Wednesday, April 17, 2013

Mereka mungkir janji

Pagi tadi...ada satu entry aku......sorang sahabat blogger memberi komen tentang pendapatnya bahawa aku ni boleh menjadi seorang novelis, kan...huhu.
Tetiba teringat satu kisah pedih, sedih, keciwa...
Tetiba....rasanya skang laa masa sesuai utk aku kongsikan citer ni kat sini.

08 Ogos 2011
Isnin
Aku dpt satu emel yg mengandungi kata2 mungkir janji. Org yg mungkir janji ni mmg munafik, hipokrit. Tp dh dorang yg berkuasa dalam perkara ini...siapalah aku??

Siapa mereka ni??
Mereka adalah dari sebuah syarikat penerbitan yg terkenal dgn pengeluaran novel ni.
Mereka telah menolak sebuah hasil karya aku setelah mereka membuat janji. Sebuah novel cinta yg telah pun mereka terima dan mengesahkan bakal diterbitkan pd bulan September 2011.

Al-kisah.......(sila baca betul2....)
Aku mmg suka menulis. Suka mengarang. Tambah2 bila dh pandai menaip laju di keyboard komputer semenjak tahun 1995.....aku suka menaip cerita, al-kisah di komputer.
Sehinggalah suatu ketika...wlpn aku rasa lambat mendapat peluang mcm ni....tapi itu bkn menjadi satu masalah. Usia bkn menjadi faktor.

Dgn kata2 semangat sorang novelis dari Taiping ni...aku pun hantar (melalui emel) bab 1 sehingga bab 3 tu ke sebuah syarikat penerbitan.
Alhamdulillah...dalam tempoh 3 bulan tu...mereka menjawab bahawa mereka tertarik ngan manuskrip awal novel tersebut. Mereka pun meminta aku menghantar bab tengah dan bab akhir manuskrip. Selang beberapa tempoh...mereka minta terus keseluruhan manuskrip, berserta sinopsis, kata2 ringkas di cover novel dan satu gambar aku. Tetapi dorang mintak aku tukar tajuk novel tu kepada yg lebih menarik lg. Tak menjadi kisah.
Aku pun gembira ngan khabar tu.

Selang beberapa lama...akhirnya nombor telefon aku dihubungi. Bulan Januari 2011.
Mereka menyatakan mereka nk terbitkan novel aku tu bulan September. Dan bagitahu nya lagi...seminggu selepas aidilfitri (tahun tu raya awal bulan 9)....aku kena berada di Kedai Buku Popular AEON JUSCO BUKIT TINGGI dari kul 2 hingga 3 petang utk sesi mesra bersama pembeli novel utk promosi.

Wah...aku pun gembira bkn kepalang. Siap bagitau mak masa tu. Mak pun gembira...siap bgtau mak pun nk cuti jgk hari Sabtu tu (wlpn cuti mak tinggal sket) sbb nk tgk sesi aku bertemu pembeli novel sulung aku tu, hahaha..

Tp bila dh bulan Ogos...aku hairan..takde pun dorang bagi apa2 emel...kot2 tentang cover novel ke hape. Maka aku pun emel kat dorang.
Ternyatalah.....................................jawapannya sedikit mengecewakan. Alasan, dorang tangguhkan dulu dan berjanji akan masukkan dlm list 2012 pulak.
Ini jawapan dorang dlm emel aku....
Tapi...bulan januari sampai bulan berapa dah dlm 2012...aku tak terima sebarang emel dari pihak dorang. Sampai aku dh kehilangan mak (7 Jun 2012)....arwah mak yg beriya2 nk tgk sesi aku (anaknya ini) menandatangani novel sendiri kat kedai buku tu.................dah pergi utk selama-lamanya.

Akhirnya, memaksa aku yg bertanya sendiri kepada pihak mereka..
Dan.......................sudah tentulah jawapan ni lebih mengecewakan. Manakan tidak...manuskrip dari novelis popular dorang dh byk menunggu utk diterbitkan. Dah ramai peminat2 novelis tersebut ternanti2 novel terbaru mereka di pasaran.
Akhirnya, manuskrip aku dipandang sepi...dan mereka memberi alasan novel aku kurang menarik utk menarik minat pembeli membelinya. Siapa tak kecewa, kan?? Dorang dh mungkir janji. Jika benar manuskrip aku tidak menarik...jgn lah berjanji sudah dlm senarai akan diterbitkan sekian2...ckp jer manuskrip tu tak menarik dari awal, kan senang???

Bila dh macam tu...aku pun minta semula manuskrip aku secara baik. Dan mereka memulangkannya juga secara baik....diiringi ngan kata2 semangat (kengkononnya lah)...huhu..

Oleh yg demikian...ada 2-3 lagi manuskrip yg aku dh mula karang 2-3 bab....sehingga skang terbiar mcm tu aje tanpa ada apa2 sambungan jalan ceritanya.

Aku mmg dh tak minat nk tulis novel. Minat tu hilang terus dengan kesedihan kerana tak dapat menunaikan hasrat mak melihat novel aku diterbitkan.
Menulis (memegang pen dan mencatat di buku & kertas) adalah apa yg mak suka lakukan. Perangai tu turun jgk kat aku.
Kalo mak pandai menaip....mesti mak jgk akan mencatatkan setiap apa yg ingin dicatatkan di suatu ruang di dalam memori komputer.

