Sunday, February 15, 2009

Al-kisah ketika selebret besday abg.

14.02.2009-SABTU
Pagi tu Akiss kena sekolah ganti. Aku ngan abg seperti biasa..p jogging. Angah ngan along tak ikut. Kat Bukit Larut..jumpa mak ngan abah pun jogging, dah nak turun kat Pondok 1. Abg ajak mak ngan abah p Restoran Sejati mamam nasik kerabu. Aku lak sarapan roti aje. Air pun tak order sebab aku ni mmg kurang air manis2 ni, hehe.
Tgk jam dah 11.30. Kena balik umah coz nak hantar along ke sekolah. Dia pun kena ganti sekolah cuti CNY dulu. Lagipun dah janji ngan akiss nak amek dia balik sekolah, takyah naik bas.
Dah selesai semua urusan..kitorang singgah Tpg Sentral. Tujuannya nak beli tiket GENG kat Big Cinemas untuk tayangan 9.15 malam. Kena beli awal..kalo idak, dpt seat bawah..huhu.

Malam; Lepas Maghrib..kitorang keluar ke Tesco Taiping. Tujuannya nak p Medan Selera aje. Kat situ kan mcm2 pilihan masakan dan makanan. Nak makan2 sempena besday abang 13.02.2009 tu laa. Pospon sehari..hehe.

Makan biasa2 aje tapi best sebab ianya bersempena hari istimewa insan yg kitorang sayang. Keseronokan tergambar di wajah masing2.

Tengok abg tu..air kopi tongkat ali tak abes2 lagi, hehe. Jap lagi tu nak terus jalan kaki ke Taiping Sentral tgk citer Geng; Pengembaraan Bermula.

Jam 9.00 malam, kitorang dah berada kat Big Cinemas. Manusia punyalah ramaiiii. Masing2 nak tengok filem kegemaran masing2.
Aku sementara tu p beratur pulak nak beli satu set Blue Large Combo, hehe. Untuk anak2 laa tu. Aku ngan abg dah spare Dorayaki dalam henbeg, hehe. Tapi tak makan pun. Kenyang makan kat Medan Selera tadi lama sangat, wakaka. Bawak balik umah, simpan dalam peti sejuk. Mamam pagi tadi, hehe.
Citer pasal tengok Geng ni..org yg datang menonton..dahsyat!! Penuh panggung. Mujurlah kitorang dah beli tiket siap2 tengahari tadi. Kebanyakannya mmg seisi keluarga datang menonton. Dari cucu-cucu ke tok nenek pun datang. Bagus laa diorang bagi semangat kat filem animasi tempatan. Ni bukan apa..pengaruh Upin dan Ipin tu laa. Bagus gak strategi pemasaran Les Copaque ni. Mmg bijak!
Nak komen pasal citer Geng ni..bagi aku, filem animasi yg 100% dari anak tempatan dengan kos yg tidak sebanyak filem animasi luar negara..ianya sangat berjaya. Walaupun ia sekadar animasi tetapi moral yg diselitkan dalam filem tu sangat banyak jika memperhalusinya. Ia memang terhibur..sangat terhibur dengan keletah dan ragam pelbagai watak dalam filem tersebut. Inilah filem animasi anak watan yg ditunggu-tunggu oleh peminat animasi tempatan. Ia juga sesuai dengan tajuk GENG; Pengembaraan bermula. Semoga ia terus mengembara menjadikan filem animasi tempatan juga sangat relevan untuk dipasarkan ke luar negara dan bersaing dengan pasaran antarabangsa.

No comments: