Wednesday, February 16, 2011

Sinar Cinta

Assalammualaikum..
Semalam 12 RabiulAwal adalah hari keputeraan nabi junjungan kita..Nabi Muhammad s.a.w.
Cuti smlm kitorang tak gi mana2..dok umah ku yg manis ni aje, hehe.
Cuma malam td ada ler gi tgk pameran buku kat Dewan MPT Kamunting..

Tp hari Isnin hari tu..abg cuti. Kitorang berdua gi jogging ke Bukit Larut lg.
Gi kali ni awal sket..sbb tak tunggu anak2 aku bersiap, hehe.
Akiss gi skolah pg. Angah pulak dok umah sorang2 pg tu sbb dia skolah petang, ngeh2.

Hari Ahad sebelum tu..hari lahir abg. Kitorang cuma ke Selinsing aje petang tu..hehe.
Mak bawak kitorang wat lawatan ke tempat kenangannya. Nanti, aku simpan gambar tu kat sini..ok, oraitt!!

Takde apa nak citer sgt walaupun byk mende nak aku luahkan kat sini, erm...camne tu, ye?

Sunday, February 13, 2011

Abang 42

13 Feb 2011
Ahad

Hmm..spjg aku ngan abg kenal sampai laa dh hampir 16thn kawen ni..tak penah lg sambut hari valentine tu, ye.
Tp tiap2 tahun sehari sebelum valentine's...kitorang mesti sambut hari ulangtahun kelahiran abg..hehe..

Pd 13/2/2011 ni..usia abg dh pun menjangkau 42 tahun..Alhamdulillah.

Terima kasih pd mak yang telah melahirkan serta bersama abah yg telah membesarkan anaknya yg kini merupakan suamiku yg sgt baik, bertanggungjawab yg telah menjaga aku dan anak2 dgn penuh kasih syg & keikhlasan...

Ucapan manja aku utk suamiku yg ku sayang ni...ermm....aku ucapkan terus menerus kat rumah je ler..hehe.
Kalo taruk sini..ada pulak nanti yg 'nyamfah aku', huhu..

Gambar ni fresh lagi ni. Gambar yg telah diambil pd pagi 12hb (selepas jogging kat Bkt Larut) dan aku siarkan kat blog ni pd13hb. Kira fresh lagi ler cenggitu, kan..hehe..

Psst; gambo mural ni diambil di zoo taiping..tp bkn kat belah dalam..kat luar tu aje. Kalo lalu naik kete kat lake garden area zoo tu..mesti nampak punya, hehe.
Sebenarnya..sebalik pintu tu adalah tempat bahan2 buangan terkumpul dari zoo, hehe..
Kat sini ler lori sampah MPT kutip sampah2 zoo tu, kuikui..

Tp disebabkan lawo..baru pulak tu..(sebelum ni mural gambo katak)...kitorang pun amek ler gambo kat sini, kan..
Sesuai ler ngan arnab dan kaler merah hitam lambang KE tu (sbb SPUXs yg melukis mural ni dulu penah skolah KE).

Friday, February 11, 2011

Utk kesihatan..

Gula Ekstrak Buah
Gula dari ekstrak buah ni mak mentua aku yg perkenalkan. Produk Zhulian.
Katanya...org yg ada penyakit kencing manis..boleh guna gula ni. Walaupun maniss....tp ia tak mcm gula dari tebu.
Satu kotak ni ada 100 peket...Setiap paket fungsi utamanya adalah utk menggantikan gula pasir dari tebu tu ler, ngeh2.
Gula ni jgk..kalo perut kita rasa sebu, cirit birit lepas makan kenduri ke..apa..leh taruk sepeket gula ni dlm air suam, kacau dan minum. InsyaAllah..dgn izin Allah..perut leh stabil. Fungsinya lebih kurang ENO ataupun pil chi kit teck aun.


CELLFOOD
Ni pulak produk yg telah diperkenalkan oleh ayah. Satu botol kecik ni aje pun dh RM229.
5-8 titik utk satu mug air...tp disebabkan mende ni mahaii, hehe..aku taruk 5 titik tu dlm 1.5l air, hehe. Boleh laa tu, kan..
Leh jugak dititik di mata seperti eye-mo tp kena beli bekas mcm eye-mo tu ler. Mende tu turut dijual kat stokis dorang ni. Tp...titisan cellfood ni mesti kena campur ngan air...sbb titisannya pekat.
Ia jgk boleh dibuat spray pd muka..utk bg wajah tu segar laa. Ni pun kena campur ngan air.

