Tuesday, August 5, 2014

Blog along masuk BH

Alhamdulillah, blog along berpeluang keluar dalam sokabar Berita Harian bertarikh 30.07.2014, RABU ketika umat Islam menyambut 3 Syawal 1435H minggu lepas.

Terima kasih pada wartawan yg mengelolakan ruang ini kerana telah memberi peluang pada blog along utk ditonjolkan di dalam sisipan kelolaannya.
Ni di bahagian luar sisipan SKOR...
Ni kat bahagian dalamnya....
Cuma tu laa...wartawan ni tersalah tag nama. Sepatutnya along paling hujung kanan...tapi takpe laa tu. Bg aku ok jer. Tp mgkn along ada laa rasa ralatnya sket kot, huhu.

Al-kisahnya..emel dari wartawan ni telah dihantar ke emel along pada bulan februari lepas. Tp along ni dh lama tak bukak emel yahoo sbb dia dok layan emel gmail aje. Awal bulan Ramadhan ri tu baru dia teringat nak belek2 emel yahoo. Tu dia terkejut dpt emel dari wartawan BH ni, huhu.
ni ler emel tawaran utk along tu...
Cepat aje along gi balas. Alhamdulillah...setelah melakukan proses mengikut apa yg dikehendaki oleh wartawan tu...akhirnya artikel ni telah diterbitkan pada 30 Julai 2014 yg lalu.

Nota ALONA:-
~Rajin2 ler apdet blog tu along, huhu...

Monday, August 4, 2014

Makan2 di D'Labit

02.08.2014
SABTU

Malam tu aku ajak abang gi makan2 kat restoran D'Labit.
Restoran ni bukan terletak di tepi jalan utama tapi senang jer kalo nak gi.
Kalo dari bandar Taiping menghala ke Simpang...dh melepasi trafik light di simpang 3 Kg. Boyan tu...ada lagi sebuah trafik light di depannya...tp jangan ikut trafik light tu pun. Terus jer bagi signal ke kiri dan terus masuk selekoh kiri tu. Bila dh masuk jalan tu...terus jer. Dalam 100 meter dh nampak dh restoran ni di sebelah kanan korang, ye.
Walaupun bukan terletak di tepi jalan utama...tapi pelanggan dia ramai tau. Sebab apa?? sebab masakan dia sedap laa, kan..huhu.
Ni signboard besar2 kat restorannya..
Malam tu kitorang amek set makan 5-6 orang...mmg puas hati.
Utk set tu kitorang ada ikan siakap sweet sour, telur bistik yg paling sedap pernah kitorang makan, ayam masak pedas, kailan goreng, udang goreng tepung. Tapi utk set tu RM65 tak termasuk air laa. Semua masakannya sedap2 dan kitorang sangat berpuas hati.. 
**(jumlah semua RM76.00)

Malam tu, kitorang gi makan sempena nak sambut besday akiss laa 03/08 tu, kan. Malam tu jer yg leh nak layan pun. Esoknya hari Ahad tu akiss dan angah dh sebok2 kemas2 barang nak balik asrama dah.

03.08.2014
AHAD
Balik dari hantar akiss dan angah balik asrama tu...kitorang singgah lagi kat D'Labit tu.
Nak makan sup daging pulak. Semalam tu tengok orang meja sebelah tu siap oder sup tu lagi semangkuk siap pesan letak daging lebih. Hirup kuah sampai abes lak tu....uish!!! Tu yg tak leh tahan tu...sbb sup daging pun mmg fevret kitorang gak tu, hahaha..

Maka hari tu aku ngan abang pun oder 2 mangkuk sup daging dan 2 nasik putih. Itu dh cukup utk menikmati kesedapan sup daging tu. Tak perlu dh lauk tambahan yg lain.
Along lak oder nasik goreng ayam....pun sedap jgk weii.
**(jumlah semua RM20 berapa sen ntah...sori dah lupa)
Nasik goreng ayam...
Nasi putih dan sup daging...
Maka, aku sangat2 rekemen korang gi makan kat sini. Mmg terbaek masakan dia selagi tukang masak tak wat hal, kan...huhu.
Abang sedang membuat pembayaran..
Lain kali leh datang sini lagi...makan steamboat ke...lamb chop ke...steaks ke...kan..
** Makan-makan di Taiping **

Nota ALONA:-
~erppp...Alhamdulillah.

