Budak2 ni tengah nak basuh mata ngan air terjun tu sampai pedih. Petua orang tua-tua.
Pagi tadi seperti biasa..kitorang p jogging kat Bukit Larut lagi. Aktiviti biasa dah tu..hmm. Pastu, p mamam kat Restoran Masa Katering, Kamunting. Lepas tu pulak..p kedai sukan Nilai, Taiping untuk amek raket badminton anak2. Hantar kat kedai malam tadi..untuk ganti tali dan grip ketiga2 raket tu..Amek yg biasa aje, tali RM12 dan grip RM4 untuk satu raket. Leh laa..
Balik ni diorang check e-mel..pastu sambung tengok cd anime One Piece yg baru p sewa malam tadi. Tak pi pun kenduri..dah lambat.
Sampai umah tadi, tuan tanah lombong depan tu ada dok perati jentolak meratakan tanah untuk menambak tanah lombong tu. Elok laa pun..tanah parit mana ntah lori dok ambik banyak2 dan longgokkan depan jalan tu. Sampai bau yg kuar dari tanah2 tu kurang menyenangkan betul! Pulak tu terbengkalai dah berapa lama kat situ, huh!
Pemandangan depan umah kitorang pun dah jadi ntah apa2 ntah. Bila dah rata ni..ok laa sket. Tu ntah berapa banyak tanah lagi nak kena taruk dan tambak lombong tu untuk tuan tanah tu wat umah. Hmm..
Aku ngan abang karaoke jap. Menge'test' microphone baru beli cap YAMAHA, hehe.
Aku ni suka ngumpul setem. Gambar di atas ni adalah setem2 dari negara China dan Thailand yg diberi oleh kak Zah GSL kat abang minggu lepas. Kak Zah tau aku ni suka ngumpul setem..hehe.
Kak Zah ni pun suka ngumpul setem gak. Dia leh bagi aku setem2 ni pasal dia pun dah banyak dapat setem2 camni laa tu, hehe. Apa2pun tima kasih laa banyak2 kat kak Zah. Kalo ada lagi setem lawa2 yg lebih..leh laa huloq2 lagi no!
No comments:
Post a Comment