Monday, October 6, 2008

Citer Aidilfitri ku...(bergambar)

01 SYAWAL 1429H
Bergambar beramai-ramai di Taman Tasik Taiping.

02 SYAWAL 1429H

Aidilfitri ke 2..kitorang sempat pergi berhari raya kat umah Pak Haji Alias dan Kak Ruby di Bukit Gantang. Kat situ..jumpa mutan dan rojak buah, pulun!

03 SYAWAL 1429H
Kitorang pagi2 lagi dah balik Bentong. Kat sana ada busu, paksu dan anaknya si Faten Heryanti. Tapi lepas abes solat Jumaat..diorang dah balik KL sebab si Yanti tu skang part time tempat keje lama laa pulak masa cuti sem kolej dia!

Petang, Bentong ujan. Malam tu p Restoren Dapur Kita ingat nak makan malam kat situ tapi diorang masih tak berniaga lagi. Terpaksa laa p TMK Tandoori plak kat trafik light Sg.Marong tu. Budak2 oder roti tisu, abang ngan aku kongsi makan roti nan plus tandoori ayam.

Sedap tak...kalau teringin nak yang macam ni, p laa Restoran TMK Tandoori kat Bentong!


04 SYAWAL 1429H


Raya ke 4 kitorang konvoi 3 kereta p Melaka. Pakngah Amer ngan makngah Nor pun ikut. Diorang naik keta Paksu/Busu. Destinasi utama tentulah kat kampung kelahiran mak di Kg. Paya Rumput, Sg. Udang. Mula2 p ziarah kubur nenek dan atuk, Al-Fatihah.

Pastu mulalah mengatur umah sanak sedara mak kat area situ satu-persatu. Tu pun tak p kat Kem Terendak umah maklong Timah. Tak singgah kat umah mak sedara mak yang dipanggil Busu Soyah kat Masjid Tanah. Tak p lagi umah anak sedara mak, sorang bekas kastam sebab dia pun takde kat umah. Dan beberapa lagi lah...kalau semua p tu, rasanya kena tidur sana, huhu. Tapi sempat singgah makan nasik kat Pantai Klebang.

Keluar dari Ayer Keroh..hi-way dah jam teruk! Sabar kan hati. Ni semua paksu punya pasal! Barulah kitorang tau..selama ni paksu bawak busu selalu p balik kampung kat Melaka rupa2nya ikut jalan jauh! Nyesal tul bagi dia jalan dulu, huhu.

Dari Sg. Udang tu..nak keluar hi-way sepatutnya lebih dekat ikut Alor Gajah dari ikut hi-way kat Ayer Keroh tu! Dah laa tu, rugi petrol, rugi duit keluar tol lebih! Kitorang lagi terer jalan2 kat area Melaka tu, wakaka.

Balik dari Melaka..singgah lak beraya kat umah Paklong Zul seorang penceramah di INTAN, isterinya keje kat ibupejabat JPJ.

Kat KL dia dok quarters kerajaan tapi cuti2 camni dia sekeluarga balik umah diorang sendiri kat Taman Desaria, Nilai 3. Jadi ke Nilai laa kitorang ketika jam sudah menunjukkan 9 malam.

Dari Nilai 3, kitorang p lak umah Paklang Dahlan kat Bandar Teknologi Kajang. Paklang ni abang mak no.3. Aku pun dah lama betul tak jumpa dia. Paklang masih seorang cikgu tapi lupa lak aku nak tanya sekolah menengah mana dia dok ngajar skang. Maklang pulak..terus maju ngan tadika dan nurseri Al-Mukmin miliknya tu. Alhamdulillah, murah rezeki maklang.
Lega sampai umah walaupun jam dah kul 1.30 pagi. Nasib baik busu tak kisah kitorang tak singgah lak umah dia kat Petaling Bahagia. Kalau idak..kul berapa la pulak kitorang nak sampai Bentong!


05 SYAWAL 1429H

Hari raya ke 5..kitorang sekeluarga memakai baju sedondon oren dan pegi kat jalan Institut Memandu RAY, Tmn Desa Damai untuk bergambar sekeluarga. Seronok betul buat sessi tu.


Bersama ayahanda, bonda dan adinda ku yang tersayang.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, ayahanda dan bonda dari anakanda berdua.

Untuk bonda, Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51. Semoga Allah pjgkan usia, murah rezeki, sihat selalu, ceria dan bahagia selalu. AMIN


Gambar di bawah:- Mohd Fadhil dan Noor Hidayah

Kaklong dan abang ngah...



NorFazlina dan Mohd Fadzil


Bersama suami dan anak2 tersayang

Dah selesai bergambar kitorang p beraya kat Keruntung umah Cu Saadiah, adik bongsu ayah. Pastu ronda2 sampai ke Sertik..konon2 nak balik umah ikut hi-way Karak..rupa2nya, jam gilerr! Keta berlapis2. Lalu laa kat kawasan Kg. Cintamanis @ ejaan asal Chinta Manis. Pusing balik menghala ke Mempaga dan singgah kat umah mak ngah Yang kat Kg. Lebu. Makngah ni kakak ayah no. 2 laa.

Ni laa Bukit Cinta Manis!

Walaupun jalan Bentong-Raub dari simpang Kg.Lebu/Mempaga pun sudah sedia maklum jam sampai ke Bentong @ mungkin sampai keluar ke hi-way...tapi kesesakan kelihatan lebih terkawal laa dari hi-way Karak keluar dari Sertik tu.

Sebelum balik umah mak..sempat singgah umah pak itam kat Desa Damai juga. Pak itam ni adik lelaki ayah. Kenyang jugalah makan mi kari mak itam.

Banyak lagi koleksi gambar aku sekeluarga berhari raya bakal disimpan di gebang.fotopages.com. Kalau sudi nak tengok..rajin2 laa jenguk kat sana!

4 comments:

Anonymous said...

try first by error

Anonymous said...

yes that is my first comment, the second will be ....
sakan nampak sendondon oren.."selamat hari raya" ada lagi ke raya ni? raya posa enam buat laksa tak, kalau buat cuba combine pahang,melaka,perak,kedah. misti rasa tepeng punya..kah kah.
web "cintamanisz" tu bersabit ke gan kg. cinta manis? tapi z kat ujung apa lak???

ALoNa CintamaniszLite said...

Tq pak aji coz sudi jenguk sini. Memang nama ni dicedok dari nama sebuah kampung yg terletak kat daerah Bentong. Memang dah berkenan dengan perkataan cintamanis ni sejak kecik2 lagi. Bg saya, nama kampung ni sangat menarik..penuh ngan kasih sayang, hehe.
Tapi ditambah z supaya lebih kontemporari dan nampak kelainannya. Jadi takdelah orang2 kg cinta manis tu marah pulak saya amek perkataan tu dan guna kat sini..hehe

aNnBulat said...

ekele..
nme den ado tue..
ta bleyh blah..
ahaha..
at least,market gk..
uhuuhu..
de blog ta ckp..
adoyai..
ahahaha...