Sunday, August 3, 2014

Akiss dah 14

03.08.2014
AHAD

Hari ni...hari ulangtahun kelahiran ke 14 anak perempuan aku.
Tak susah nak kira...sebab dia lahir thn 2000, :)

Utk Akiss...jadilah diri insan yg baik dan bertanggungjawab.
Usaha utk menjadi terbaik pada diri sendiri...
Ibu, abah, along dan angah semua sayangkan akiss.
Kami semua mendoakan yg terbaik utk Akiss.
Jaga diri hiasi peribadi....

Nota ALONA:-
~Ya Allah, semoga anak2 kami dan keturunan kami adalah hambaMu yg beriman dan mempunyai akhlak serta keperibadian yg baik.

Saturday, August 2, 2014

Balik Bentong 3 Syawal 1435H

30.07.2014
RABU

Pagi tu konon2 aku ni nak bangun kul 5.30 pagi. Nak siap2kan barang2 dah kemas2 sket umah sebelum berangkat balik ke Bentong sesudah Subuh. Tapi kul 6 lebih baru tersedar wlpn alarm hp dh kejutkan jam 5 lebih tu, haha..Letih semalam ler tu, kan. Takpe la tu...masih ok laa sbb takde ler sampai terbabas kesiangan, kan..kan..
Maka tergesa2 ler kejutkan abang dan anak2.

Kul 8 jugak ler gerak dari umah. Jalan ok aje. Tambah2 pulak kitorang ikut hiway sampai Simpang Pulai aje sebab nak balik Bentong ikut Cameron, huhu....biasalah kan.
Ooo...balik kampung...
Berhenti kat hentian Bukit Gantang...sarapan pagi dulu.
Bila dh sampai kat Brinchang...berhenti lagi sbb nak pi tandas awam kat medan selera tu.

Nampak ada kedai makan bukak kat medan selera tu...tetiba rasa nak makan nasik lak. Kang tak tau dh kedai mana yg bukak utk makan tengahari. Ayah pun pagi tu jugak bergerak dari Kulim ngan mama dan sepasang kawan ayah yg menumpang balik ke Felda Ijok, Selama tu..

Dan...abang lak sempat gi beli suratkhabar Berita Harian sbb hari tu utk ruangan SKOR ada keluar artikel tentang along dan blognya.

Wartawan tu dh bagi tau tarikh bakal keluar artikel tu...camne ler along leh tak ingat. Sampai kawan2 dia yg dok bgtau kat grup wassap dorang...baru ler along tak sabar2 nak tengok sendiri sokabar tu, huhu.

Masa kat luar tandas awam tu ada sokabar Berita Harian hari tu milik penjaga tandas...terus jer dorang belek2. Abang lak...terus jer pi cari kedai runcit yg jual sokabar. Abang kata...kat kedai tu BH tinggal satu tu aje. Mujur ler ada, kan. Kalo idak jenoh ler nak teruskan pencarian kat pekan Tanah Rata lak, huhu.
Tengok ler adik beradik ni....sama2 tengok dan bincangkan, hahaha..
Walaupun along yg masuk BH....adik2 pun sama teruja dan bangga, hahaha..
Ni ler dia...citer along tu. Kiranya hari tu ramai laa kwn2 satu batch ngan along yg ucap tahniah kat along.
Abang bergambar ngan anak2nya di pekan Brinchang...kat sini ada mcm luar negara sket suasana bangunan kedainya, hehe. Moga anak2 aku ni berjaya mencapai impian masing utk berjaya di dunia dan akhirat, amin..
Kemudian, kitorang pun meneruskan perjalanan sambil singgah jap kat Ringlet sbb nak beli jagung, stoberi dan bunga segar utk dibawa balik ke Bentong.
Kat tempat2 lain tak leh singgah...parking tetap payah nak cari wlpn jalan tak berapa jem kat kawasan2 tu. Polis trafik pun tetap ada dok jaga tepi jalan tu, hahaha. Takpe lah...mmg kat Ringlet tu orang tak berapa ramai nak singgah melainkan orang mcm aku ni tak suka kena saman kat area kea farm tu, hihi..

Nota ALONA:-
~Apa yg seronoknya jadi orang yg 'bermuka-muka'???