Kalo sakit gigi tiba2 waktu malam...spray je tang gigi yg sakit tu bersama bismillah berserta doa. InsyaAllah..leh kurang dan beransur2 hilang sakitnya dlm tak brp lama. Mak aku penah alami keadaan ni.

Cellfood Ingredients:
Pure Water 69.0%
Trace Element 18.9%
Trace Enzymes 6.3%
Rice Vinegar 5.8%
CELLFOOD is a proprietary formulation of colloidal mineral concentrate extracted from sea water, plant source of enzymes blended with Dr. Everette Storey's water splitting techonology.

CELLFOOD adalah suatu minuman kesihatan yg terulung di dunia yg dihasilkan oleh Everett Storey, seorang yg disifatkan genius oleh Albert Einstein kerana kebolehannya menggunakan Deuterium utk memisahkan molekul air H2O kpd atom oksigen bercas negatif O- atau nascent oxygen dan atom hidrogen bercas positif H+ atau nascent hydrogen.
Di dalam badan, atom oksigen bercas negatif O+ yg terhasil daripada metabolisme utk membentukkan molekul oksigen O- + O+ = O2 yg sangat diperlukan oleh sel-sel badan bg menghasilkan tenaga.
Tenaga yg mencukupi diperlukan utk menggerakkan segala transaksi dlm proses metabolisme yg menentukan kesempurnaan pengembangan pertumbuhan dan funsi badan.
Ahli2 sains bersependapat bahawa kekurangan tenaga adalah punca asas kepada kewujudan penyakit dan jangkitan.

Kandungan:-17 jenis asid amino dan 34 jenis enzim dari sumber tumbuhan, 78 jenis zat galian dan elektrooit diekstrak drp air laut dan fosil tumbuhan.

Fungsi2 Cellfood:-
1. Menghapuskan radikal bebas termasuk yg dihasilkan oleh radiasi.
2. Meningkatkan bekalan oksigen.
3. Mengimbangi pH badan.
4. Detoksifikasi dan mendorong metabolisme.
5. Memperkuatkan sel-sel badan.
6. Meningkatkan sistem imun.
7. Penyerapan nutrien sehingga 95% dan penghantaran nutrien kpd sel2 dlm 3 minit.
8. Menyempurnakan fungsi saraf.
9. Menceriakan kulit, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan kerosakan gigi.
10. Memperbaiki dan mengaktifkan sel.
11. Rawatan air..leh taruk dlm air minuman harian kita.
12. Baik utk tumbuhan dan haiwan peliharaan. utk jaga kesihatan dan bulu kucing, ngee..

Cara Pengambilan;
(tp aku titis sket2 je..nak jimattt..huhu)
1. Goncangkan dahulu sebelum guna.
2. Mulakan dgn 8 titis Cellfood ke dlm segelas air mineral ataupun jus segar dan kemudiannya dikacau dan dihirup dgn perlahan.
3. Tambahkan titisan mengikut keperluan.

Penyimpanan; Simpan pd suhu bilik, jauhkan drp cahaya matahari, peralatan elektrik dan telefon bimbit.

AMARAN; Cellfood berkepekatan tinggi, jauhkannya drp kanak2 dan drp terkena pd mata.
Utk pengguna yg mengalami masalah mata, cairkan sebelum digunakan
(mcm yg aku buat tu ler..titis 3 dan campur ngan air dlm bekas mcm eye-mo tu). Bg wanita yg mengandung dan menyusu, begitu jg dgn pesakit...dptkan nasihat drp pengamal kesihatan sblm mengambilnya.

Peringatan;
Produk ini tidak dimaksudkan utk tujuan rawatan, pencegahan ataupun pemulihan sebarang penyakit. Cellfood berperanan mengembalikan persekitaran yg sesuai utk kesempurnaan sel2 badan berfungsi.
(Tp ada jgk terbukti ia mampu merawat bg penyakit2 kecil, InsyaAllah)


Cooking spray
Ni kadang2 je guna..hehe. Abg ler yg selalu guna pun, ngee..
Aku tak brp reti nak guna..psl nya..bila aku spray kat kuali tu..mcm tgh guna spray nyamuk atau spray pewangi umah tu, kahhh..

Lagi satu makanan kesihatan ni..org Kelate yg bagi..huhu..
BUDU..boleh gitu?? kahh..
Tp label budu ni dh jadi komersil sket ler..dorang dh tukar jd pati ikan bilis.
Org Kelate yg bg budu ni kat aku kata....ia turut boleh dijadikan perencah sayur, perencah bihun goreng, nasik goreng dan lain2 laa ikut kreativiti, ngee..

