Saturday, August 2, 2014

Balik Bentong 3 Syawal 1435H

30.07.2014
RABU

Pagi tu konon2 aku ni nak bangun kul 5.30 pagi. Nak siap2kan barang2 dah kemas2 sket umah sebelum berangkat balik ke Bentong sesudah Subuh. Tapi kul 6 lebih baru tersedar wlpn alarm hp dh kejutkan jam 5 lebih tu, haha..Letih semalam ler tu, kan. Takpe la tu...masih ok laa sbb takde ler sampai terbabas kesiangan, kan..kan..
Maka tergesa2 ler kejutkan abang dan anak2.

Kul 8 jugak ler gerak dari umah. Jalan ok aje. Tambah2 pulak kitorang ikut hiway sampai Simpang Pulai aje sebab nak balik Bentong ikut Cameron, huhu....biasalah kan.
Ooo...balik kampung...
Berhenti kat hentian Bukit Gantang...sarapan pagi dulu.
Bila dh sampai kat Brinchang...berhenti lagi sbb nak pi tandas awam kat medan selera tu.

Nampak ada kedai makan bukak kat medan selera tu...tetiba rasa nak makan nasik lak. Kang tak tau dh kedai mana yg bukak utk makan tengahari. Ayah pun pagi tu jugak bergerak dari Kulim ngan mama dan sepasang kawan ayah yg menumpang balik ke Felda Ijok, Selama tu..

Dan...abang lak sempat gi beli suratkhabar Berita Harian sbb hari tu utk ruangan SKOR ada keluar artikel tentang along dan blognya.

Wartawan tu dh bagi tau tarikh bakal keluar artikel tu...camne ler along leh tak ingat. Sampai kawan2 dia yg dok bgtau kat grup wassap dorang...baru ler along tak sabar2 nak tengok sendiri sokabar tu, huhu.

Masa kat luar tandas awam tu ada sokabar Berita Harian hari tu milik penjaga tandas...terus jer dorang belek2. Abang lak...terus jer pi cari kedai runcit yg jual sokabar. Abang kata...kat kedai tu BH tinggal satu tu aje. Mujur ler ada, kan. Kalo idak jenoh ler nak teruskan pencarian kat pekan Tanah Rata lak, huhu.
Tengok ler adik beradik ni....sama2 tengok dan bincangkan, hahaha..
Walaupun along yg masuk BH....adik2 pun sama teruja dan bangga, hahaha..
Ni ler dia...citer along tu. Kiranya hari tu ramai laa kwn2 satu batch ngan along yg ucap tahniah kat along.
Abang bergambar ngan anak2nya di pekan Brinchang...kat sini ada mcm luar negara sket suasana bangunan kedainya, hehe. Moga anak2 aku ni berjaya mencapai impian masing utk berjaya di dunia dan akhirat, amin..
Kemudian, kitorang pun meneruskan perjalanan sambil singgah jap kat Ringlet sbb nak beli jagung, stoberi dan bunga segar utk dibawa balik ke Bentong.
Kat tempat2 lain tak leh singgah...parking tetap payah nak cari wlpn jalan tak berapa jem kat kawasan2 tu. Polis trafik pun tetap ada dok jaga tepi jalan tu, hahaha. Takpe lah...mmg kat Ringlet tu orang tak berapa ramai nak singgah melainkan orang mcm aku ni tak suka kena saman kat area kea farm tu, hihi..

Nota ALONA:-
~Apa yg seronoknya jadi orang yg 'bermuka-muka'???

1 comment:

ayu Ismail said...

Glamour along....tahniah