Monday, October 20, 2008

Berita Hari Ini..

Keratan akhbar Berita Minggu 19hb Oktober 2008



Ayah dan akiss di Kampung Paya Rumput, Sg. Udang pd 4 Syawal 1429H

Kampung Paya Rumput, Sg. Udang, Melaka telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang 2008 peringkat kebangsaan pada 18hb Okt, Sabtu hari tu.
Itulah kampung mak. Tempat mak dilahirkan, dibesarkan.


Sabtu 8mlm bertempat di perkarangan Restoran Masa Catering, Kamunting..restoran feveret kitorang anak beranak..telah berlangsung Jamuan Hari Raya khusus untuk para pelanggan mereka. Kitorang anak-beranak berpuas hati dengan menu yg disediakan. Antara menu2 tersebut ialah nasi beriyani, laksa johor, ABC, sate, nasi impit, kepak ayam panggang, kueteow dan mee goreng. Punyalah ramai orang. Maklum, makan free.



Kitorang takde laa pulun makan pun. Semua tu kitorang amek sket rasa-rasa aje. Tapi bila dah rasa tu sket rasa ni sket..kenyang jugak laa. Takde laa macam segelintir pengunjung tu..sume nya amek..banyak pulak tu, lepas tu tak abes. Nafsu mata..tamak! Yang tentu abes..sate!

Ni laa tauke Masa..Mahathir dan Sabariah, (alamak! silau laa flash kamera ni, hehe)

Walaupun banyak menu disediakan tetapi semuanya sedap2 belaka. Tapi ada jugak kedengaran keesokan harinya..ada yg sakit perut makan ABC. Nasib laa. Kitorang anak-beranak Alhamdulillah laa, ok aje. Jamuan diorang tu turut dihiburkan oleh sebuah live band, dahsyat woo! Macam kenduri kawen pun ada, wakaka.
Terima kasih laa kat tauke Restoran Masa, En. Mahathir dan isterinya Pn. Sabariah. Diorang ni memang sentiasa tersenyum, tak pernah nampak masam muka. Memang, sejak kitorang jadi pelanggan tetap kat situ..kitorang berpuas hati ngan masakan yg tersedia kat situ. Sape2 yg tersinggah kat Taiping ni..leh laa p restoran tu, operasi 24jam. Harga memang berpatutan, tak mencekik darah orang..huhu!

Kat Taiping ni pun..restoran orang Melayu kita memang teruk juga bersaing sengit ngan restoran mamak. Tambah pulak, Restoran Nasi Kandar Pelita dah beroperasi kat Tpg Sentral tu..Tiap kali lalu situ..mesti meja2 diorang penuh punya. Berbilang bangsa makan kat sana. Dahsyat kan diorang!

Ni pulak..gambar lemang segera jenama Nona yg sudah direbus oleh abang. Dimakan dengan rendang daging yg dimasak oleh Alona, huhu. Bukan apa, nak rasa suasana raya lagi laa ni..

2 comments:

akarkita said...

lemang dan rendang tu mmg sedap..sebab dibuat dgn penuh dedikasi dan kasih sayang..huhuhu..

CINTAMANISZ Lite said...

kalau camtu..leh laa selalu ke dapur nolong2 ye! hehe