Thursday, February 10, 2011

CNY - Tahun Arnab

Dah pun berlalu cuti umum CNY yg telah menyesakkan jalanraya dan hiway2 dgn kenderaan di semenanjung M'sia ni, hehe..
Utk tahun ni masyarakat cina sambut tahun Arnab..
Kalo sj2 nak seronok2..aku ni lahir dlm tahun arnab laa, ngee. Ye..1975 adalah antara tahun arnab dalam kalendar masyarakat Cina.

Aku sebenarnya rasa sebu tekak dan perut kalo tgk watak cenggini.
Masa kanak2 dulu...berhampiran ngan tempat tinggal aku ada satu tokong cina.
Selalu ler persembahan opera cina diadakan kat situ.
Aku penah gi tgk pelakon2 tu sdg bersiap dan memakai mekap tepung gomak dgn pipi kaler pink kat belakang pentas...ntah ler, terus je aku rasa mcm nak muntah kalo tgk keadaan tu, huhu.

Penah gak sj2 ikut kawan2 kejiranan (masa tu masih darjah 3-4) gi tgk show opera dorang awal malam (sbb dekat sgt ngan umah, cuma perlu lintas jalan aje)..tp mmg takleh nak berlama-lama kat situ.
Selain sbb tak paham...aku mcm nak muntah tgk pelakon2 tu yg memakai mekap tebal berserta bau dan asap colok yg turut dipasang ketika show diadakan..
Jd, aku terus tinggalkan kawan2 dan terus lari balik umah sorang2...hehe..

Gambar di atas tu sebenarnya..aku rasa sebu gak..tp disebabkan dia takde ler mekap tebal pun..mekapnya cuma utk syarat aje. Tu yg aku leh berdiri tepi dia masa dia tgh bagi limau kat anak2 aku, ngee.

Lagi satu..aku mmg 'seram' dgn tarian singa ni. Bkn ler seram takut..tp seram ngilu...kahh..
Imaginasi aku..singa ni mcm hiduppp je. Ngan mata dan telinga yg gerak2..adeii..Ditambah pulak ngan elemen muzik dong..dong..cheii..dong..dong..cheii....hehe.
Terutama ketika bunyi gendang tu diperlahankan (selalunya ketika singa tu berjalan dari satu tempat ke satu tempat yg lain..gendang tu dorang akan main perlahannnn aje)
Masa tu ler aku jd suspens sbb...seolah2 singa tu sdg mencari mangsa, kahh..
Tambah terkejut...tiba2 je dia ada dekat je ngan kita...ishhh!!! Ditambahkan lagi masa tu jgk laa gendang dimainkan dgn kuat. Mak aii!! terkejut dan seram ngilu.
Pdhal singa tu bkn nak takut2kan org...tp dia nak beramah mesra aje, kan..
Ish, mmg melampau betul ler aku ni!!

Tp itu duluuuu...masa jaranggg tgk tarian singa.
Tp sejak kebelakangan ni..sejak ada Tesco, Giant, Taiping Sentral yg selalu panggil team tarian singa wat persembahan masa CNY...aku dh tak cenggitu dahhh.
Tambah2 pulak..umur dh tua cenggini, kan...wat gelak dek org je kalo perangai cenggitu masih ada lagi, hahaha..

Aksi tarian singa kat kedai di Tesco Mall dlm gambar tu sdg nak menyambar mende yg telahh digantung kat depan kedai tu..
Salah sekor singa tu ler yg ditugaskan menyambar wish card, angpau yg dah tentu berisi RM dan sayur berdaun. Lepas tu..singa tu konon2 tgh makan ler sayur tu..kemudian dimuntahkan semula daun2 sayur yg dh lunyai tu konon2 dh makan ler, kahhh..
Angpau dia amekkk..ngee.

Tuesday, February 8, 2011

Al kisah...Jogging..

3hb Feb 2011
Pagi Khamis

Pagi tu kitorang gi jogging ke Bukit Larut..
Saja ler cuti2 ni gi mengeluarkan peloh2 berserta toksin2 dlm badan, hehe..

Tp abg, along dan angah ikut jalan short-cut ke pondok 2 tu.
Aku tak ikut situ..otot2 peha dan betis masih tak berapa ok disebabkan efek turun jogging bbrp hari yg lalu ikut situ. Kesan turun ikut situ mcm pertama kali kita buat exercise squat.
Semua tu disebabkan dh lama sgt aku tak jogging ikut situ...tetiba jer nak gi, hah!! rasakan ler, huhu.
Tp..abg, angah ngan akiss ok jer..aduii..nampak bebeno dh lama aku tak exercise bersungguh2. Selalu ala kadar aje, hehe..

