Hmm..buah durian belanda ni dah lama aku sebok nak makan. Bukan mengidam tau! hehe. Ari tu dah jumpa kat Hentian Sebelah Bukit Gantang tapi tak beli pun pasal nak kena peram. Harga pun mcm buah tu dah masak. Tu yg tak beli tu.Semalam..balik dari Lumut, kat area Trong tu abg pun singgah laa kat gerai tepi jalan tu. Sebab ternampak buah duyan belanda tu la..hehe. Hmm..sebelum tu masa kat pameran Maritim TLDM, kitorang ada beli air durian belanda secawan RM1 sebab dahaga..panas sgt! Sedap airnya..tambah ada ais pulak! hahhhh! lega tekak (untuk sementara waktu..hehe).Tu yg tingin nak makan buahnya pulak. Dah lama betul tekak ni tak makan buah duyan belanda ni. Masa aku kecik2 dulu..kat umah wan kat Lebu ada laa pokok buah ni. Selalu berbuah. Paling best kalo dah potong2 buah tu..taruk dlm peti sejuk, pergh, sedap!Jusnya kat LENO ada jual. Nanti aku nak beli laa sebotol. Sedap pulak aku minum air tu semalam. Ayah dulu dah penah minum ice blended duyan belanda. Minum kat Nasi Kandar A.Rahman masa keluar tgk bola ngan Fadil, hehe.Buah ni aku beli kat tepi jalan tu pun bukannya murah..RM5 gak sekilo. Tapi aku ni kalo dah berenti tu..mesti beli gak. Bukan apa..sian! hehe. Dua bijik ni pun sekilo tau!..
Selain tu aku beli gak laa limau bali atau limau abung kat pakcik tu. Pun sekilo RM5. Buah ni pun dah lama aku tak makan. Bukan apa..nak beli pun was-was pasal aku pun pernah nampak dari luar ladang limau ni kat area Tambun tu..tuan ladang nya ada bela babi kat dlmnya dan berdekatan tu lak ada air lombong, ish!
Yang ni aku leh beli pasal pakcik tu ckp buah tu 'org kita' punya..kat area Trong tu gak. Betul ke tak tu..Wallahu'alam laa. Tapi yg aku leh beli gak tu pasal kat pasar Kamunting tu..ada sorang Pak Lebai jual buah-buahan pernah jual buah ni gak. Aku tingat yg dia penah kata buah limau bali tu dari Trong. Dia jamin ladang tu takde unsur2 pencemaran babi.
Sebijik limau tu pun mahal..RM10 pasal berat 2kg. Bukan limau isi merah tu..puteh aje! Tapi isi puteh ni sgt sedap kalo dimakan dengan kicap. Cubalah!
Khasiat Durian Belanda
Mungkin ramai yang tidak mengetahui batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Menurut kajian, durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.
Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.
Pss; sorang kawan aku kata..daun durian belanda ni leh halau tikus rumah!
1 comment:
amboi sedapnya durian belanda...dah lama aku tak makan buahnya lina....lama sangat...dah tak penah jumpa dan tengok pun...
Post a Comment