Wednesday, November 3, 2010

Cuti tak sama..

Angah dan murid2 SMK King Edward VII, juga pelajar2 di SK dan SM Klian Pauh dah mula bercuti hari ni sempena sambutan Deepavali.
Sementara, byk lagi sekolah yg masih bersekolah hari ni termasuk TMGS Primary sekolah akiss.
Ada juga yg akan mula bercuti pada hari esok sempena sambutan perayaan yg sama seperti SK Convent Kota.
Tetapi TMGS Primary tetap dibuka utk hari persekolahan...sbb dorang takde sekolah ganti utk Deepavali dan cuti peristiwa yg diberikan sudah abes digunakan.
Cuti pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tu aje ler, hehe.
Akiss citer..cikgu siap umumkan kat perhimpunan pasal ni. Sbb, malam semalam ramai yg kol cikgu tanya hari ni sekolah ke tak..ngee..
Ye laa..dh cikgu tak umumkan cuti, surat pun tak bagi...bermakna kena sekolah ler. Jgn ler perasan bila sekolah lain cuti...maka sekolah dorang pun akan cuti, hehe.
Tambah2 pulak...sekolah dorang mana ada buat sekolah ganti sempena Deepavali, ekekekek..

Tengok ler tu..Angah sangat gembira sbb dh cuti hari ni sampai hujung minggu.
Sir Jiva pun beriya tanya aku semalam sama ada Faizulhilmi ada ckp ke idak pasal depa (Angah, Akiss) kena mai 'raya' ke umah dia, huhu..
Sebenarnya, aku pun dgr Jiva dok umum pasal ni sebelum kelas taekwando tamat Jumaat hari tu. Siap bg alamat umah dia lagi, ekekekek...

Tp mcm mana pulak ngan sekolah along??
Menurut along..Sabtu ni dorang ada sekolah ganti dan sedang menjalani peperiksaan.
Sabtu tu ada kertas Pendidikan Seni.
Kalo tak silap aku, ada juga beberapa orang pelajar berketurunan India kat sekolah dia tu. Erm..mgkn yg berkenaan akan bg kelonggaran kot kat pelajar2 Indian ni.
Takkan laa pulak dorang tak balik sambut Deepavali ngan family.
Kalo balik, takkan ler satu hari (hari Jumaat) tu aje?? erm..

Skang ni musim ujan. Tiap2 hari mesti ujan. Kalo tak ujan di waktu pagi...ujan akan turun di waktu petang. Kekadang berlarutan sampai malam.
Alhamdulillah, basah bumi Tuhan. Segar pohon2, segar juga udara dari asap2 kilang yg semakin memonopoli ruang udara bumi.
Namun, ada juga kawasan yg mengalami banjir seperti di Perlis dan Kedah.

Bulan November ni adalah bulan bajet bg kitorang. Maklum laa..apa yg PM bentangkan kat BAJET 2011 hari tu..tak berapa serasi ngan bajet kitorang, hahaha.

Tadi, aku gi jenjalan kat blog alimaz ni. Belek punya belek beberapa N3 kat situ..ternampak ler award di atas ni ditujukan salah satunya utk CintamaniszLITE.
Aku apa lagi, amek ler. Kawan dh bagi, kan...ngee
Terima kasih kat alimaz..walaupun asalnya award ni adalah milik blogger yg lain tetapi bila dipanjang2kan..dpt ler kat aku..hehe..
TQ..

1 comment:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui kak...stgh sekolah x sm cutinya...tp sek along tu..x kan le student2 india dpt satu ari jerk..ishhh...x fair la kan...

kt penang hari ni cerah dh....alhamdulillah kering kain rini..hikss...