Bila jadi orang matang...dalam sedih aku masih boleh berfikir kenapa ia terjadi. Semua ada hikmah...mmg benar...itu bkn kata2 pujukan semata-mata. Ketahuilah kebenarannya....semua yg terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Tak mengapalah...jika hobi mengarang ni takleh dijadikan pendapatan sampingan...Alhamdulillah, Allah telah bagi jalan lain yg lebih baik utk aku menolong suami mencari pendapatan sampingan menyara keluarga.

Walaupun takde rezeki jadi penulis novel...aku masih diberi rezeki dalam bentuk lain..kesihatan, kebahagiaan, suami & anak2 yg baik..dan lain2. Alhamdulillah.

Nota ALONA:-
~Ia sebuah perjalanan...sbb itu lah aku bg tajuk header blog ini...hikayat & hakikat, sewaktu & sesuatu!!!! Dapat rasa???

16 comments:

Dzil Khadeeja said...

sedihnya kak, kalau saya pun frust, nak lg kalau dah dikongsikan ngan org tersayang..jgn putus asa kak, kalau dah mmg berbakat dlm penulisan syg pulak kalau akak biarkan cmtu je..apa kata akak cuba lg hantar pd penerbit yg lain pulak..

Rinna said...

Syarikat apa tuh Na? Ikss sedih laa plak diberi harapan tapi tak ditunaikkan.. teruk laa.. Sabar laa Na.. jgn putus asa.. Tapi tu laa kan.. ada rezeki di tempat lain.

Kalau Ina ada bakat jgn lah dibiarkan.. teruskan.. laa sayang laa.. Mana tau rin boleh jadi peminat novel Ina.. :))

Anonymous said...

sedih juga, faham sagt perasaan tu... sabar byk2 yer..

wantie said...

aduh kak, sedih kan.. dah dorang mintak bab tu, pas tu mintak ini. janji jani last buat sepi gitu ja..
Faham sangat. bukan sikit masa kita ambil untuk mengarang novel tu.

Tak pe kak, ada hikmah... mungkin salah seorang anak akak akan ada titisan darah novelis akak tu.

kita tak dapat buat, anak anak sambung. kalau anak anak tak buat, cucu pulak penyambungnya.. doa doa kan..

cikbedahlaser said...

mungkin leh try post kt blog sendiri... tak pon penulisan2u..
teringin gak nk try baca novel akak tu

nad said...

Huhu...
Sedihnya..
Tp btul , xde rezki di situ ada rezki dlm bntk lain pulak...

ibuayu said...

sampai macam tu sekali ya..sedih lak akak membacanya..takpelah takde rezeki..salah satu akak suka baca blog alona ni sebab gaya bahasanya..sedap dibaca ayat puitis dan indah sekali..

Ena's Stories said...

Hishh..geram lak bila baca psl perjanjian maut dorang tuh! Bg harapan palsu! kalu camni la cara dorang bisnes...menipu sana sini mmg tak lama la...

DeLLas said...

bodoh la sykt tu!! nak janji sgt tp x tepati..
xpe la mungkin ada hikmah.. kita ni hanya mampu berusaha tp Dia jugak yg tentukan yg mana tbaik utk kita..
cuba lagi di tempat lain.. jgn putus asa..

el said...

dlm kehidupan ni apa yg sllu kita nak..xdpt..mcm tu lah kehidupan kita semua kdg2 elok kdg2 xelok..kn redha setiap kejadian..dan setiap kejadian tu ada hikmahnya..jgn putus asa kak..lau boleh akk leh share je ngan bloggers2 kt sini..el nah je bc novel2 yg diorg publish kt blog then telah menarik minat syt2 penulisan..mn tahu akk rezeki akk nti..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sampai hati mereka kan?

Delimasari said...

jongos betul perjanjian mereka tu kan... sakit hati d watnya - sayang bakat mmg ada - kena cari kabel beso nmpknya ni...

Shiela Luddin said...

takpelah kak...akak tulis jerklah dalam blog ramai yg sudi nak bace..ramai kawan2 bloggers yg akan support hakak...

btw sy ade sorang kawan,dia mulakan dgn menulis novel diblog dan Alhamdulillah akhirnya ade yang sudi terbitkan dia punya novel..pernah masuk blog nie http://teratai2201.blogspot.com/ atau akak mungkin kenal dgn eliza Ab..dia kawan matrik sy dulu...:)

sy rasa akak pon boleh buat mcm tue jugak tapi jgn lah putus asa kak..:)betul ckp akak tue rezki dtg pelbagai cara...Alhamdulillah.

Cikrosecute said...

Sedih pulak baca....mungkin ada rezeki lain...sabar jerlah..

Hunny Kitty said...

saya pun dulu ada orang pernah sunting nak suh jadik novelis derang...tapi takut benda macam ni jadik saya simpan je penulisan saya tu sampai la~

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

tak per kak...akak menulis kak blog ni pun dh bagus kak...km ni dh mjadi pmbaca2 kak nie...

saya slh seorang peminat kak...nnti sign autograf yer...hihi...lawak je kak..jgn marah...