Thursday, November 4, 2010

1)Dapat perhatian tentera?? 2) Besday Ayah 56's..

Wo..semalam sengaja ler cik abg aku ni gediks jarinya menggugel Cintamaniszlite, nak tgk apa yg keluar. Mmg ler yg pasti akan keluar entry2 yg ada dlm blog aku ni. Termasuk komen2 yg penah aku buat kat blog kengkawan.
Dan teruja pulak bila kelihatan...satu forum bergambar tentera juga ada menyebut pasal Cintamaniszlite.
Abg pun panggil ler aku yg masa tu ada kat dapur utk tgk sekali.
Mak aii...terkejut ler jgk. Apsal lak tiba2 aku terlibat ni??

Maka, terus ler klik forum tersebut. Rupa2nya dorang copy gambar2 yg aku tempek kat satu entry kat blog aku. N3 pasal kitorang gi pameran navy kat Lumut awal tahun lepas, hehe..

Byk jugak gambar yg diambil...tetapi tak mengapa..dorang dgn sopan ada letak kredit utk cintamaniszlite, hehe.
Kat situ..siap ada penerangan tepat mengenai gambar2 tu, hehe.
Ye laa..aku mana ler tau psl dunia navy ni kan, ngee..
Seronok jugak ler sbb gambar aku terpilih utk diletakkan kat forum dorang tu, hehe.

Cuma, masa tu..aku tak pandai lagi edit guna CS3 ni.
Jadi, edit pun biasa2 je. Guna shadow/highlight kat ACDsee aje, ngee.



Ulangtahun kelahiran ayah ke 56

Alhamdulillah, 4 November adalah hari ulangtahun kelahiran ayahandaku yg tersayang.
Aku, ayah dan abah (pak mentua ku..) berkongsi bintang yg sama..Scorpio, hehe..

Semoga ayah dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, ceria dan berbahagia selalu. Kami sekeluarga (termasuk cucu2nya ni) sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan emak. Amin.
Terima kasih atas kasih syg yg diberikan kepada kami semua.

Wednesday, November 3, 2010

Cuti tak sama..

Angah dan murid2 SMK King Edward VII, juga pelajar2 di SK dan SM Klian Pauh dah mula bercuti hari ni sempena sambutan Deepavali.
Sementara, byk lagi sekolah yg masih bersekolah hari ni termasuk TMGS Primary sekolah akiss.
Ada juga yg akan mula bercuti pada hari esok sempena sambutan perayaan yg sama seperti SK Convent Kota.
Tetapi TMGS Primary tetap dibuka utk hari persekolahan...sbb dorang takde sekolah ganti utk Deepavali dan cuti peristiwa yg diberikan sudah abes digunakan.
Cuti pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu aje ler, hehe.
Akiss citer..cikgu siap umumkan kat perhimpunan pasal ni. Sbb, malam semalam ramai yg kol cikgu tanya hari ni sekolah ke tak..ngee..
Ye laa..dh cikgu tak umumkan cuti, surat pun tak bagi...bermakna kena sekolah ler. Jgn ler perasan bila sekolah lain cuti...maka sekolah dorang pun akan cuti, hehe.
Tambah2 pulak...sekolah dorang mana ada buat sekolah ganti sempena Deepavali, ekekekek..

Tengok ler tu..Angah sangat gembira sbb dh cuti hari ni sampai hujung minggu.
Sir Jiva pun beriya tanya aku semalam sama ada Faizulhilmi ada ckp ke idak pasal depa (Angah, Akiss) kena mai 'raya' ke umah dia, huhu..
Sebenarnya, aku pun dgr Jiva dok umum pasal ni sebelum kelas taekwando tamat Jumaat hari tu. Siap bg alamat umah dia lagi, ekekekek...

