Wednesday, February 4, 2009

JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN PERAK

Ni gambar dari sampul surat hari pertama..
03.02.2009
Alhamdulillah..bertarikh yg tertera di atas..kat negeri Perak ni kakitangan awam dan yg sewaktu dgnnya, hehe cuti khas sempena sambutan JUBLI PERAK PEMERINTAHAN SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH..daulat Tuanku!.

Masa 1984 tu aku baru darjah 3 tapi aku ingat lagi laa Sultan Azlan Shah ni dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yg baru.

Sempena dengan sambutan Jubli Perak semalam..Pos M'sia telah mengeluarkan setem isu khas berkaitan dengannya. Alhamdulillah..aku berjaya dah dapatkan setem tu kat Pejabat Pos Cameron Highlands, kwa..kwa..kwa..jauh tu!

Setem bernilai RM1 ni melambangkan keutuhan DYMM Tuanku yg telah memerintah negeri Perak sejak 25 tahun lalu. Sepanjang pemerintahan Baginda Raja Permaisuri Tuanku Bainun ternyata merupakan teman yg tabah dan taat setia sebagaimana yg sering digambarkan melalui kemunculan Baginda berdua yg senantiasa bersama. Jesteru, Baginda berdua merupakan contoh kepada rakyat yg mengamalkan serta percaya kepada keutuhan institusi keluarga. Warna latar kuning diraja melambangkan sifat mulia Baginda yg disayangi rakyat.

Setem ini memaparkan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah selaku Raja Pemerintah dan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat. Gambar latar pula menunjukkan keagungan dan kehebatan tersergam seni bina Masjid Ubudiah yg merupakan satu reka bentuk terindah dibina pada ketika itu. Ianya telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pd tahun 1917. Masjid Ubudiah sudah tentunya menjadi salah satu kebanggaan warisan Negeri Perak kerana ianya terbukti merupakan salah satu daripada daya tarikan pelancong.


Setem menggambarkan potret DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah semasa ditabalkan sebagai Sultan Perak yg ke 34 pada 9 Disember 1985 di Balairong Seri Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Gambar latar menunjukkan Baginda sedang mengucup pedang istiadat. Pedang Cura Si Manja Kini melambangkan kebesaran istiadat menaiki takhta.

No comments: