Sebenarnya aku ajak abg pi Hari Armada 2009 tu baru petang Jumaat tu aje.Tu pun bila adik junior SMVTAA yg dah jd Lt. Commander Khairi Sharizal balas emel aku kata Hari Terbuka TLDM dibuat sekali ngan Karnival Jom Heboh TV3.
Erk..pulok? Khairi kata lagi..hari Jumaat tu Sultan Perak telah isytiharkan Lumut adalah Bandar Tentera Laut. Dia pun terlibat laa ngan kesibukan.
Tu yg aku ajak abang. Nasib baik abang ok aje (TQ, yang..hehe). Bukan nak pi Jom Heboh..pasal aku tak berapa teruja pun nak pi situ. Aku teruja nak masuk kapal perang tu aje..hehe. Nak harap masuk masa LIMA kat Langkawi tu..uish! takde laa kot, hehe.
Jadi malam tu masa nak amek angah dari tuisyen dan akiss dari latihan taekwando..aku isi kancil petrol RM20, hehe. Cukup laa tu, kan. Full tank tu tau, hehe. Cukup untuk pi-balik.
Pagi Sabtu 25/04/09, lepas abg belanja sarapan pagi kat SEJATI..kitorng meneruskan perjalanan ke Lumut melalui Changkat Jering-Trong-Pantai Remis..
Angah ngan akiss tido dlm perjalanan nak pi..nak cas tambah tenaga laa tu, hehe. Sampai sana kang byk nak guna tenaga ni.
Sampai sana kul 11 lebih. Fuh! dengan keadaan hari yg terik..ramai manusia yg teruja nak ke sana dah berjalan kaki beramai2. Keta kena parkir jauhhhh dari tapak karnival dan pengkalan TLDM yg buat pameran maritim tu. TLDM ni kan tentera..diorang betul2 ikut prosedur, protokol dan disiplin.
Kalo kat tempat lain..kalo ada karnival2 mcm ni..diorang tak kisah kalo keta parking 'makan' sebelah jalan sepanjang-panjang jalan tapi TLDM takkkk..Ramai laa pengunjung yg berjalan kaki di panas terik. Ramai yg datang kat situ ngan keluarga, beranak kecik, tok nenek pun ada..ish! sian2. Tapi takpe laa..mende ni bukan selalu. Kira exercise laa tu, yek! hehe.
Masa lalu kat kawasan Jom heboh TV3 tu..ada laa nampak artis nyanyi2 kat pentas Hotlink tu. Sape artis2 tu ntah laa..hehe.
Kitorang parking keta kat ngan kawasan KD MALAYA. Jauh gak kalo menapak. TLDM ada sediakan bas bawak pengunjung yg parking jauh dari tapak karnival dan pengkalan TLDM yg buat pameran maritim tu. Merasalah kitorang anak-beranak naik bas KD Pelandok, hehe. Sebenarnya..mcm naik bas lain gak cuma peluang nak naik bas milik tentera ni bukan senang, ye tak..hehe..
Tp dah turun bas pun..kena 'menapak' jauh gak laa..hehe.
Kitorang terus ke arah pameran maritim. Orang ramai dah mula memenuhi Pengkalan TLDM.
VIP tak yah jalan kaki nak masuk sini. Dari tempat parking VIP..diorang naik mende ni aje..termasuklah para pegawai tertinggi TLDM. Tapi bg aku..jln kaki lagi cepat sampai. Tapi yelah kan..tu laa yg membezakan org awam ngan VIP ni.
Tgk muka aku tu..memek muka mcm takut kat PASKAL berselubung hitam yg nampak 2 bijik mata aje tu, hehe. Akiss rileks!
Antara acara pertunjukan dari TLDM..
Mula2 kitorang pi naik KD Kinabalu pasal KD Jerai org ramai sgt nak masuk. Maklumlah..kapal KD Jerai yg mula2 org jumpa dulu kat situ..hehe.
Mula2 kitorang pi naik KD Kinabalu pasal KD Jerai org ramai sgt nak masuk. Maklumlah..kapal KD Jerai yg mula2 org jumpa dulu kat situ..hehe.
Lt. Cdr. Khairi tu bertugas di KD Ledang laa. Tapi tak dpt jumpa dia pun pasal dia sebok kat CHALET VIP.
