Friday, August 1, 2014

Cerita 2 Syawal 1435H

02 Syawal 1435H
SELASA

Mak mentua dh bagitau nak ajak pi raya umah Wan Chu kat Taman Ria Jaya, Sungai Petani...tapi tak tau ler jadi ke tak. Kalo jadi pun tak tau kul berapa nak gerak dari Taiping. Jadi, aku buat plan B sekiranya plan mak tu tak menjadi.
Plan B aku tu...kitorang anak beranak ni nak gi raya umah pak Haji Lias dan kak Ruby sahabat kamceng kitorang masa pak haji tak pencen GSL lagi. Dh lama betul tak jumpa dorang. Bukan jauh sangat pun. Dorang dok kat Bukit Gantang tu aje. Pastu, leh ler pi Kulim...beraya kat umah mama sbb ayah pun ada kat sana.

Pagi 2 Syawal tu...mak kol...jadi rupa2nya pi Sg. Petani tapi kul 3 petang baru bergerak sbb umah mak ada tetamu nak datang katanya. Jadi, kitorang pun teruskan separuh dari plan B tu....iaitu gi umah pak haji Lias & kak ruby. Dorang baru dapat cucu baru...cucu ke-3. Kali ni anak Liya yg nombor 2. Maknanya dh sepasang dh ler anak Liya ni.
Dah lama betul aku tak pegang baby baru lahir ni. Geram jer....asek cium jer pipi baby yg wangi syurga ni, mmm..Sampaikan Liya kata...tahun dpn dia lak datang lawat aku berpantang, kahhhh. Dah tua dh..malas dh nak ada anak kecik ni walau sesekali rasa teringin tu, kahhhh...
Ni laa Liya...nak pak Haji dan kak Ruby no. 2. Dia tengah berpantang anak no. 2... :)
Bergambar ngan tuan umah yg mmg baik hati ni..dan spoting yg penting. Tu sebab aku ngan kak ruby leh ngam wlpn abang dan pak haji yg dulu penah jadi rakan sepejabat.
Dari anak2 aku kecik2 lagi...sampai dorang dh besar gini...Alhamdulillah, persahabatan kami tetap baik.
Dari Bukit Gantang...kitorang sempat balik umah dulu walaupun yg lelain dh standby kat umah kak nor nak gerak ke Sg. Petani, hehe.

Ni kali pertama nak ke umah wan chu. Jadi, paksu soh gi kat Cinta Sayang Golf Resort aje...nanti dia datang amek kitorang kat situ.
Alhamdulillah laa...takde la susah mana sbb ada gps, kan...hihi. Jalan pun ok...
Kat umah wan chu..
Kat luar umah...abah sedang bersembang ngan paksu, abang, amir dan anas jgk..
Kat dalam...mak tgh sembang ngan wan chu sambil yong anak sulung wan chu mendengar sama.
Dh tak tau nak buat apa....
Dari umah wan cu...kitorang selamat meredah dalam kegelapan malam melalui jalan suasana kampung (tapi malam tak nampak ler suasananya, huhu).....kitorang 4 kereta gi Kulim ikut jalan alternatif ke Pekan Karangan, Kulim. Tak sangka pulak aku plan B aku ni nampaknya dapat diteruskan. Aku ingat dpt buat separuh aje, huhu. Rupa2nya, mak pun berhajat nak gi raya ke umah mama. Aku ok jer, takde masalah.
Ada ketupat palas ngan rendang ayam dan serunding ayam..
Dh alang2 beraya...raya ler puas2 ye..
Sebelum balik...dpt duit raya dari ayah aku ni, huhu..
Seronok ayah bila kitorang serbu kat sini, hehe..
Dari situ...kitorang gi beraya umah kak imah pulak. Dah alang2 sampai situ kan. Dekat jer umah kak imah tu ngan umah mama ni. Ayah tak ikut dh ler sebab dh gi beraya umah kak imah dan abang sahak pada hari raya pertama tu.
Aku dh kol kak imah bgtau nak pi umah dia masa kitorang masih lagi kat umah mama td. Dia ada wat laksa hari tu. Alhamdulillah, dapat ler kitorang semua dari 4 buah kereta ni isi perut ngan laksa sedap yg kak imah buat tu walaupun jam dh dekat kul 10 malam. Balik umah leh tidoq lena....hahaha....

Dah sampai umah malam tu...sempat ler aku ngemas sket2 sebelum gerak balik ke Bentong pagi esoknya.
Bila masuk jer bilik tido...letak kepala terus terlena. Punya ler letih, hahaha...

Nota ALONA:-
~Hidup jangan pura2.....

1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Meriah hari raya Alona.. hendaknya bila beraya, jalan ramai-ramai..
:)