Raya hari tu..tak puas makan ketupat palas. Jadi, hari tu kitorang beli laa seikat ketupat palas ada 5 biji RM2. Kat umah pun ada serunding yang aku beli dari kawan Yui..orang Kelantan. Jadi makan ngan serunding aje laa.
Abg makan sikit aje. Yg lain tu, aku yg kena perabeskan. Betul laa abang ni. Masa kat pasar tu..macam dia yg teringin sangat.
Ntah laa, hari ni takde mood sangat aku nak citer pjg. Sebabnya, citer pjg aku tu..aku luahkan kat tempat lain. Jadi kat sini, hari ini..cuma ada citer pendek aje laa.
Di bawah ni pulak gambar suasana di pasar pagi berlokasi kat Plaza Perbandaran Taiping. Aku selalu beli sayur kat sini laa kalau keluar Taiping. Kat sini sayurnya murah laa sket berbanding ngan pasar Kamunting tu. Tetapi tak semua sayur yang dijual kat Pasar Kamunting turut dijual kat sini. Sayur tu termasuklah tauge kasar, hehe.
2 comments:
sesekali datang ziarah gak kat sini, expo ni lah, kalau tak mai ziarah , orang segan gak nak datang ziarah kita kan? tauge besar buat masak tompoyak sama ikan keli ,bubuh cabai melaka , best juga , buat pi lah bagi abg. tu makan.
elok laa..kunjung mengunjung ni amalan mulia. Saya pun dah lama tak berkesempatan nak p Badung Camp..dgrnya ada entry baru ye? Takde masa. Masuk cintamanisz ni pun curi2 masa ni. InsyaAllah, nanti saya p BadungCamp, leh kasi komen apa yg patut, hehe.
Tauger kasar masak tempoyak? Kak Ruby banyak ke buat tempoyak musim duyan ari tu?
Post a Comment