Sejak dua tiga hari ni..aku rasa seronok dengan suasana waktu pagi. Kabus kembali menyelubungi bumi Kg. Expo. Terasa bagai diri ini tinggal di tanah tinggi seperti Cameron Highlands ataupun Fraser's Hill. Terasa rembesan kabus manja menyentuh pipi, wahhh!
Sesekali apabila fajar pagi memancar..rembesan kabus nampak tenang saja. Kalau cuaca gelap dan berkabus..nampak macam suasana dalam games Silent Hill laa pulak, hehe.
Alhamdulillah..cuaca skang ni nyaman dek hujan yang kerap membasahi bumi. Perubahan monsun agaknya.
Durian pun aku tengok dah mula terjual di pasar Kamunting mahupun di tepi2 jalan kat stesen minyak Petronas Kamunting tu. Hairan gak aku, durian mana lak kali ni. Siam ke? Bila aku tanya soalan tu kat pakcik lebai jual buah kat pasar tu..dia cakap durian tu durian Trong. Ohhh..tapi aku tak beli pun, hehe.
Hari ni dah 10 Syawal 1429H. Alhamdulillah, aku telah kembali mengharungi rutin harian seperti biasa. Anak2 ke sekolah, abang kerja mencari rezeki, setem baru pun dah keluar semalam, huhu..
Hari2 biasa camni tak berapa nak rasa suasana raya sebab semua orang sibuk dengan tugasan seharian..tak de masa nak menziarahi sedara-mara, rakan taulan. Kalau ada masa pun..takut laa pulak tuan umah pun letih, rasa macam mengganggu laa plak.
Tapi esok ujung minggu, InsyaAllah, ramai yang ke pasar cari bahan2 nak buat hidangan berat untuk para tetamu. Mungkin juga ada yang buat open house.
Petang Rabu hari tu adalah open house ADUN Kamunting. Ramai gak orang datang walaupun cuaca tak berapa bagus, biasalah makan free. Masa yang sama..PKR Kamunting pun wat open house gak kat depan pejabat diorang. Aku citer aje, aku tak p pun sebab aku memang tak berapa suka nak p open house cam gini. Kalau GSL buat, kengkawan ke..seronok laa nak p. Keadaannya lebih terkawal, huhu.
Gambar raya dah siap. Mak aku yang soh aku print kat kedai. Yelah, kalau dah siap print tu syok sket nak tengok dari tengok kat pc. Ni jap g aku nak p pejabat pos laa beli sampul pos express RM4 tu untuk pos gambar raya episod:Bentong.
Komik G3 bumper Raya hari tu cover dia teruk koyak. Padahal aku tak habes baca lagi. Abang langsung tak sentuh pun lagi komik G3 tu! Semua majalah bumper raya kali ni aku yang p beli sebab aku yang ternampak dulu kat kedai. Edisi bumper raya isinya lebih best!
Sebelum ni pun tak de dalam sejarah kitorang cover2 majalah komik koyak teruk walaupun dah habis menelaah waima baca kat bilik air pun. Paling tak pun cover tercabut aje. Kalo anak2 aku yg punya keje tu..teruk abahnya bising. Mau juga naik ketam kat tangan..hehe. Nampak macam steady aje..tapi dapat sekali marah, hah, tau lahh!
Seorang sahabat mak ngan ayah telah pun mendirikan rumahtangga yang baru setelah pemergian isterinya ke rahmatullah. Sebenarnya aku takde nak komen apalah. Sekadar nak bercerita. Itu yang terlintas sekarang ni. Lagipun memang itu perkara normal. Tambah pulak..aku bukan lelaki, aku tak tau naluri dan kehendak mereka apabila sudah tiada isteri di sisi.
Nak komen pasal isteri barunya pulak..pun aku takleh nak komen pasal aku tak melalui frasa kehidupan makcik tersebut. Aku tak tau alasan2nya untuk mendirikan rumahtangga kali ini.
Tapi yang betulnya..semua ni takdir dari Allah. Allah yang menganugerahkan mereka jodoh bersama. Semoga berbahagia.
Aku juga punya sepupu yang kematian suami di usia yang muda. Dia seorang yang tabah..memelihara anak2 dengan baik sekali. Mujur ayahnya mempunyai tanah kediaman yang luas. Di situ dia mendirikan sebuah rumah. Rezeki dia juga kerana suaminya sebelum meninggal dunia adalah seorang tentera. Jadi..secara otomatik dia mendapat imbuhan pencen setiap bulan untuk menyara hidup. Dia semakin cekal apabila berani membuka sebuah gerai makan. Alhamdulillah, perniagaannya itu semakin maju.
Walaupun dia cantik dan comel tetapi apabila ada yg mengajukan tentang pengganti teman hidup yang baru..jawapannya, dia masih setia dengan cinta suaminya yg telah pergi itu.
Jumaat ni sekejap sangat rasa paginya. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment