Tuesday, October 14, 2008

Menghadiri open house warga SK KE 2

Beratur amek air lepas dah makan2 beraneka kuih-muih raya yg disediakan.


Pemberian sate dan nasik impit oleh guru2 sudah bermula..serbu!


Beratur panjang nak amek sate ngan nasik impit..


sume kerumun nak tengok sape yg menang hadiah pakaian paling menawan yg disampaikan oleh guru besar!

Agenda aku hari ni ialah menerima jemputan majlis rumah terbuka sekolah along dan angah kat SK King Edward 2 tu.

Majlis tu diadakan untuk warga sekolah tu aje..para pelajar, guru2 dan pekerja2 mereka. Tapi aku juga diundang disebabkan aku ni salah seorang ajk PIBG sekolah tu untuk tahun ni. Aku ada masa, ada kelapangan..aku pun pergi laa. Ada peluang tu..pergi. Tahun depan mungkin aku dah tak dilantik jadi ajk dah kan. Sekurang2nya aku ada pengalaman macam ni. Seronok jugak nak tengok gelagat budak2 lelaki ni..dah tentu ada yang segak bergaya dengan baju melayu diorang.

Hari ni semua pelajar Melayu memakai baju melayu. Manakala pelajar berbangsa dan beragama lain..mereka digalakkan memakai baju tradisional masing2.

Agenda bermula pukul 11pagi tapi aku sampai 11.10. Masa aku sampai tu diorang semua tengah menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Aziz. Kemudian Guru Besar mereka menyampaikan sedikit ucapan keceriaan majlis. Diserikan lagi dengan nyanyian lagu raya dari pelajar2 tahun 6 termasuklah Along, hehe di bawah pimpinan cikgu Sabrina Zainuddin, HEM dan juga guru BI diorang.

AJK PIBG dari kalangan ibubapa hanya dihadiri oleh aku ngan kak Rosmidah, isteri kepada NYDP PIBG iaitu Mejar Razak. YDP, Kapten Zaid pun turut hadir dengan berpakaian seragam tenteranya walaupun seketika.

Segan gak dok sekelompok ngan cikgu2 ni. Aku ni sape laa sangat kan, aku sedar diri aku ni..tak payah orang nak tanya-tanyakan. Tapi nasib aku jugalah pasal cikgu2 kat sini tak ada yang jenis memandang rendah kat surirumah sepenuh masa cam aku ni. Duduk dalam kelompok diorang..ada je perkara yg dibualkan. Takdelah aku rasa janggal sangat. Lagi pulak..tenaga pengajar kat situ memang tak ramai sebab anak murid diorang pun tak ramai. Jadi..kebanyakan guru2 kat situ semua pernah mengajar along ngan angah. Lagi pun..kebanyakan cikgu dah tau aku ni mak Farisz dan Faizulhilmi. Aku ni kan selalu hadirkan diri dalam aktiviti sekolah yg melibatkan ibubapa ni, hehe. Ada juga beberapa orang guru kat situ tinggal di Kg. Expo ni jugak. Keluar laa gak citer 'orang pecah rumah' ni.

Budak2 kelihatan seronok sangat. Dapat makan macam2 makanan. Ada kuih muih yang diorang dibawa dari rumah, sekolah juga menyediakan sate dan nasik impit. Ada yang membawa kamera..klik sana..klik sini..klik gambar ngan cikgu tu, cikgu ni..hehe.

Mana pelajar yg berbangsa India tu..ramai juga yg berpakaian ala-ala hero bollywood. Siap ngan selempang kat leher..hehe. Ada di antara diorang menerima hadiah pakaian paling menawan lagi, haha.

Acara tu habes kul 12 lebih gak laa. Mana2 biskut2 raya yg tak abeh tu, cikgu2 bawak p pejabat diorang. Esok2 leh makan lagi. Ada air teh ngan teh o penuh jag lagi tapi bila disua..aku pun tak larat dah nak minum. Pun..cikgu bawak naik ofis diorang gak. Hari ni along ngan angah balik ngan aku sekali laa lepas akiss pun dah abes kelas untuk hari ni.

No comments: