Monday, February 16, 2009

Lokasi tarikan terbaru di Taiping???


Tajuknya mcm menarik aje kan?? hehe.

Ni aku nak citer pasal tempat tarikan terbaru kat Taiping ni, hehe. Tapi tempat tu tak sesuai langsung untuk orang Islam laa. Ni untuk mereka2 yg bukan Islam saja, hehe. Aku sekadar nak kongsi citer aje.
Yang speselnya tempat ni dah jadi tempat pelancongan terbaru di Malaysia ni. Manakan tidak..pelancong dari Singapore sanggup datang dari jauh semata-mata nak ke tempat tu. Yang datang ngan keta sendiri, yg naik bas rombongan. Aku mula sedar hal ni masa CNY baru2 ni la. Tengok nape la tempat tu tiap2 malam jalan sesak, parking penuh. Ingatkan ada wat perayaan kat situ..tapi takkan hari2 sepanjang cuti minggu CNY camtu. Bila aku ajukan soalan tu kat abang..barulah abang citer. Patutlah ada tanda 'BUS DO NOT ENTER' kat situ, wakaka. Sebab situ berdekatan kawasan perumahan. Kalo bas masuk parkir..keta penduduk situ tak leh masuk.

Hmm..Korang tentu nak tau kan tempat tu tempat apa? Hehe..tu tempat bagi babi makan. Babi hutan, babi tunggal. Dikatakan babi2 tu jinak betul ngan manusia. Babi2 tu akan keluar dari kawasan bukit dan hutan berhampiran pada waktu malam..mungkin dah diajar atau dah biasa sebab kawasan tu berdekatan ngan kuil. Seperti yg kita tau..kuil2 ni banyak diletakkan makanan. Yang leh jadi terkenal dan popular tu bukan apa..kat situ bukan sekor dua babi utan dah jinak yg keluar tapi 40-50 ekor woooo!!!!
Yang lebih jadi menarik tempat tu bila ada pulak kuar citer sorang apek bawak anak yg koma ke apa ntah kes nya..lepas pi situ, anak dia tu pulih laa pulak!
Ada yg kata terkena air liur babi tu pun leh sembuh penyakit, ada pulak yg kata bila sentuh babi tu..leh dpt mimpi nombor ekor..nombor tu naik pulak! Ada yg mintak hajat bermacam jenis hajat, hehe. Sampai kuil tu leh dapat berbagai sponsor untuk memperbesarkan lagi kuilnya.

Sumber citer ni aku korek dari Mr. Jiva, instruktor gym kitorang tu, hehe. Mr. Jiva kata dah penah masuk dlm Astro dah citer pasal tempat tu..hehe.
Tapi sebenarnya citer pasal babi utan kat kawasan tu dah jinak ni mmg orang loji air dah tau sebab ada 2 bijik reservoir kat atas bukit berdekatan tu. Skang ni kalo pekerja loji tu kena called-out wat keje kat situ pd waktu malam..diorang takleh naik moto dah. Kena naik keta sendiri atau 4WD kompeni pasal babi2 utan tu ingat diorang (pekerja2 loji air tu) datang nak bagi makan..huhu.
Kalau malam2 ujung minggu..tempat tu pasti akan dikunjungi ramai. Bas2 sewa khas pasti akan terparkir di tepi jalan tu. Ada bas dari Ipoh, Penang...Kuala Lumpur, Selangor.
Citer ni sekadar info saja! Harap maklum.

2 comments:

ueya said...

bior bebenor si khinzir ni keluar beramai?dia tak keluar sekitar kwsn perumahan tu ke? ee..geli lak aku..kakak aku ada dok ipoh...kat tmn apa ntah..depan tesco tu

CINTAMANISZ Lite said...

Ueya..betull. Cuba ko cari youtube pasal wild boar taiping..Kat situ ada yg merakamkan. Tu depa dok rakam bulan Aug-Sept 2008 pun dah melebihi belasan ekoq. Laa ni dah makin beramai la babi2 tu. Kan depa kata babi ni beranak ikut bulan. Kalo bulan 10..lahir sepuluh ekoq. Kalo bulan 11..11 ekoq..Tu baru satu induk tu. Kalo 4-5 induk? fuh!!!

Kakak ko ada dok Ipoh? Kat sana ada 2 Tesco..satu Pasaraya Tesco. Satu lagi Tesco Extra..hihi