Ni gambar langsat dan rambutan gading. Langsat tu aku beli kat pasar pagi, Plaza Perbandaran Taiping sekilo RM3 tapi kalau beli 2 kilo dapat RM5. Jadi aku pun beli laa 2 kilo pasal aku ni memang antu buah, huhu. Anak2 aku pun ikut sekali. Tapi yg leceh sket makan langsat ni kan..memang laa sedap tapi tangan akan bergetah laa pulak lepas2 tu.
Yang rambutan gading tu lak..hasil dari pokok kat tepi umah kitorang ni. Dah kena tebang dah 2 hari lepas pasal dahan2 nya dah banyak masuk kawasan umah orang sebelah. Teruk gak kak ina tu nak nyapu daun2 kering yg kebanyakannya jatuh kat dlm kawasan pagar rumah dia tu. Memang sayang nak tebang pokok mutan tu pasal isi dia memang sedap sungguh! Togel dah skang pokok mutan tu, hehe. Tapi tak mengapalah, ada rezeki mungkin akan tumbuh lak dahan baru lepas2 ni. Dalam 2-3 tahun akan datang nanti leh laa dia berbuah balik, InsyaAllah.
Petang semalam aku menghadiri mesyuarat ajk PIBG SK KE 2. Seperti sebelum ni, mesyuarat tersebut berlangsung kelas pra-sekolah. Memang best dok situ. Duduk kat kerusi comel, meja pun comel. Kalau nak ke bilik air pun dalam bangunan tu gak. Nak basuh tangan pun senang sebab bangunan pra-sekolah tu kan siap ada dapur.
Tapi sedih sket laa..kehadiran ajk untuk meeting kali ni memang tak memberangsangkan langsung. AJK biasa dari kalangan ibu bapa hanya aku ngan kak Rosmidah aje. Cikgu pun cuma ada cikgu Sabrina Said, Siti Nora, cikgu Khairi dan Imran Supin. Penasihat PIBG sekolah iaitu Guru Besar dah tentu kena adalah. YDP, yang baru dinaikkan pangkat dari Kapten ke Mejar baru2 ni pun hadir tepat on the dot! Maklumlah tentera. Mejar Razak merangkap NYDP PIBG iaitu suami kak Rosmidah pun turut hadir. Alhamdulillah, teraju utama ada tu kira cukup bagus laa tu. Cuma setiausaha PIBG, cikgu Rozieta pulak tak dapat hadir pasal dia ada meeting antara cikgu2 pra-sekolah pulak hari ni. Tugasnya tu dipikul sementara oleh cikgu Imran Supin seorang guru yg berasal dari Ranau, Sabah.
Mesyuarat kali ni isinya lebih best sket laa. Banyak juga perkara dibentangkan dan dibangkitkan. Selaku wakil para ibu bapa yg lain..YDP dan NYDP telah melakukan satu tugas yang sangat baik. Aku ngan kak Rosmidah turut tak ketinggalan..bersuara jika ada yang ingin diperkatakan.
Guru Besar turut mengedarkan draf yuran sekolah untuk tahun 2009 untuk diperbentangkan dan dipersetujui oleh wakil ibu bapa jika tiada apa2 perkara berbangkit.
Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebab aku menjadi antara orang terawal yg mengetahui kegiatan yg telah atau pun bakal pihak sekolah jalankan. AJK ibubapa juga berperanan untuk menentukan keputusan bagi pihak ibu bapa pelajar yg lain terhadap sesuatu perkara yang telah dibentangkan oleh pihak sekolah.
Mesyuarat kali ni juga seperti yang pertama dan kedua juga..santai. Beberapa jenis kuih, bihun goreng dan air minuman (teh dan teh o) tersedia di meja. Sambil bersidang boleh makan, boleh minum..Walaupun begitu, semuanya masih menghormati mesyuarat dengan mengambil perhatian sepenuhnya apa yg dipersidangkan.
Sempat gak laa aku mengucapkan terima kasih kat YDP, Mejar Zaid. Disebabkan dia dari unit angkut..Along ngan angah merasa laa pengalaman naik trak askar atau feri sekolah tu. Tapi rupa2nya, anak dia pun melompat seronok naik trak tu. Maklumlah, umah dia dekat sebelah kawasan sekolah aje. Tak nah merasa naik trak pun pasal nak p sekolah cuma berjalan kaki aje. Kak Rosmidah citer..anak dia pun samalah. Nama aje anak tentera tapi tak nah naik trak pasal umah dia pun berjiran aje ngan Mejar Zaid tu, hehe.
No comments:
Post a Comment