Monday, February 9, 2009

Percaya kepada Qada dan Qadar..

Dalam keadaan politik Malaysia amnya dan politik Perak khasnya yg berkeadaan kurang menyenangkan..haru-biru..Alhamdulillah, kehidupan aku anak beranak dalam keadaan tenang. Syukur kitorang dikurniakan keadaan sebegini. Aku adalah pencinta keamanan. Mereka2 yg terlibat dalam ketegangan politik ni bila tengok negara luar berperang..diorang marah..diorang kutuk habes-habesan..tapi bila diri sendiri yg berperang???..macam takde jalan penyelesaian!! Bila tengok bangsa Arab tak bersatu..marah..cam gitu..cam gini..bla bla bla..tapi bila bangsa sendiri tak bersatu???
Sedangkan bangsa sendiri yg bukanlah ramai mana pun kat Malaysia ni susah nak disatukan, sukar nak membentuk agar sama-sama bertanggungjawab untuk penyatuan dan kebaikan bangsa sendiri, susah nak menerima buah fikiran, sukar nak hormat-menghormati sesama bangsa sendiri..macam mana bangsa Arab yg lagi ramai dari berbagai negara tu pun nak disuruh bersatu menentang rejim zionis???

Sebagai rakyat Malaysia..aku sangat sygkan keamanan yg dulunya menjadi lambang kemegahan rakyat Malaysia. Kestabilan politik dulu turut menjadi salah satu faktor menarik pelancong dan pelabur industri untuk melebarkan perniagaan mereka di sini. Sehingga Malaysia telah menjadi sebuah negara maju dan terkenal walaupun saiznya kecil saja dalam peta dunia ni. Tetapi tengoklah sekarang..ramai sangat cerdik-pandai berkata-kata, menghasut, menyalah guna kuasa..malah ramai juga yg tidak mempunyai fikiran waras dalam menerima sesuatu berita. Sekarang juga sudah wujud masyarakat fanatik, faratik..yg bakal menghancurkan bangsa sendiri, negara sendiri akhirnya tergadai. Susah sangatkah nak bersatu wahai bangsaku? Jika tergigit lidah tu biasalah..dalam rumahtangga, dalam organisasi adik-beradik pun pasti berlaku tetapi janganlah sampai kehancuran berlaku. Bertelagah tak sudah..

Dunia sekarang telah menyaksikan manusia lebih pentingkan diri sendiri apabila sudah berkuasa. Kalau suaminya berpangkat besar..isterinya yg terlebih-lebih berlagak..merengek-rengek nak itu dan ini yg melebihi kemampuan suaminya. Suaminya yg berjawatan tinggi dan berkuasa pula bukan saja akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri malah lebih dari itu. Manakan tidak wujudnya unsur menerima rasuah kerana nafsu duniawi sudah menguasai diri, melupakan ke manakah pengakhiran perjalanan kita di dunia ini yg sebenarnya?
Semua ini berlaku disebabkan tuntutan kemewahan duniawi yg sudah terpamer di mata. Tetapi tuntutan kemewahan di syurga hanya diceritakan di dalam al-Quran saja bagi mereka.

Aku teringat kata-kata ustaz yg mengajar semasa di sekolah rendah..walaupun beliau sendiri tidak pernah melihat bidadari tetapi kecantikan bidadari yg digambarkan bukan kepalang itu jika dipertunjukkan walau sesaat di dunia ini..pasti semua lelaki di dunia ini akan berusaha beribadah untuk masuk ke syurga. Tetapi Allah tidak menunjukkan kecantikan bidadari syurga kepada manusia kerana tidak mahu mereka beribadah semata-mata kerana mengidamkan bidadari tersebut. Itu adalah kiasan yg telah diberitahu oleh ustaz kepada kitorang yg masih bersekolah rendah. Kalo dipikirkan sewarasnya kita faham maksud kiasan tersebut.

Tapi bila aku fikir-fikirkan kembali..semua yg berlaku..apa yg berlaku di Gaza, apa yg berlaku di Iraq, apa yg berlaku di Malaysia..tanahair ku sendiri ini datangnya dari Nya juga. Siapa yg menggerakkan cerita ini. Kita selalu dengar orang berkata..kita adalah pelakon, dunia ini adalah pentasnya. Memang benarlah..tapi ada siapa terpikir siapa penulis skrip dan pengarahnya lakonan kita ini? Itu pun manusia tak sedar ke..yg berkata-kata tu pun tak sedar ke?

Itulah perlunya belajar mengenal 'diri'.

No comments: