Thursday, April 9, 2009

Takde mende sgt..

Hmm..pagi Rabu hari tu surat tawaran sekolah berasrama penuh (SBP) pulak sampai. Ni mungkin last intake laa ni. Along dapat kat SM Sains Kepala Batas..uih, tempat Tun Lah ni..hehe. Minggu depan 15/4 kena daftar.
Mengenai sekolah ni..aku saja2 laa tanya kat anak kak ina sebelah ni. Pasal dia SERATAS dan adik dia SM Sains Pokok Sena. Tapi dia pun tak nah dengar pasal SMS Kepala Batas ni. Sekolah baru kot, ek? Aku search kat website MOE pun takde. Sekolah lain kat Kepala Batas tu pulak yg kuar.

Hmm..Mlm tadi along tipon. Bila aku dah bagitau pasal ni..aku sj2 laa usik dia. Tak nak ke sekolah situ? Uish..cepat aje dia jawab..'taknaklah..along dah seronok sekolah sini', hehe..

Semalam 9/4/09 setem isu khas keluar. Mengenai warisan yg ada kat M'sia ni. Aku pagi2 dah pi pej. pos Kamunting nak beli setem ni. Hmm..kerani kaunter kat situ mmg dah kenal muka aku ni. Kalo aku dtg time kuar isu setem khas..diorang dah tanya nak berapa? hehe..


Isu kali ni ada keluar poskad pulak. Harga RM0.80..siap ngan setem yg tercetak terus kat situ. Kalo pos..takyah tempek setem dah, hmm. Tapi aku beli 2 keping aje. Satu nak pos kat along. Lagi satu..tentulah aku nak simpan wat koleksi.

Ni gambar depan poskad.

Ni di belakangnya pulak.

Gambar bawah; Ni dinamakan setem lembaran mini. Takleh beli satu2..kena beli sekeping tu terus RM2. Yg macam ni aku takkan koyakkan sekeping2 punya. Biar aje tersimpan mcm tu..
Hmm..Selasa hari tu aku gi miting ajk PIBG kat makmal komputer SK KE VII (2). Miting pra mesyuarat agung petang ni. Hmm..aku sorang aje wakil ibubapa yg hadir..ish! segan betul. Tapi kat sini sedikit-sebanyak aku leh tau bagaimana perbualan guru sesama guru ni..hehe. Rupa2nya nak melantik ajk di kalangan guru2 pun tak susah. Diorang nampak tak berapa kisah sgt apabila dilantik sekali lagi sebagai setiausaha, bendahari dan ajk biasa. Dengan rela hati saja menerima. Hmm..baguslah mcm tu.
-----------------------------------------------------------------------------------
Petang semalam pulak..berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK KE VII (2) kali ke 31 di dewan sekolah. Aku seperti biasa..menghadirinya.
Perasminya adalah orang yg sama ngan Mesyuarat Agung PIBG di TMGS, sekolah akiss baru2 ni. Mesyuarat terpaksa di'lambat'kan sebab menunggu cukup korum 45 orang ahli. Baru miting leh jalan pasal itu adalah syarat2 mesyuarat agung!
Terjadinya perkara ni ada disebabkan beberapa faktor:-
Satu; sebab diadakan pada hari bekerja.
Kedua; faktor cuaca sebab petang tu ujan lebat tapi Alhamdulillah..kul 3.30 petang ujan mula berhenti.
Ketiga; kot punya masa terluang pun...mmg ibubapa pelajar tersebut tak berminat untuk menyertai mesyuarat PIBG tetapi apabila tak bersetuju tentang 'sesuatu' yg telah dicapai kata persetujuannya dlm mesyuarat..spesis ni cepat pulak nak bengang dan marah2 pulak kat pihak sekolah..hmm.
----------------
Petang semalam..Alhamdulillah, sasaran tercapai. Kehadiran 46 orang sudah mencukupi. Segalanya berjalan dengan ringkas. Ucapan YDP, ucapan Guru Besar selaku penasihat PIBG dan ucapan Perasmi juga semuanya ringkas2 saja kerana mengejar masa.
Miting tidak dimulakan lagi. Sebaliknya semua ahli dan tetamu utama dijemput ke jamuan makan yg diadakan di kantin sekolah. Istimewanya kali ni ialah..makanan dihidangkan oleh para tentera. Dari susunan meja, lapik meja, menghidang..semuanya dgn kerjasama tentera, hehe.
Walaupun jamuan petang yg sempoi ngan bihun goreng, puding, karipap dan buah tembikai tetapi ia nampak mcm eksklusif, heheh. Terima kasih kat adik2 tentera dan YDP yg sangat komited dengan memberi kerjasama yg tak berbelah bagi pada pihak sekolah.
Tapi bila dah nampak eksklusif macam ni..semua laa tertunggu-tunggu pulak. Orang tu tunggu orang ni makan. Yg orang ni tunggu orang tu makan..hehe..
Miting kali ni..YDP Mejar Zaid telah dikekalkan. Aku, Kak Rosmidah dan En Jiwa (org Bidayuh) masih lagi dikekalkan AJK PIBG dari ibubapa. Yg lain tu..anak dah abes bersekolah kat situ. Jd, kekosongannya telah diisi oleh En. Azlan seorang Koperal dan seorang stafnurse, kak Hamisah. NYDP pulak terpaksa dilantik orang lain pasal Mejar Abdul Razak telah ditukarkan bertugas ke Sungai Petani.

Malam tu..lepas hantar angah ke kelas tambahan..kitorang ke Tesco jap. Ada laa nak beli 3-4 barang. Oats, Choco Malt Tesco, biskut sayo, makanan kucing cap Tesco..hehe..
Dah letak barang kat bonet keta..tengok ada byk masa lagi sementara nak tunggu angah abes kelas. Kitorang pun menapak ke Tpg Sentral pulak. Kat sini ada kiosk karektor2 patung anime. Hmm..jumpa set karektor ONE PIECE.
Aku beli key-chain Sanji aje..nak bagi kat Angah pasal dia suka Sanji. Key-chain karektor lain takde..dah habes. Yg mcm tugu ni..aku tak beli laa. Mahal..hehe.
Ni sape tak kenal..Goku!

No comments: