bi k ku ri shi mashi ta!... (terkejut saya!)
Takde apalah sebenarnya nak terkejut pun..hehe
Dulu aku penah citer kat sini SM King Edward VII start tahun ni ada wat pelajaran bahasa Nippon..bahasa Jepun laa, hehe..bermula dari form 1, 2009. Tahun anak aku form 1 laa tu, hehe.
Tapi terhad untuk kelas 1 RK Sigma dan 1 Sigma aje. Kelas Omega, Gama, Beta dan lain2 tak berpeluang belajar bahasa Nippon ni, sian gak kan?
Tetapi ada juga pelajar form 2 Sigma berminat nak sertai. Jadi diorang amik inisiatif mintak kebenaran dari cikgu tu sendiri. Disebabkan cikgu tu nampak diorang ni mmg berminat..jadi cikgu tu benarkan jugalah menumpang pelajaran untuk pelajar form 1 ni. Lagipun, kelas Bahasa Jepun ni bermula awal..sebelum kelas pertama yg sebenar bermula.
Cikgu yg mengajar bahasa Jepun tu berbangsa India, perempuan. Along kata..cikgu tu ada kasitau kelas..sapa yg cemerlang dalam peperiksaan bahasa Jepun ni..berpeluang untuk dihantar belajar kat negara matahari terbit tu. Tapi aku tak tau..ni masa diorang dah SPM ke..atau dinilai dari peperiksaan ujung tahun ni. Dihantar belajar untuk maksud apa pun aku tak tau..pertukaran pelajar M'sia-Jepun mungkin? Atau melanjutkan pelajaran kat sana selepas SPM lagi 5 tahun akan datang, hehe..
Aku harap perkara ni akan menaikkan semangat Along untuk belajar dgn sehabis baik.
Bila belajar bahasa ni..sudah tentulah bukan percakapan aje yg diorang belajar. Diorang belajar tulisan Kanji sekali. Hmm..sesuatu yg menarik sebab kitorang sekeluarga ni mmg suka sangat tengok anime Jepun. Kalo tau basic pun..tentu best kan?
Aku ingat nak belajar dari along pulak. Walaupun dia pun baru permulaan..aku rasa adalah lebih baik bermula tak jauh dari pembelajaran dia agar aku tak tertinggal jauh, hehe..Bila nak mula ntah laa..along pun asyik sebok wat keje sekolah aje? Time along tak sebok..aku pulak yg sebok ngan keje2 umah..hmm?
p/s1; mmg Jepun dulu penah menjadi penjajah tanahair kita tetapi kini Jepun sudah menjadi tersohor disebabkan teknologinya dan anime nya, hehe..
p/s2; dulu penduduk Tanah Melayu pernah derita disebabkan kekejaman tentera Nippon tapi diorang pun pernah merasa derita lebih dari tu kerana pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki ketika perang dunia kedua yg telah meninggalkan kesan radioaktif dlm jangka masa yg sangat lama.
SEDIKIT INFO DASAR PANDANG KE TIMUR;
Seperti mana yang kita semua maklum, Jepun merupakan satu-satunya negara yang pernah dibom dengan bom atom yang menyebabkan ia menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua.
Lanjutan dari itu, Jepun mengisytiharkan `penolakan peperangan buat selama-lamanya' dalam perlembagaan barunya dan sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara yang aman.
Kehebatan Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri.
Pada era Meiji, para cerdik pandai telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penyerapan teknologi maju dari Barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan.
Dari situlah kepandaian dunia Barat telah ditransformasikan dan disesuaikan dengan semangat dan masyarakat Jepun.
Masyarakat Jepun memang terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai sesiapa yang malas atau tidak menepati masa.
Masyarakat Jepun juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri, dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan.
Mereka turut bekerja tanpa mengenal jemu bagi menyiapkan tanggungjawab yang diberi dan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik.
Sikap seperti inilah yang menjulang negara Jepun dan termasuk dalam 10 negara termaju di dunia.
Kadar celik huruf di negara itu juga hampir 100 peratus dan ia berpunca daripada kesedaran sejak di zaman Edo (1603-1867) lagi.
Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah mula belajar di sekolah rendah swasta yang dikenali sebagai terakoya.
No comments:
Post a Comment