestasi dia tak teruk cuma cikgu akui laa..dia tak macam along.
Hmm..petang ni aku bakal terlibat ngan meeting lagi. Kali ni meeting AJK PIBG lak. Kat SK King Edward vii (2) gak laa. Meeting ni meeting last untuk AJK PIBG sesi 08/09 sebelum Mesyuarat Agung PIBG sesi 09/10 lak bakal diadakan mungkin ujung MAC nanti.
Aduhai..nampaknya aku sorang aje laa pompuan dari kalangan ibubapa pasal kak Rosmidah dah ckp semalam dia tak dapat dtg meeting petang ni sebab kena p ceramah kat Manjung lak. Cuma suami dia Mejar Razak aje yg bakal hadir nanti.
Haii..harap2 tahun ni aku tak dilantik lagi laa jadi AJK. Segan sebenarnya. Iyelah..walaupun wakil ibubapa tapi aku ni bukan berkerjaya. Rasa rendah diri tu tetap ada laa. Cuma bila dah kena lantik ni..aku positif kan diri aje laa. Ada seronoknya juga pasal leh dapat maklumat pasal aktiviti sekolah sepanjang tahun terlebih dahulu dari ibubapa yg lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment