Alhamdulillah..cuti khas yg diberi oleh kerajaan negeri Perak pd 03.02.2009 semalam telah memberi peluang kat kitorang sekeluarga mendaki ke banjaran titiwangsa sekali lagi. Apa2pun sebelum tu kitorang sarapan pagi kat Restoran Tomyam Sejati. Tapi tak oder tomyam, seperti biasa kitorang pekena nasik kerabu, yeargh! Anak2 mamam nasik lemak pasal diorang tak reti lagi nak nasik kaler biru tu, huhu.
Dah selesai sarapan, kitorang meneruskan perjalanan. Kali ni kitorang p meredah Banjaran Titiwangsa di kawasan Tanah Tinggi Cameron. Aku balik negeri weh! Walopun bukan di Bentong..tapi sekurang-kurangnya aku tau aku memijak bumi negeri Pahang Darul Makmur, cewah! Bukan jauh dah Cameron Highlands skang ni..hehe. Orang Simpang Pulai lagi tak heran dah turun naik sana..huhu. Kitorang ni pun balik hari aje.
Ni ntah dah kali ke berapa laa kitorang p CH tapi ni laa kali pertama kitorang p tak tido sana. Saja p time orang dari negeri lain tak cuti ni, hehe. Selalunya kalo cuti sekolah, cuti umum..mak aihh..orang ramai ke sana. Ngan keta masing2, ngan bas rombongan..fuh! Para peniaga pun eksyen semacam aje kalo kita tawar menawar tu. Pi kali ni..berbaloi laa, wakaka...
Kitorang sebenarnya nak p beberapa tempat yg kitorang tak berkesempatan nak pi lagi. Antara sebab musababnya pasal masa tu org ramai, sesak beb!
Mula2 kitorang p Taman Rama-Rama tu. Yg mempromosi kat kitorang sampai teringin nak masuk situ tu masa tengok rancangan Destinasi Bajet kat Ch8..hehe. Ngan tiket RM5 dewasa, RM2 kanak2..kitorang leh bermesra ngan rama-rama yg sengaja dilepas bebas kat situ. Tapi bukan rama2 aje yg ada..pelbagai jenis ular pun ada dipamerkan. Cuma ular2 ni dalam kurungan laa, hehe. Ada juga blackwidow, kala jengking, serangga ranting kayu, serangga daun, katak daun..hehe. Suasana dalam tu pun menarik lanskapnya. Time takde orang macam ni..syok betul meronda kat dalam tu. Tak sesak..bergerak pun senang aje. Kat dalam tu pun..tauke Taman Rama-rama tu ada wat muzium rama2 dan serangga yg dah diawet. Yelah..dah dia tauke situ..mana2 yg dah mati tu..diorang awet kan laa. Leh jadi tarikan pelancong gak kan, hehe.
Lepas tu..kitorang singgah kat gerai2 kat area Kea Farm. Kat situ..walaupun dah beberapa kali ke CH..mmg tak berpeluang nak singgah pasal parking penuh sepanjang2 jalan, jammm pulak tu! Tak kuasa aku! Lagipun kitorang masa tu leh laa eksyen pasal tido kat Brinchang..tiap2 malam ada pasar malam musim2 cuti camtu. Kat pasar malam tu harga lebih murah dari gerai2 yg dibina kat tepi2 jalan sepanjang laluan ke Brinchang dan Tanah Rata.
Tapi disebabkan kitorang tak tido sana lak destinasi bajet kali ni, parking pun senang laa sangat..orang pun dah tentu laa tak ramai..kitorang pun amek peluang singgah. Hmm..patut laa orang ramai..kat sini nak shopping memang best betul. Dari 8 bungkus RM10 sayur-sayuran tu..leh dapat 10 bungkus. Pastu dapat lagi extra 3 bungkus free! Strawberi pun gitu laa jugak..Jagung, ubi keledek madu pun sama. Senget benget tangan memegang sume2 benda tu, wakaka.
Kat situ aku sempat sambar selempang kait ala hindustani tu, hehe. Saja laa, fesyen..Tapi lepas2 tu anak2 aku pun berminat nak pakai..tapi kira ok laa tu kan taste aku, haha.
Lepas tu pulak..kitorang nak mamam tengahari kat medan selera kat Brinchang tu laa konon2nya. Tempat biasa. Tapi disebabkan hari tu bukan hari cuti sekolah, bukan hari cuti umum..banyak gerai tutup daa! Termasuklah gerai makan milik kawan ayah aku tu.
Gerai nasik campur satu aje yg bukak. Lauk ada laa sket saki baki..tapi nasik kena tunggu masak sebab dah abes. Bila tokey tu terangkan kat pelanggan depan kitorang tu..kitorang yg mendengar kat belakang ni pun terus angkat kaki nak cari port makan kat Tanah Rata lak. Mmg banyak pembangunan kat CH ni. Patut laa selalu masuk Buletin Utama. Cuaca mmg tak berapa dingin sangat. Tetapi kitorang ari tu memang bernasib baik sebab hari sebelum tu ujan lebat. Kabus ada laa jugak kat CH tu. Hari yg kitorang p tu pulak cuaca Alhamdulillah..melancarkan perjalanan kitorang.
Kat pekan Tanah Rata..kitorang mamam kat gerai makan berdepan ngan Pejabat Pos Cameron Highlands tu, hehe. Sempat laa aku beli setem keluaran khas Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak kat sana. Risau aje tak dapat. Nasib baik kat sini tak ramai agaknya pengumpul setem. Kalo kat Taiping..apek2 berbaris panjang ooo. Beli bukan sikit2..berset-set diorang beli!
Dah mamam..ronda2 sat kat pekan Tanah Rata tu. Pastu kitorang p plak MARDI kat jalan nak ke hospital baru CH tu..
Masa p CH dulu dah p konon2 nak masuk laa..tapi tak dapat sebab nak dekat kul 5 petang dah. Diorang nak tutup kaunter dah, hehe.
Tapi kali ni Alhamdulillah..rezeki kitorang dpt masuk. Kadar bayaran pun berpatutan. Lanskap luarnya mmg cantik ngan bunga-bungaan pelbagai kaler, kolam dihuni oleh ikan karp gemok2, besaq2! Leh bagi ikan makan. Beli kat kaunter 50sen sepeket, hehe.
Kemudian, masuk pulak kat dalam..one stop bagai dah p melawat semua CH. Mana taknya..pokok2 bunga yg berbunga mekar, pokok tomato (tapi masih hijau lagi), kobis, pokok anggur, epal, strawberi, taman rose, pokok2 teh..semuanya ada kat situ. Lama gak kitorang meronda sampai abes kawasan, hehe. Rugi laa..kita bayar kan.
Dah tu..kitorang dah ada plan bebas. Sebab tempat yg kitorang tak pernah masuk lagi kat CH tu..semua dah p tadi. Mmg puas hati..Cuma tak sempat nak singgah kat Bee Farm yg dah dibina bangunan baru tu aje. Sebab kitorang dah singgah kat Multicrops Central Market kat Brinchang tu..saja laa sebab kat sini mmg best. Mesti singgah tengok2 kalo tak membeli pun, hehe.
Sonok dok lepak2 situ sambil minum kopi di dalam taman penuh ngan bunga sebelum turun balik umah, haha. Dah takyah singgah lagi kat Ladang Teh Cameron Bharat arah Simpang Pulai tu dah nak pekena Teh Tarik Spesel, hehe..
Nak p CH sehari suntuk ni takde masalah. Kat mana2 ada disediakan kemudahan awam seperti tandas dan surau. Tapi kalo dapat bermalam lagi best..cuma bajet besar sket laa. Pi CH balik hari ni penat sket laa tapi best juga sesekali ada pengalaman macam ni.
Hari tu..ramai warga Perak naik CH. Mungkin dari Ipoh dan Tapah kot. Ada pulak di antara diorang tak sangka jumpa kat CH setakat cuti sehari camni, hehe. Kitorang ni jenis 'telinga lintah' gak..sambil2 bergambar tu telinga leh dengar dialog2 perbualan pengunjung yg lain, hehe.
Hari tu sampai umah sebelum kul 7 malam. Siang lagi. Kak ina ngan suami dia pun ada lagi kat luar umah dok menambak tanah kat tebing pokok pisang depan umah dia tu, hehe.
Tapi..hari tu gak laa kitorang kehilangan Tomei. Bagi aku..sedih tu mmg sedih. Tapi positifkan diri..setakat tu aje rezeki kitorang pelihara si Tomei. Namun begitu..jauh di sudut hati, kitorang masih mengharapkan kepulangan Tomei. Lagu Mungkin Nanti-Peterpan sesuai laa ditujukan untuk peristiwa ini, uhuk2.
Petang tadi pun negeri Perak ni mengalami kebuntuan politik. Tapi setakat ni..takde ape laa yg tak baik berlaku kat persekitaran Taiping ni. Keselamatan ok aje. Alhamdulillah laa.
Cuma jalan2 utama kat Taiping dan Kamunting ni tengah sebok dinaiktarafkan ngan menurap tar lebih elok dan selesa untuk pengguna jalanraya, hehe. Wat keje sampai malam lak tu..macam ada dateline yg dorang kejar. Takkan nak wat majlis santapan diraja tu kat sini? Bukan kat Kuala Kangsar ke?
1 comment:
Best ke g CH ni?aku ingat balik nanti aku nak ajak hubby or buat family gathering kat CH. Last aku pergi masa darjah 6..jalan belit2 sampai lembik aku muntah...
Post a Comment