Jumpa abg, angah dan along kat pondok 2. Dorang dh sampai lama dh kat situ..tunggu aku ngan akiss yg ikut jalan biasa aje.

Sempat ler bergambar OTW bersama2 nak turun tu.
Guna hp abg aje..

Lepas2 tu ler baru perasan angah ni ada tanda2 kena demam campak, huhu..
Tu yg terus je gi jumpa Ananda.

Malam
Ayah, mak dan adik aku mai Taiping petang tu. Malam baru sampai..sbb ikut jalan Cameron Highlands. Mesti ler jam giler jalan kat Brinchang tu time2 cuti umum ni, kan..


4hb Feb 2011
Pagi Jumaat

Disebabkan Fadel kata dia nak kurangkan berat badan...kitorang pun ajak kuar gi jogging kat Bukit Larut pg tu, hehe..

Abg ajak Fadel ikut short-cut ke Pondok 2..ikut jungle treking.
Aku, ayah dan mak cuma ikut jalan biasa..jalan jip..
Akiss sebelum tu berbelah bahagi nak ikut grup mana, ngee
Dia kata..kalo nak sampai cepat..kena ikut grup abah dia.
Tp..dia nak teman ibu, wan ngan atuk jugakk?? erm..
Last2..dia ikut aku je, hehe..

Ni ler keadaan dorang yg ikut short cut..

Along ngan angah mmg champion kalo ikut sini.

Disebabkan ini 1st time Fadel mendaki Bukit Larut...jd dh tentulah lensa kamera along dan kamera hp abg tertumpu kat dia, kahhh..

Ait..Fadel wat pe tu?? hehe..

Bila dh sampai ke pondok 2 ngan jayanya..abg kol aku tanya ada kat mana, hehe.
Lepas tu..abg bawak dorang turun ikut short cut pondok 1.

Kat sini laa dorang terjumpa pulak mamat2 Bangla ni nak naik ke Bukit Larut ikut jalan short-cut dari pondok 1 tu.
Bila mamat2 ni tgk abg dan yg lelain nak turun...dorang pun nk turun gak.
Ntah apa2 ler dorang ni, kuikui..

Ntah ler mamat2 ni. Tau ler cuti..tp ngan pakaian smart2 naik Bukit Larut dgn berjalan kaki dan berkasut kilatttt. Ni mesti ingat nak sampai atas tu dekatttt aje..
Tak tau agaknya...mau 3 jam sampai atas tu kalo cuma berjalan kaki.
Nasib baik takde yg bawak bekal 'sia' atau mangkuk tingkat sekali, hehe..

Tp hari tu pun...tiket naik jip dh sold out. Semalamnya pun kitorang tgk sama ler..pg2 lagi tiket jip dh sold out sampai petang. Dasyat..dasyat..hehe..

Ni aksi abg, angah, along dan Fadel masa turun ikut short cut pondok 1 setelah mamat2 bangla dilepaskan turun terlebih dulu, ngee.
Kalo idakkk...sesakkkk!! (cara citer..mcm ler aku pun ada kat situ masa tu, kahhh)

Aku, ayah, mak dan Akiss cuma sampai kat selekoh 8 aje hari ni, kahh..
Dok lepak kat situ sambil mendengar air terjun mengalir lesu.
Kekadang berborak2 ngan beberapa pengunjung yg turut mendaki dgn berjalan kaki.
Bkn dorang nak naik sampai atas pun..sj je laa dorang nak mendaki setakat yg larat.
Dorang citer..nak naik situ ngan jip..tp tiket dh abes.

Mula2 sampai kat kitorang adalah Fadel yg laju berlari. Mula2 terkejut gak tgk dua org lelaki memakai t-shirt kuning sdg berlari turun. Sorang macam Fadel..tp...eh?? iye ke Fadel?? hehe..
Rupa2nya..salah sorang mamat bangla tu nak challenge Fadel ler!! kahh..
Tp abg pun pakai t-shirt oren nak kekuning-kuningan jugak pg tu, hehe..

Kat sini laa selekoh 8 tu, huhu..

Mak nak menghabiskan filem dari kameranya.
Nombor dh 36 tp masih tak abes2..kuikui..

Balik dari situ..singgah minum dan pekena roti canai je kat kedai Husen.
Kemudian, balik umah acara memasak lak.
Hari tu hari Jumaat..jd, para lelaki kena gi solat..
Balik dari tu baru makan nasikkk..

Petang tu..ayahngah melayan anak2 buahnya bermain game monopoly kat laptop dia. Hmm..seronok abes ler budak2 tu, ngeh2.

Itu aje laa kisah jogging minggu lepas.