Friday, August 1, 2014

Cerita 2 Syawal 1435H

02 Syawal 1435H
SELASA

Mak mentua dh bagitau nak ajak pi raya umah Wan Chu kat Taman Ria Jaya, Sungai Petani...tapi tak tau ler jadi ke tak. Kalo jadi pun tak tau kul berapa nak gerak dari Taiping. Jadi, aku buat plan B sekiranya plan mak tu tak menjadi.
Plan B aku tu...kitorang anak beranak ni nak gi raya umah pak Haji Lias dan kak Ruby sahabat kamceng kitorang masa pak haji tak pencen GSL lagi. Dh lama betul tak jumpa dorang. Bukan jauh sangat pun. Dorang dok kat Bukit Gantang tu aje. Pastu, leh ler pi Kulim...beraya kat umah mama sbb ayah pun ada kat sana.

Pagi 2 Syawal tu...mak kol...jadi rupa2nya pi Sg. Petani tapi kul 3 petang baru bergerak sbb umah mak ada tetamu nak datang katanya. Jadi, kitorang pun teruskan separuh dari plan B tu....iaitu gi umah pak haji Lias & kak ruby. Dorang baru dapat cucu baru...cucu ke-3. Kali ni anak Liya yg nombor 2. Maknanya dh sepasang dh ler anak Liya ni.
Dah lama betul aku tak pegang baby baru lahir ni. Geram jer....asek cium jer pipi baby yg wangi syurga ni, mmm..Sampaikan Liya kata...tahun dpn dia lak datang lawat aku berpantang, kahhhh. Dah tua dh..malas dh nak ada anak kecik ni walau sesekali rasa teringin tu, kahhhh...
Ni laa Liya...nak pak Haji dan kak Ruby no. 2. Dia tengah berpantang anak no. 2... :)
Bergambar ngan tuan umah yg mmg baik hati ni..dan spoting yg penting. Tu sebab aku ngan kak ruby leh ngam wlpn abang dan pak haji yg dulu penah jadi rakan sepejabat.
Dari anak2 aku kecik2 lagi...sampai dorang dh besar gini...Alhamdulillah, persahabatan kami tetap baik.
Dari Bukit Gantang...kitorang sempat balik umah dulu walaupun yg lelain dh standby kat umah kak nor nak gerak ke Sg. Petani, hehe.

Ni kali pertama nak ke umah wan chu. Jadi, paksu soh gi kat Cinta Sayang Golf Resort aje...nanti dia datang amek kitorang kat situ.
Alhamdulillah laa...takde la susah mana sbb ada gps, kan...hihi. Jalan pun ok...
Kat umah wan chu..
Kat luar umah...abah sedang bersembang ngan paksu, abang, amir dan anas jgk..
Kat dalam...mak tgh sembang ngan wan chu sambil yong anak sulung wan chu mendengar sama.
Dh tak tau nak buat apa....
Dari umah wan cu...kitorang selamat meredah dalam kegelapan malam melalui jalan suasana kampung (tapi malam tak nampak ler suasananya, huhu).....kitorang 4 kereta gi Kulim ikut jalan alternatif ke Pekan Karangan, Kulim. Tak sangka pulak aku plan B aku ni nampaknya dapat diteruskan. Aku ingat dpt buat separuh aje, huhu. Rupa2nya, mak pun berhajat nak gi raya ke umah mama. Aku ok jer, takde masalah.
Ada ketupat palas ngan rendang ayam dan serunding ayam..
Dh alang2 beraya...raya ler puas2 ye..
Sebelum balik...dpt duit raya dari ayah aku ni, huhu..
Seronok ayah bila kitorang serbu kat sini, hehe..
Dari situ...kitorang gi beraya umah kak imah pulak. Dah alang2 sampai situ kan. Dekat jer umah kak imah tu ngan umah mama ni. Ayah tak ikut dh ler sebab dh gi beraya umah kak imah dan abang sahak pada hari raya pertama tu.
Aku dh kol kak imah bgtau nak pi umah dia masa kitorang masih lagi kat umah mama td. Dia ada wat laksa hari tu. Alhamdulillah, dapat ler kitorang semua dari 4 buah kereta ni isi perut ngan laksa sedap yg kak imah buat tu walaupun jam dh dekat kul 10 malam. Balik umah leh tidoq lena....hahaha....

Dah sampai umah malam tu...sempat ler aku ngemas sket2 sebelum gerak balik ke Bentong pagi esoknya.
Bila masuk jer bilik tido...letak kepala terus terlena. Punya ler letih, hahaha...

Nota ALONA:-
~Hidup jangan pura2.....