Gambar-gambar di atas ni diambil kat KD LEDANG.
Masa kat KD Kinabalu..kat sebelah sana..TLDM wat pertunjukan 'aksi rampasan' ngan beberapa bijik heli terbang ngan landing yg dahsyat, landing terus kat atas jalan tepi bangunan tu..uiyoo. Aku mmg taknah tengok aksi tu sebelum ni pasal aku tgk kalo heli nak landing..kena cari space betul2 gak. Yelah..mende ni dah dilatih kan? Diorang profesional..ngan pasukan PASKAL yg buat aksi..pergh! Teruja betul aku tgk, hmm.

Dah abes pertunjukan tu..kitorang naik lak KD Laksamana Tun Abdul Jamil. Kat situ kalo nak naik atas...mmg kena panjat tangga lekat kat dinding tu, hehe. Nasib baik aku pakai seluar jeans..leh laa aku join panjat, hehe. Kat situ ada satu kes makcik ngan sorang kak dukung anak kecik terlepas masuk ikut pintu 'larangan'..nak turun jd problem, hmm. Nasib baik laa pegawai yg bertugas tu ada simpati kat makcik yg dah tua tu..dia bukak balik pintu 'larangan' tu utk diorang turun ke bawah. Hai..makcik2!
Masa kat atas KD tu..ada laa pulak mat2 motor berkuasa tinggi masuk beramai2 kat area situ dan parking. Mgkn motor2 tu pun menjadi daya penarik pameran tu.
Ngan dikenakan sedikit bayaran..pengunjung leh ronda ngan bot penyelamat TLDM ni. Kitorang tak naik pun..terik woo!
Dah tak larat nak naik semua pasal..cuaca mmg panas terik mencucuk2 kulit ni. Panas betul2! Aku pun pikir..takyah laa naik semua pasal TLDM pun bukan kasi masuk semua area dlm kapal tu. Kalo masuk kapal sebeso mana pun..dia kasi lawat luar kapal dan bilik kemudi kapal tu aje laa. Kat tempat2 lain kat dalam tu diorang tak benarkan.
On the way nak kuar dari kawasan tu..kitorang sempat tengok staff TLDM main pukul2 bantal.
On the way nak kuar dari kawasan tu..kitorang sempat tengok staff TLDM main pukul2 bantal.
Rasanya jap aje leh cair ni. Cuaca panas ntah brp darjah celcius dah agaknya.
Tinggi gak patung ni. Tapi tentera kat situ..payah gak laa nak jumpa yg tinggi camni, hehe. Sori yek.
Abg ngan senjata re'al kepunyaan TLDM yg dipamerkan kat situ.
Setiap bendera tu ada maksudnya. Kalo nak tau..kena laa jd tentera laut, hehe.
Gambar berlatarbelakangkan Sri Indera Sakti. Kalo nampak kat belakang tu..org beratur pjg nak naik dan beratur pjg gak nak turun..hehe.
Gambar berlatarbelakangkan Sri Indera Sakti. Kalo nampak kat belakang tu..org beratur pjg nak naik dan beratur pjg gak nak turun..hehe.
Pastu..kitorang pun terus ke arah pengkalan kapal lagi satu. Kat situ kitorang naik KD Sri Indera Sakti. Org ramai nak naik sini pasal kat sini ada makan2, hehe. Kena bayar gak laa. Org memang penuh! Kitorang sempat makan sate aje laa. Sate tu pun dari Stesen Keretapi Taiping, Sate Aliff, hehe. Laa..sate taiping aje rupanya tapi sedap gak. Kitorang tak nah pi makan sate ni lagi walaupun gerainya kat KTM Tpg aje..hehe. Makanan lain kat atas tu mmg laku sangat2. Kat situ siap ada band TLDM wat persembahan lagi. Tapi time kitorang naik atas..band berhenti lak main, huh!..masa tak naik kat situ lg..kitorang asek terdengar aje nyanyian sumbang kat situ, heheh.
Nak turun KD Indera Sakti pulak mmg satu masalah..org beratur sepjg-pjg nak turun pulak! Nasib baik ada laluan alternatif pasal org bawah tak dibenarkan naik atas wat sementara waktu pasal atas dah tersangat penuh! hehe..
Pastu kitorng ke KD Sri Inderapura (nama klasik negeri Pahang tuh!). Kapal ni laa yg pi misi menyelamatkan tawanan kapal MISC kat Somalia dulu tu! Ni kapal perang terbesar kat Malaysia ni! Tapi kitorang tak naik pun. Sama aje. Cuma bilik pengemudian tu besar laa dari kapal2 lain dan mgkn ada sedikit kelebihan kat situ..(hehe..agaknya laa).
Dah kuar dari situ..kitorang terjumpa lak Dolah, kawan sekerja abang. Rupanya..dia pun sempat join dtg Lumut. Sebenarnya, mmg ramai betul yg berminat nak dtg sini pasal ada 2 dalam 1. Pameran maritim sempena TLDM 75 tahun dan karnival jom heboh TV3. Tapi kitorang mmg tak berkesempatan nak pi jom heboh. Sebab..pameran maritim pun makan masa 3 jam woo!
Jam dah 2.40 ptg. Kitorang tak pi pun Karnival Jom heboh yg bersebelahan aje ngan tapak pameran maritim tu. Jauh gak laa nak jalan kaki tengah2 panas terik mencucuk2 kulit ni. Muka abang pun dah merah2, sian pulak. Merah2 mcm pi mancing kat Kuala Gula, heheh.
Kitorng terus ke arah pameran FAMA. Amek gambar kat heli..
Pastu kitorang masuk bilik pamerah Hall A dan B. Sempat beli susu tepung milik Bumiputera dan dibuat di M'sia sepenuhnya iaitu susu Biomil. Pastu beli sandwich ball 3 peket RM20. Beli biskut Julie's seplastik RM10. Abg sempat lagi sambar kopi kurma 20 peket RM12..hmm. Sedap kupi ni..hehe. Rugi tak beli 2, hmm..
Nampak aksesori dashboard keta yg goyang2 guna solar tu. Kitorang dah ada sekor lembu..hehe. Tp yg ni Shin Chan..jadi tingat kat Fadhil. Beli utk dia satu untuk avanza dia nanti.
Jam dah 2.40 ptg. Kitorang tak pi pun Karnival Jom heboh yg bersebelahan aje ngan tapak pameran maritim tu. Jauh gak laa nak jalan kaki tengah2 panas terik mencucuk2 kulit ni. Muka abang pun dah merah2, sian pulak. Merah2 mcm pi mancing kat Kuala Gula, heheh.
Kitorng terus ke arah pameran FAMA. Amek gambar kat heli..
Pastu tgk jap pertunjukan payung terjun. Tak tunggu abes..kitorang kuar dari kawasan pintu pagar.
Hmm..bagi aku..gabungan Hari Armada 2009 dan Karnival Jom Heboh ni..sepatutnya pengunjung dari luar Lumut kena tido kat sana. Baru leh abes ronda, hehe. Cam kitorng ni..takde laa. Pi mana yg paling best dulu. Abang pun kena OT malam tu pulak sampai jam dekat 10 pg baru balik. Katanya TNB nak shutdown letrik kat GSL..team Scada kena standby!
Ni antara PROTELA TLDM yg setia bertugas. Amek gambar curik..hehe.
Manusia semakin ramai datang mengunjung..dan ramai juga yg sudah nak berangkat pulang. Yg tunggu bas TLDM pun..ramai sungguh. Last2 kitorang maleh laa nak berebut ngan makcik2 dan kanak2 kecik tu. Jadi kitorang amek keputusan jalan kaki aje ke parkir keta di KD MALAYA. Tunggu2 camtu kat tengah2 panas..buang masa aje. Jalan punya jalan..sampai gak.
Perjalanan nak kuar dari kawasan tentera laut yg sangat luas tu..kena ikut laluan lain. Kuar ke jalan besar kat ngan jalan nak ke Teluk Batik tu.
Pi Lumut kali ni kitorng tak beli pun sotong kering bergula, sate ikan dan pelbagai produk laut diorang..hehe. Cipta rekod laa, hehe. Kat pameran TLDM tu pun aku sempat sambar multi-beg KD Lekiu RM15 aje..hehe. Jadi laa utk kenangan.

No comments:
Post a Comment