Tp mcm mana pulak ngan sekolah along??
Menurut along..Sabtu ni dorang ada sekolah ganti dan sedang menjalani peperiksaan.
Sabtu tu ada kertas Pendidikan Seni.
Kalo tak silap aku, ada juga beberapa orang pelajar berketurunan India kat sekolah dia tu. Erm..mgkn yg berkenaan akan bg kelonggaran kot kat pelajar2 Indian ni.
Takkan laa pulak dorang tak balik sambut Deepavali ngan family.
Kalo balik, takkan ler satu hari (hari Jumaat) tu aje?? erm..

Skang ni musim ujan. Tiap2 hari mesti ujan. Kalo tak ujan di waktu pagi...ujan akan turun di waktu petang. Kekadang berlarutan sampai malam.
Alhamdulillah, basah bumi Tuhan. Segar pohon2, segar juga udara dari asap2 kilang yg semakin memonopoli ruang udara bumi.
Namun, ada juga kawasan yg mengalami banjir seperti di Perlis dan Kedah.

Bulan November ni adalah bulan bajet bg kitorang. Maklum laa..apa yg PM bentangkan kat BAJET 2011 hari tu..tak berapa serasi ngan bajet kitorang, hahaha.

Tadi, aku gi jenjalan kat blog alimaz ni. Belek punya belek beberapa N3 kat situ..ternampak ler award di atas ni ditujukan salah satunya utk CintamaniszLITE.
Aku apa lagi, amek ler. Kawan dh bagi, kan...ngee
Terima kasih kat alimaz..walaupun asalnya award ni adalah milik blogger yg lain tetapi bila dipanjang2kan..dpt ler kat aku..hehe..
TQ..

Jumpa punn!!

Hehe...bkn jumpa apa pun....jumpa lokasi utk photog outdoor je.
Sebenarnya, kitorang dh selalu tgk gambo orang lain (pengantin) berlatarkan kawasan ni...tp kitorang tak tau lokasinya kat ner. Tanya pun..dorang bkn nak bgtau.
Mungkin risau kitorang overshadow lak nanti, ngee..

Jadi, main agak2 je ler.
Ok gak kat sini. Takde orang sangat.
Puncak sebuah taman perumahan di Kamunting ni gak, ngee.
Mmg rasa sgt seronok jumpa lokasi ni atas usaha sendiri, hehe.

Kat area sini byk gak lalang2 mcm kat Broga Hill tu.

Angah ngan Akiss seronok explore kawasan tu.

Bekas kuari batu kapur ke??......
Kat atas ni beranginnnn aje.
Terdengar bunyi geseran daun2 ditiup angin seperti bunyi air sungai mengalir.

Lokasinya berdekatan ngan umah2 mahal ni ler.
Utk orang yg duit berkepuk2 aje.

Akiss yg jd model hari ni. Abg guna hp kamera aje. Sbb, keluar tu takde niat pun nak gi cari lokasi ni. Tp tiba2 je dlm keta tu..kitorang sebok cerita kat ner nak bawak pengantin outing nanti. Takkan asek kat padang lalang di Giant, kat Lake Garden...(walaupun bkn pengantin yg sama pun, hehe)
Tu yg kitorang terus je gi cuba mencari lokasi rahsia beberapa fotografer2 otai ni, erm...

Huhu...nampak mcm kurus je aku dlm gambo ni.
Bkn hasil editing..tp hasil posisi aku berdiri tu.
Peha pun nampak kecik pasal tangan tolong cover, hehe..
Kandid ni, tau!!...erm, lepas ni leh ler wat selalu cenggini kalo nak nampak kurus, kan?? kahhhh...

Berlatarbelakangkan umah mahal milik orang Cha ye nun alip ni.
Erm...bila ler nak merasa dpt umah cenggini?
Berapa laa agaknya RM sebulan nak bayar ansuran kat bank jika memiliki umah cenggini??
Pastikah berbahagia jika duduk kat umah cenggini??
Tp, bagi yg mampu...itu semua tak menjadi hal, hehe...


Kredit utk cik abg ku kerana mengedit gambo2 ni.

Tuesday, November 2, 2010

Cendol Pulut, Stesen Bas Taiping

Nak ikutkan dulu2...aku kurang sangat dgn cendol ni. Makan tu makan laa. Tp tak brp gemar. Tambah2 mamak yg buat, hehe.
Tp sejak kawen...camne lak aku leh suka makan cendol ni, hmm.
Cendol mamak pun aku tak kisah dh..hehe.
Manakan tidak...suamiku ini ler yg mempengaruhi, hehe.
Tambah2 pulak cendol pulut. Kalo ada tapai, uii..lagi sedap.

Petang Sabtu hari tu...ntah macam mana kitorang leh tersesat lak ke stesen bas Taiping tu, erm. Tiba2 ternampak laa pulak gerai cendol dan gerai laksa kat situ.
Apalagi, pusing balik...singgah ler nak pekena cendol pulut!!

Uii..enaknya...sedapnya cendol pulut ni. Pulut lak...pulut panggang. Bestnyer...
Harga pun murah. RM1.50 je semangkuk cendol pulut tu.
Dah abes cendol..baru ler datang rasa nyesal makan. Argh!! kolestrol..kolestrollll...

Ni ler gerai cendol tu.
Lokasinya..dekat je ngan stesen bas Taiping.
Berdepan ngan kedai kain Fiona.

Ni lak gerai pakcik jual laksa..sebelah je ngan gerai cendol tu.
Laksa pun sedap.
Maklum laa..laksa orang tua, hehe..(rasa yg akiss punya aje, hehe..)..
...sebab aku ngan abg tak oder pun laksa, kenyang lagi, ngee.
Angah ngan akiss je yg makan sbb dorang ni pantang jumpa laksa, huh!!

Tp harga laksa mahal sket dari cendol pulut.
RM2.20 sepinggan. Tp puas makan, takpe. Laksa pun byk, hehe.

Oh ye..kawan2..
Gambar2 kat jejambat (flyover) tu bkn aku yg meng-edit, ye.
Semuanya cik abg aku punya keje tu. Aku mana ler reti. Yg basic2 tu boleh laa..ngee.

Monday, November 1, 2010

TIGA LIMA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya..usia aku sudah pun menjangkau 35 tahun pd hari ini..01/11...

Walaupun aku tidak pernah menjejakkan kaki sebagai mahasiswi, aku tidak pernah berkerjaya dengan gaji yg tinggi (cuma berpengalaman keje sbg kerani 5 tahun aje)...tetapi aku tetap bersyukur kerana dianugerahkan kehidupan yg sangat sederhana tetapi mampu juga berbahagia.

Terima kasih pd ayah dan mak yg tersayang kerana melahirkan, membesarkan dan memberi kasih sayang yg melimpah ruah.

Terima kasih juga kerana telah menghubungi aku awal pagi tadi dan tak putus2 mendoakan kesejahteraan kami semua.

Tak lupa pd Fadel, busu Timah dan Arma kerana menghantar sms ucapan diiringi doa utk aku.
Along pun ada kol ucap selamat kat ibu nya ni tadi, hehe.

Juga tak terhingga terharunya aku bila dinding Fesbuk aku dipenuhi dgn ucapan rakan2...yg tak pernah terjadi sebelum ni. Terima kasih pd semua. Semoga doa yg mengiringi ucapan tersebut dimakbulkan Allah. Aku pun mendoakan kesejahteraan kalian juga.

Gambar2 di atas ada dlm simpanan pendrive aku. Maka hari ni aku tiba2 terrrrr-rajin lak nak kolajkan..(masa baby2..cekci cket..pe salahnya, kann..ekekek)
Aku pilih dan tempek beberapa keping gambar kenangan tu kat sini.
Bermula ketika ayah dan mak berkahwin, kemudian aku dilahirkan sebagai anak sulung mereka.
5 tahun kemudian (1980), aku pun dpt ler one & only adik, Fadel.
Alhamdulillah, dunia aku penuh dgn kasih sayang..

Aku jugak turut berkongsi sambutan besday ngan Aishwarya Rai dan Azman Adnan, hehe..
Tapi tahun berlainan. Aishwarya Rai tua dari aku..lahir 1973.
Azman Adnan pun tua dari aku..lahir 1971