Monday, August 4, 2014

Makan2 di D'Labit

02.08.2014
SABTU

Malam tu aku ajak abang gi makan2 kat restoran D'Labit.
Restoran ni bukan terletak di tepi jalan utama tapi senang jer kalo nak gi.
Kalo dari bandar Taiping menghala ke Simpang...dh melepasi trafik light di simpang 3 Kg. Boyan tu...ada lagi sebuah trafik light di depannya...tp jangan ikut trafik light tu pun. Terus jer bagi signal ke kiri dan terus masuk selekoh kiri tu. Bila dh masuk jalan tu...terus jer. Dalam 100 meter dh nampak dh restoran ni di sebelah kanan korang, ye.
Walaupun bukan terletak di tepi jalan utama...tapi pelanggan dia ramai tau. Sebab apa?? sebab masakan dia sedap laa, kan..huhu.
Ni signboard besar2 kat restorannya..
Malam tu kitorang amek set makan 5-6 orang...mmg puas hati.
Utk set tu kitorang ada ikan siakap sweet sour, telur bistik yg paling sedap pernah kitorang makan, ayam masak pedas, kailan goreng, udang goreng tepung. Tapi utk set tu RM65 tak termasuk air laa. Semua masakannya sedap2 dan kitorang sangat berpuas hati.. 
**(jumlah semua RM76.00)

Malam tu, kitorang gi makan sempena nak sambut besday akiss laa 03/08 tu, kan. Malam tu jer yg leh nak layan pun. Esoknya hari Ahad tu akiss dan angah dh sebok2 kemas2 barang nak balik asrama dah.

03.08.2014
AHAD
Balik dari hantar akiss dan angah balik asrama tu...kitorang singgah lagi kat D'Labit tu.
Nak makan sup daging pulak. Semalam tu tengok orang meja sebelah tu siap oder sup tu lagi semangkuk siap pesan letak daging lebih. Hirup kuah sampai abes lak tu....uish!!! Tu yg tak leh tahan tu...sbb sup daging pun mmg fevret kitorang gak tu, hahaha..

Maka hari tu aku ngan abang pun oder 2 mangkuk sup daging dan 2 nasik putih. Itu dh cukup utk menikmati kesedapan sup daging tu. Tak perlu dh lauk tambahan yg lain.
Along lak oder nasik goreng ayam....pun sedap jgk weii.
**(jumlah semua RM20 berapa sen ntah...sori dah lupa)
Nasik goreng ayam...
Nasi putih dan sup daging...
Maka, aku sangat2 rekemen korang gi makan kat sini. Mmg terbaek masakan dia selagi tukang masak tak wat hal, kan...huhu.
Abang sedang membuat pembayaran..
Lain kali leh datang sini lagi...makan steamboat ke...lamb chop ke...steaks ke...kan..
** Makan-makan di Taiping **

Nota ALONA:-
~erppp...Alhamdulillah.

4 comments:

ibuayu said...

Kalau mai taiping nak terjah gak kedai ni

DeLLas said...

kecuq ayaq liuq baca sup daging.. ceh!

Anonymous said...

Thx sebab sampai sanggup buat blog.. inshaallah saya akan pastikan masakan di D'Labit Cafe ni berkekalan sedapnya.. hehe thx again

Cik CT said...

penah try ketam lembut kt d'labit tak?