Thursday, April 23, 2009

TAG dari ezureen.blogspot.com

Hmm..ari ni aku kena wat gak laa tag yg Radiah bg ari tu. Sebelum ni dia ada gak bg tag lain tapi aku tak leh nak wat laa. Pasal yg mula2 kena tayang wallet..alamak aiih, aku ni kan surirumah sepenuh masa..wat gelak dek org aje tgk gambar isi-isi wallet aku. Kedua lak..tag pasal pengalaman mengandung. Aduss..Akiss pun dah 9 tahun..lupa dah, hehe. Ingat pun sket2 aje. Jadi, yg ni disebabkan fleksibel ngan aku..jadi aku pun tunaikan laa, hehe.

Tag ni antaranya pasal gambar. Hmm..mmg aku ni suka bergambar dan tengok gambar. Jadi semua gambar bagi aku adalah kenangan terindah. Gambar menolong seseorang itu mengingati peristiwa di sebaliknya. Koleksi gambar aku terlalu byk, tambahan pulak zaman skang ni guna kamera digital still ngan SD card aje. Hamek la ko berapa byk pun..tak yah beli roll filem dah. Gambar2 di bawah ni bukan lah 'intan terpilih' tetapi sengaja dipilih untuk memberitahu tentang kepentingannya dalam journey of live (pinjam adikpekan.blogspot.com punya..hehe) aku. Apalagi..moh tengok!

Peraturan tag;
Upload picture yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:-

Kenapa anda suka gambar ini?

Gambar yg ni adalah kenangan keje kat Jln Ipoh, KL lepas abes SPM. Gambar ni diambil bersama kengkawan sepejabat masa trip ke Desaru, Johor. Dua tahun aku keje kat sini. Lepas tu berenti..keje lak kat firma guaman Iza Ng Yeoh & Kit di Wisma Dato Zainal, Lebuh Ampang..KL. Tapi tak lama (tak sempat amek gambar pun kat sini, hehe)..lepas tu berenti sebab kawen dan kena ikut suami ke Taiping.

Gambar ni pulak..ketika awal perkahwinan kitorang. Tengah pi 'jalan pengantin' kat umah mak sedara abg (Makcik Rahmah) ni kat Bagan. Pastu, kitorang pi lak naik feri makan2 kat Padang Kota.

nota; jln pengantin dulu2 pakai baju kurung ngan kemeja lagi, haha. Skang ni..selamber aje yg lelakinya pakai seluar pendek bermuda..hmm!

Gambar di atas ni ketika aku ngan ofismate kat Taiping Super Sdn. Bhd. Aku keje kat sini 2 tahun gak laa. Aku yg bertudung hitam dan perut tengah memboyot tu. Tengah mengandungkan Angah. Amek gambar sebab dah nak berenti keje laa ni. Tu laa sekali pun pengalaman aku bekerja selepas kawen, hehe. Pastu..dok umah dpt jadi menteri, huhu..

Gambar yg ni..gambar aku ngan anak2 ketika ke CH bbrp tahun dulu. Diorang laa cahayamata kesayangan aku. Semoga diorang menjadi anak2 yg baik kepada ibubapa dan keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin.
Gambar serba oren ni sebenarnya ulang tayang aje kat blog ni. Sebelum ni dah ada dah tapi disebabkan ianya berkepentingan dlm erti kasih sayang tak berbelah bagi..aku masukkan sekali lagi. Baju kurung sedondon dibeli sekayu yg sama. Begitu gak ngan kain baju melayu tu. Cuma tempah aje lain2 tukang jahit..hehe.

Gambar ni pun sama. Ianya adalah ulang tayang. Aku letakkan kat sini sebab ni lah pertama kali gambar raya kitorang semua di pagi 1 Syawal dibuat di taman tasek Taiping. Lagi pulak..keluarga suami adalah sama penting dgn keluarga kita sendiri. Apabila sudah terjadinya ijab dan kabul..maka bertambahlah satu lagi cabang untuk sebuah kronologi. Semuanya akan terbentuk menjadi salasilah dan sejarah pembentukan kekeluargaan.
------------------------------------------------------
Bila kali terakhir makan pizza?
Erk..ada lak soalan camni dlm tag ni. Berkaitan ke? hehe..
Makan piza last beli kat Nash Donuts & Bakery dua bulan yg lepas. Tapi kalo Pizza Hut tu..last bulan Disember 2008 kot. Tu pun beli take away aje.
------------------------------------------------------
Lagu terakhir yang anda dengar?
Hmm..lagu Maharani: Ramlah Ram..dengar dan tengok video klipnya masa bukak Ch. 180 sejam tadi..hehe.
------------------------------------------------------
Apa yg anda buat selain dari tag ini?
Karang surat rasmi kat 'words' untuk kebenaran pulang bermalam Along 30/4 nanti. Nak emel kat abang untuk abang faks kan kat Pengetua MRSM PH.
------------------------------------------------------
Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Hmm..ada laa jugak.
Kaklong dipanggil oleh keluarga aku.
ALoNa; ni nama gelaran di dunia siber..hehe.
-------------------------------------------------------
Tag lagi 5 orang. Soalan seterusnya ada kaitan dgn orang yang anda tag.
1)adikpekan
2)ueya
3)akarkita
4)dhiya
5)shamzye
nota; aku tak tag pun diorang..hehe. Tu aku saja2 list aje kat sini.
------------------------------------------------------------------
No. 1 pada anda?
Ni sorang2nya saudara kandung aku dlm dunia ni. Adik yg tersayang. Dia pun baru aje berkecimpung dalam dunia bloggers ni, heheh
No. 3 ada hubungan dengan sape?
Hmm..ada hubungan ngan aku laa, hehe. Pembina blog ni adalah suami aku tercayang..ekekek..
Katakan sesuatu berkenaan no. 5?
Hmm..ni pulak blog isteri kepada kawan aku. Dia wat blog ni untuk jual online batu baju yg mudah ditampal kat baju kurung, kebaya dan sebagainya laa. Sape yg berminat, leh laa pi lawat blog dia.
Bagaimana dengan orang no. 4?
Dhiya ni aku kenal kat library Expo. Tak sangka pulak tak lama lepas tu novel dia kuar di pasaran. Maknanya..dia novelis laa.
Siapa orang no. 2?
Ueya ni aku kenal masa zaman sekolah menengah rendah dulu. Aku sekolah SMRJK Ketari sama ngan Radiah. Ueya pulak di SMS. Pandai orgnya ni..tu yg leh wat master sampai ke NZ.
---------------------------------------------------------------------
psst; Radiah, pasni tak yah laa ko tag2 aku ni. Aku bukan reti sangat. Jenuh gak nak merealisasikan satu-satu tag ni..hehe..
Yang ni..hrp ko puas hati, hihi..

2 comments:

Raja Radiah said...

haaa....ok lah ni...aku tak kira, len kali aku tag ko lagi...haha jangan marah..nanti cepat tua....

ueya said...

salam alona...aku dah buat dah tag ni..dah kena tag ngan kawan aku dulu...;)