Saturday, February 28, 2009

Aku menceceh lagi..

Guru Besar, YDP PIBG..Mejar Zaid dan NYDP PIBG..Mejar Razak

Cikgu Rizuan (pakar Maths) dan Cikgu Khairi..

Aku pi miting lagi. Kali ni miting AJK PIBG SK King Edward VII (2) pulak. Pelbagai perkara diperbentangkan dan diperbincangkan bersama. Pelbagai pemberitahuan dari pihak sekolah untuk pengetahuan wakil pihak ibubapa, hehe.
Antaranya, mengenai Sukan Tahunan SK KE VII (2) pada 28 Mac 2009. Bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir. Pastu citer pasal Majlis Tilawah Al-Quran Zon Kamunting juga bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir.

Pastu citer pasal pra-Mesyuarat Agung Tahun PIBG sebelum Mesyuarat Agung yang sebenar. Tujuannya untuk membincangkan usul2 dari ibubapa yang telah dihantar oleh mereka melalui borang usul yg telah diberi 2 minggu sebelum mesyuarat. Sama ada nak terima atau menolak usul tersebut.
Mesyuarat Agung PIBG yg sebenar bakal diadakan pada 26 Mac kul 3 petang. Masa tu boleh war-war kepada ibubapa dan menyeru supaya mereka beramai2 datang memeriahkan sukan tahunan sekolah, hehe. Di samping pelbagai perbincangan dan dialog di antara ibu bapa dan guru2 sekolah tersebut.

Guru besar juga memberitahu mengenai sumbangan PA System yg bakal diterima adalah sgt elok kualitinya. Pihak sekolah juga bakal menerima peruntukan dari PPD untuk membaiki bumbung blok bangunan sekolah, bumbung kantin, cat bangunan sekolah dan memperbaiki dataran kejat sekolah. Bantuan berjalan lebih lancar apabila keputusan UPSR 2008 peratusannya telah meningkat.
Kerja2 pembaikan bakal bermula cuti sekolah Mac ni disebabkan menukar bumbung memerlukan kren yang besar. Bimbang membahayakan pelajar2 sekolah. Guru Besar juga tidak mengizinkan kren melalui kawasan padang sekolah sebab padang tu sangat bernilai untuk sekolah, hehe. Manakan tidak..keadaan padang yg cantik tu..ia telah menjadi tempat untuk disewa oleh sekolah lain yang tidak mempunyai padang yang luas untuk menjalankan aktiviti mereka.

YDP, Mejar Zaid dan NYDP, Mejar Razak hadir kali ini dengan memberi komitmen yg sangat jitu kepada pihak sekolah. Mereka akan menyediakan khemah2 untuk sukan tahunan dan lain2 lagi laa. YDP juga menyarankan agar memanggil wartawan Sinar Harian edisi negeri Perak untuk menyelitkan sedikit berita tentang sukan tahunan yang bakal dirasmikan oleh YB Datuk Zahir itu.

11 Mac 2009 nanti bakal diadakan Hari Anugerah 2008 yang tak sempat dilakukan pada hujung penggal tahun lepas disebabkan kesuntukan masa. Pada hari tu juga akan disampaikan sumbangan kepada pelajar SK KE VII (2) 2008 yang mendapat 5A. Tak banyak tapi boleh laa untuk sekolah kecik macam tu..sekolah pinggir bandar tapi dikelaskan sekolah bantuan modal aje. RM50 dari PIBG dan RM50 lagi sumbangan peribadi YDP PIBG 08/09 iaitu Mejar Zaid. TQ Mejar. Beliau ni tinggi orangnya. Nampak mcm tak tinggi sangat tapi bila beliau berdiri..mak aii..mendongak aku nak tengok muka dia..hehe. Seorang tentera yang berpangkat tapi sempoi. Dia tak bahasakan kerjanya tu Army..tapi dia lebih selesa cakap dia keje askar..hehe.

Miting ni juga membincangkan perkara berbangkit minit mesyuarat yang lalu, penyata kira-kira akaun PIBG dan sebagainya lagi laa. Ada juga diselitkan mengenai pelajar2 tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR pada 8-10 September 09 nanti.

Hmm..byk lagi laa citer dalam miting ajk tu. Tapi sempat gak aku ngan Cikgu Roslina wat citer sampingan, hehe..pasal anak pempuan dia still sekolah convent lagi pasal tak dapat mana2 pun. Dia pun tak guna kabel..padahal suami dia tu berpangkat gak. Tak mau terhutang budi, hehe.

Popiah basah..(mungkinkah dibeli dari Ella Popiah Taiping?)

Mee soto tak taruk kuah lagi..

Makan petang tu disediakan oleh pihak kantin. Air teh ceroi, mee soto, puding marbel dan popiah basah.

Abes meeting, makan sambil berbincang sisa-sisa perbincangan, huhu..jam dah 7.15 malam. Aku kena beransur pulang..hehe. Nanti nak kena hantar angah p tuisyen lak jam delapan.

No comments: