
Tu cuaca di waktu pagi. Maklumlah..ujan aje.

Kali ni kitorang ke Pengkalan Hulu ikut jalan Batu Kurau-Lenggong-Gerik pulak! Tgk dalam Google Map..jaraknya lebih kurang sama mcm Serdang-Kulim-Baling aje. Takpe, try dulu. Tak cuba tak tau kan..
Perjalanannya mmg menakjubkan. Sebab kitorang terpaksa melalui jalan sempit (macam jalan nak ke Air Terjun Chamang). Bukan saja melalui kampung2, estet-estet dan kawasan pembalakan..tetapi juga banjaran, gunung dan lembah..wahhh! Kenderaan pun jarang2 aje nampak lalu berselisih ngan kitorang. Melalui kawasan tu mmg sejuk aje disebabkan keredupan pepohonan di sepanjang perjalanan.


Paling best bila mendaki kawasan bernama Klian Gunung. Kat situ terdapat sebuah air terjun yg diiktiraf ketiga tertinggi di Asia Tenggara. Tetapi kawasan tu bukan dijadikan tempat perkelahan sebab ia dijadikan sumber air bersih oleh Lembaga Air Perak (LAP).






Kat Gerik tu..kitorang perasan laa MRSM Gerik kat tepi jalan gak. Satu perkara yg aku tgk MRSM ni selalunya mesti di atas kawasan sedikit berbukit. Selepas dari bandar Gerik..jalan nak ke Pengkalan Hulu mmg ok aje. Kenderaan pun tak berapa sebok macam tadi, hehe.
Seperti di'geografi'kan..daerah Pengkalan Hulu ni berada di kawasan tanah tinggi walaupun tidaklah seperti Cameron Highlands sejuknya tu. Mmg dpt dilihat sendiri ngan mata kasar. Dari Gerik memasuki daerah Pengkalan Hulu ni..jalanrayanya mendaki saja. Bukit di kiri-kanannya byk pepohon buluh yg mungkin sengaja dibiarkan dan ditanam semula (mungkin) untuk perindustrian. Tertera satu papan tanda kat situ mengatakan ianya di bawah pengurusan Felcra..
Akhirnya kitorang sampai kat pekan Pengkalan Hulu dan tak lama kemudian sampai pula di kawasan MRSM. 

Ramai juga ibu bapa yg dtg melawat anak masing2 hari ni. Minggu lepas pun along kata ramai juga.
Sampai kat kawasan asrama putera..sudah kelihatan along berkemeja batik sedang mencari warden untuk menandatangani buku 'outing'. Nak ikutkan..mmg minggu ni minggu pelajar lelaki outing tapi untuk pelajar perempuan..kalo ibubapa ada dtg melawat, diorang pun diberi kebenaran untuk outing bersama ibubapa masing2. Begitulah sebaliknya.

Cuba tgk gambar di atas..itu adalah tumbuhan yg tumbuh di atas tanah dalam kawasan tasik kering tu. Sekali pandang..leh nampak macam gambar sebuah pulau yg diambil dari udara, hehe. Ada ke? wakaka..
Gambar ni diambil di bawah pohon asmara, hehe. Sebenarnya..kat taman tasek tu kitorang berteduh kat bawah sebatang pokok yg rimbun. Dongak kat atas..tak sangka pulak pokok ni ada mengeluarkan bunga, hehe.
Pas didapati takde ape yg menarik kat sekitar pekan Pengkalan Hulu..kitorang terus ke bandar Baling, Kedah..bandar ke? Hmm..boleh laa sebab besar sket dari pekan Pengkalan Hulu.


Perjalanan nak ke Baling pulak..menuruni bukitttt aje. Relevan atau tidak..kita sendiri leh perasan yg daerah Pengkalan Hulu ni kat atas bukit..hehe. Dah laa tu..ulu2 negeri Perak lak tu, hmm.
Kat bandar Baling..kitorang masuk kedai keluar kedai aje laa. Takde aktiviti apa dah nak buat, hehe. Nak melepak pun tak tau kat mana. Cuma kitorang melepak jap laa kat sebuah taman bunga berdekatan bandar tu untuk berbual2 ngan along.
Selain tu..pi gak laa jenguk Terminal Bas Baling ni. Nak tengok kot-kot ada bas express terus ke Taiping..hehe. Tapi seperti yg boleh dijangka..takde, hmm.
Ni laa antara kedai2 yg terdapat di Baling. Tapi..kitorang paling suka masuk Pasaraya Ekonomi SriJaya tu pasal barang2 yg dijualnya murah betul dari Taiping, hehe. Kalo kat bazar Taiping tu..jenuh nak tawar menawar beg sekolah. Dari RM39.90..mintak2 kurang dia leh bagi setakat RM32 aje. Tapi kat kedai ni..dah siap letak harga tetap RM23.90 aje. Kualiti yg sama..hmm. Sandal pun murah. Kualiti macam sandal Asadi tu gak, hmm. Beli untuk ganti sandal LENO along yg dah terkopek 'kulit' pvc nya, selain beli sandal angah sekali.
Ni antara pemandangan di bandar Baling laa. Sampai gak aku ke sini ye. Pasal..dulu2 masa aku kecik2 dulu..kat Baling ni kan pernah terjadi peristiwa berdarah yg tragis.

Kat sini ada gak pasaraya borong sakan, pasaraya wah seah, pasaraya longwan..mcm yg ada kat Taiping gak laa.

Kat seberang bangunan tu ada pasar malam. Harga buah-buahan pun lagi murah dari yg dijual kat kawasan sempadan siam tu, hmm. Kali ni kitorang tak pi masuk pun kawasan kompleks bebas cukai kat sempadan siam tu. Rasanya, barang2 sama aje..
Hmm..ni pasaraya ANEKA..satu2nya pasaraya kat Baling mcm The Store atau Billion. Diorang pun ada wat kad keahlian gak, hehe..

Kat sini kitorang beli bantal peluk saiz kecik untuk along..hmm.
2 comments:
Tahun ni first time lalu jalan batu kurau ke Kamunting waktu malam. Agak menyeramkan.. hehe
Post a Comment